Pada 11 Mei 2023, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kan Yeow telah mengumumkan bahawa projek penambakan tiga buah pulau akan dikecilkan sebanyak 49% iaitu daripada 4,500 ekar ke 2,500 ekar. Hanya sebuah pulau sahaja akan dibangunkan daripada tiga buah pulau yang dirancang.
Sahabat Alam Malaysia masih tidak boleh menerima pengecilan skala projek ini kerana penambakan sebanyak 2,500 ekar adalah masih sangat besar dan akan menjejaskan kawasan perikanan dan alam sekitar. Selain itu, ia akan melibatkan jumlah pasir yang besar untuk penambakan dari perairan Pulau Pinang atau Perak, menyebabkan lebih banyak kerosakan.
Adalah tidak betul untuk mengatakan sebilangan kecil nelayan akan terjejas kerana ia adalah mengenai kemusnahan kawasan kukup, terumbu karang yang menjejaskan habitat marin dan penghijrahan udang. Jadi bukan sahaja nelayan di kawasan itu tetapi di sepanjang perairan Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
Tidak ada keperluan untuk projek itu sama sekali kerana pembiayaan untuk LRT sudah dijanjikan oleh kerajaan Persekutuan. Tiada sebarang justifikasi untuk projek tersebut dan kita mempunyai tanah di Seberang Perai seperti yang diakui sendiri oleh Ketua Menteri seluas 12,000 hektar.
Batalkan Projek. Bukan kecilkan!
Meenakshi Raman
Presiden