Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Pembakaran bukan jalan keluar dari krisis plastik

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 31, 2021
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
  • Penanda | kitar semula, plastik sekali guna
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
flames, black, red-1645399.jpg

Pada 29 Julai 2021, C4 Center dan Sahabat Alam Malaysia telah mengadakan forum dalam talian bertajuk ‘Malaysia Bukanlah “Tong Sampah”: Usaha Pemantauan dan Penguatkuasaan di Kedah & Pulau Pinang’ untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa dari segi usaha pemantauan dan penguatkuasaan di sepanjang rantaian nilai bagi sisa plastik yang diimport. Forum ini juga menggalakkan dialog antara pihak berkuasa dan pihak awam. Lebih  100 peserta menyertai forum ini dan aktif  bertanya soalan serta menyuarakan kebimbangan mereka kepada panel penceramah.

Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Jepun, tidak menangani semua sisa mereka di negara sendiri dan membuat pilihan untuk menghantarnya ke negara lain. Sejak China melarang pengimportan sisa plastik pada tahun 2018, Asia Tenggara telah menjadi tumpuan lambakan sisa plastik dari luar negara.  

Sisa plastik memasuki negara-negara membangun di bawah dalihan ‘kitar semula’. Sebaliknya, negara-negara ini sering menjadi tempat lambakan sampah kerana sisa-sisa yang diimport ini juga mengandungi sisa plastik bercampur, sisa plastik yang tidak boleh dikitar semula, atau sisa plastik yang telah tercemar dengan sampah; atau ia mengandungi bahan tambahan toksik yang menjadikan kitar semula sukar dijalankan.

Pada tahun 2018, Malaysia menjadi penerima terbesar sisa dan sekerap plastik yang dikategorikan di bawah kod tarif HS3915.  Berdasarkan Pangkalan Data Comtrade PBB, jumlah import sisa plastik ke Malaysia pada tahun 2018 ialah 872,762 tan.

Banyak kilang kitar semula haram telah dibuka di Malaysia bermula tahun 2018. Kilang-kilang ini beroperasi tanpa permit atau tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan, menggunakan teknologi rendah atau kaedah pelupusan yang memudaratkan alam sekitar.  Sisa buangan yang tidak boleh dikitar semula didapati sering dibakar atau dibuang secara haram.

Pembakaran terbuka semakin menular di Malaysia. Tinjauan mendapati apabila satu kemudahan kitar semula yang tidak sah ditutup di suatu tempat, ianya akan berpindah ke lokasi lain dan ini sekaligus membuka jalan untuk terjadinya pembakaran terbuka dan pencemaran di tempat lain.

Sisa buangan dari industri kitar semula plastik dan pembuangan sisa secara haram merupakan masalah utama. Kerajaan Malaysia yakin bahawa pemprosesan sisa sebagai bahan api alternatif atau sumber untuk menghasilkan simen adalah inisiatif yang berdaya maju dan langkah ke hadapan untuk membersihkan sisa buangan dari kilang kitar semula plastik serta membersihkan longgokan sisa plastik haram di negara ini. Kerajaan Malaysia juga sedang menggalakkan teknologi penunuan atau insinerasi. Namun demikian, teknologi ini akan membawa kesan negatif yang timbul  daripada pelepasan toksik ke udara dan juga melalui abu.

Kes pembakaran 

Berikut adalah beberapa kes yang dilaporkan mengenai pembakaran terbuka sisa plastik oleh fasiliti kitar semula di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2018, daerah Kuala Langat di Selangor menjadi lokasi tumpuan berlakunya pembakaran terbuka, terutamanya di sekitar bandar Jenjarom. Ini kerana kedudukan kawasan ini yang berhampiran dengan Pelabuhan Klang, di mana sisa plastik yang diimport diterima. Sebanyak 33 kemudahan kitar semula haram telah ditemui oleh masyarakat, di pinggir bandar dan ladang kelapa sawit. Masyarakat sekeliling mula jatuh sakit, mengadu tentang masalah pernafasan, ruam kulit, kerengsaan mata, dan bau yang tidak boleh ditahan.

Komuniti di sini telah menubuhkan sebuah organisasi yang dikenali sebagai Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat. Persatuan ini telah menghantar surat kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan, mengadakan mesyuarat dengan kerajaan, dan juga mengetengahkan isu ini kepada media tempatan dan antarabangsa. Tindakan ini mendapat perhatian dan kerajaan Malaysia mula mengambil tindakan ke atas isu ini.

Pada tahun yang sama, beberapa kilang kitar semula haram muncul di Pulau Indah dan  Pelabuhan Klang di daerah Klang, Selangor. Wakil-wakil komuniti sentiasa berwaspada dan melaporkan pembakaran terbuka ini. Pencemaran dan masalah alam sekitar yang lain di daerah ini juga mendorong masyarakat untuk membentuk sebuah organisasi.

Dalam forum SAM – C4 Center, aktivis Lydia Ong menerangkan tentang pembakaran terbuka sisa plastik di Sungai Petani di negeri Kedah, selain kejadian pembuangan sampah haram yang turut menyebabkan kebakaran. Dalam forum itu, beliau memperincikan kadar pencemaran udara yang begitu tinggi sehingga kereta di kawasan itu ditutup dengan “lapisan tebal jelaga” setiap hari. Begitu juga dengan aduan mengenai bau plastik yang terbakar oleh masyarakat di Tanjung Bungah dan Sungai Ara di Pulau Pinang tetapi pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti kawasan pembakaran kerana ia sering berada di kawasan terpencil, atas bukit dengan liputan pokok.

Rajah 1: Sisa buangan yang terbakar di Sungai Petani, Kedah, 31 Januari 2020 (Wong, 2021)

Kesan

Ketika pembakaran terbuka, sisa plastik menjadi asap tebal, abu, dan wasap toksik yang mencemarkan alam sekitar, menyumbang kepada perubahan iklim melalui pembebasan karbon fosil dan membahayakan semua makhluk hidup, terutamanya masyarakat termiskin di dunia dan pemungut sampah.1

Kesan [dari pembakaran plastik] termasuk batuk, keletihan, masalah pernafasan, pendarahan hidung, kerengsaan mata dan masalah kulit seperti gatal dan ruam

Penduduk yang terjejas akibat pembakaran terbuka sisa plastik mengadu tentang bau menusuk hidung dan pencemaran udara yang nyata. Kesan-kesan yang boleh diperlihat termasuklah keletihan, batuk, masalah pernafasan, pendarahan hidung, kerengsaan mata, dan masalah kulit seperti kegatalan dan ruam.

Sebagai contoh, di Sungai Petani, beratus-ratus penduduk mengalami kualiti udara yang semakin buruk akibat pembakaran plastik sejak akhir 2018.  Persatuan Tindakan Alam Sekitar Sungai Petani (PTAS) mendapati peningkatan dalam bilangan kemasukan ke hospital sebanyak 15% kepada 30% antara bulan Mei dan Ogos 2019.3 Penduduk, terutamanya kanak-kanak dan warga tua, telah terjejas dengan teruk dengan menghadapi penyakit pernafasan seperti bronkitis dan asma, serta isu-isu kulit seperti ekzema. Kes-kes COVID-19 yang tinggi di kawasan ini menunjukkan bahawa ramai orang yang telah terjejas oleh virus dan gejala-gejalanya mesti menjadi lebih serius dengan kesan-kesan buruk daripada pembakaran plastik.

Apabila plastik dibakar secara terbuka, dan proses ini sering menjadi pembakaran tidak lengkap, ianya mengakibatkan bahan kimia [toksik] yang terkandung tidak dimusnahkan sepenuhnya dan dilepaskan ke udara, tanah, dan air di sekelilingnya.7

Bahan kimia yang dikeluarkan daripada plastik terbakar boleh membawa kepada kesan jangka panjang yang serius. Plastik mengandungi bahan tambahan dan bahan cemar yang berpotensi toksik iaitu pencemar organik tegar dan bahan kimia penganggu endokrin, seperti dioksin dan furan. Apabila plastik dibakar secara terbuka, dan proses ini sering tidak lengkap, ianya mengakibatkan bahan kimia yang terkandung tidak dimusnahkan sepenuhnya dan dilepaskan ke udara, tanah, dan air di sekelilingnya. Seterusnya, bahan kimia ini berpotensi untuk bercampur dan berkumpul di dalam tisu tumbuhan dan haiwan, menganggu rantaian makanan, atau disedut dan dimakan secara langsung oleh manusia.1 Bahan kimia ini boleh merosakkan sistem imunisasi dan pembiakan manusia,  melemahkan fungsi intelektual, mengganggu fungsi dan perkembangan hormon-hormon yang penting, dan memburukkan lagi keadaan kesihatan dengan penyakit kronik seperti kanser dan kencing manis.4

Rajah 2: Kerangka konseptual tentang pendedahan bahaya daripada pembakaran terbuka sisa plastik (Velis & Cook, 2021)

Apakah yang boleh kita lakukan? 

Laporkan kejadian pembakaran terbuka untuk menjamin kualiti hidup anda dan masyarakat setempat.

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk diikuti: 
(1) Catitkan masa, tarikh, dan lokasi kejadian; 
(2) Jika anda perhatikan kejadian tersebut berlaku selama beberapa minggu, kumpul dan susun maklumat ini; 
(3) Kemukakan aduan anda melalui saluran rasmi di bawah; dan
(4) Ikuti susulan aduan anda.

Rajah 3: Saluran rasmi untuk melaporkan pembakaran terbuka  (Malay Mail, 2021)

Sekiranya aduan ini tidak disusul dan diambil tindakan, jangan berputus asa! Sertai persatuan alam sekitar tempatan, atau hubungi jiran anda untuk membentuk sendiri kumpulan anda, atau suarakan bantahan anda dalam talian.

Jalan keluar dari krisis sisa plastik bukanlah dengan pembakaran. Mari kita bersama-sama bersuara dan melakukan apa yang kita boleh dan terus berjuang untuk melindungi alam sekitar dan kesihatan kita.

Cadangan

Plastik mempunyai kesan buruk pada setiap fasa kitaran hayatnya bermula dari pengekstrakan bahan api fosil sampai kepada pelupusannya. Plastik bukan sahaja mempercepatkan krisis iklim, tetapi pengeluaran dan pelupusannya mengancam hak dan kesihatan masyarakat di seluruh dunia. Oleh itu, kita memerlukan penyelesaian yang holistik yang menangani semua aspek kitaran plastik.

Semasa forum dalam talian, C4 Center dan SAM mencadangkan larangan pengimportan sisa ke Malaysia, yang akan berfungsi untuk menangani isu sisa yang diimport yang tidak dapat dikembalikan ke negara asal, serta menjadi langkah yang berkesan ke arah menyelesaikan pemprosesan sisa secara haram di Malaysia dengan memutuskan sumber bekalan. 

Sehingga larangan sebegini dilaksanakan, kita perlulah memastikan ketelusan terhadap pengimportan sisa plastik dan memastikan sisa-sisa ini diuruskan dengan cara yang dapat mengurangkan kesan kemudaratan kepada kesihatan awam dan alam sekitar.

Rangkaian antarabangsa menyokong penggubalan suatu perjanjian baru, iaitu perjanjian global untuk menangani kesan sepanjang kitaran hayat plastik. Mencapai perjanjian global mengenai plastik adalah elemen penting dalam menghadapi krisis plastik yang semakin meningkat. Kita perlu menghentikan ketidakadilan dan penjajahan melalui perdagangan sisa. 


Rujukan

[1] Velis, C., & Cook, E. (2021). Mismanagement of Plastic Waste through Open Burning with Emphasis on the Global South: A Systematic Review of Risks to Occupational and Public Health. Environmental Science and Technology, 55(11), 7186–7207. https://doi.org/10.1021/acs.est.0c08536

[2] Yeoh, R. (2021, July 31). Sg Petani folk suffering health effects from smog, chemical fumes. The Vibes: https://www.thevibes.com/articles/news/36472/sg-petani-folk-suffering-health-effects-from-smog-chemical-fumes

[3] Nambiar, P. (2019, September 30). Group invites MP for meeting over Sg Petani air pollution. FMT: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/09/30/group-invites-mp-for-meeting-over-sg-petani-air-pollution/

[4] IPEN. (2020). Plastic’s toxic additives and the circular economy. https://ipen.org/sites/default/files/documents/plastics_and_additives_final-low-o-en.pdf

Terkini

Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Ia adalah Hari Bumi sekali lagi pada 22 April. Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, tidak cukup untuk mendedikasikan satu hari dalam setahun untuk mengingatinya

Selanjutnya »
April 22, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong dan menyambut baik tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas ketegasan yang ditunjukkan terhadap pengusaha ladang babi yang tidak mematuhi Enakmen

Selanjutnya »
April 17, 2022
clean, environment, garbage-1223168.jpg
Pencemaran & Perlombongan

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) tidak terperanjat apabila mengetahui bahawa satu tan sampah sedang dikutip dari Sungai Pinang setiap hari. Ini adalah isu pembuangan sampah yang

Selanjutnya »
April 12, 2022
Pembangunan & Perancangan

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Perak mengekal dan melindungi guna tanah hutan dan kawasan semulajadi darat (termasuk hutan paya laut) yang masih terdapat

Selanjutnya »
April 6, 2022

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

  • Tarikh Penerbitan | April 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Agroekologi, Agrokomoditi, Bahan Toksik, Kedaulatan Makanan, Orang Asal, Pembangunan, Pemuliharaan, Pencemaran, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan, Perjanjian Antarabangsa, Sisa
Selanjutnya

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

  • Tarikh Penerbitan | April 17, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
clean, environment, garbage-1223168.jpg

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

  • Tarikh Penerbitan | April 12, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2022
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Hidupan Liar, Pembangunan, Pemuliharaan, Penukaran Hutan, Perancangan
Selanjutnya
Perubahan Iklim

Perlu peka terhadap amaran dari ibu bumi

Selanjutnya »
April 22, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap penternak babi yang tidak patuh Enakmen 

Selanjutnya »
April 17, 2022
clean, environment, garbage-1223168.jpg
Pencemaran & Perlombongan

Pencemaran Sungai Pinang merupakan isu yang telah lama berlarutan

Selanjutnya »
April 12, 2022
Pembangunan & Perancangan

SAM gesa kerajaan negeri Perak mengekalkan dan melindungi alam semulajadi daerah Manjung

Selanjutnya »
April 6, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2022 Sahabat Alam Malaysia