Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Arkib
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • ENGENG
  • Sumbangan

Pencabulan hak tanah adat Orang Asli berpunca dari masalah sistemik

  • Tarikh Penerbitan | Januari 9, 2017
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Hak Tanah, Orang Asal, Pembalakan, Penukaran Hutan, Perladangan, Perlombongan & Ekstraktif
  • Penanda | Akta Orang Asli 1954, IMABT, Kelantan, Orang Asli, wilayah adat
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin mengumumkan pelancaran penerbitan Pencerobohan Tanah Adat Orang Asli di Semenanjung Malaysia: Punca dan Penyelesaian, hasil projek kerjasama kami dengan Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM).

Pada dasarnya, penerbitan ini menekankan bahawa pencerobohan tanah adat Orang Asli adalah berpunca dari permasalahan sistemik kepemerintahan dan perundangan, dan bukannya kejadian-kejadian terasing akibat dari perlanggaran perundangan tergubal atau arahan eksekutif. Ia mengandungi 12 buah laporan terperinci yang melibatkan 13 buah wilayah tanah adat Orang Asli di Kelantan, Pahang dan Perak. Penerbitan ini turut memberikan analisis tentang keberkesanan kerangka perundangan dan kepemerintahan di Semenanjung Malaysia dalam memberikan perlindungan yang kukuh terhadap tanah adat Orang Asli.  

Sebuah hasil dapatan penting laporan ini adalah tentang ketiadaan proses perundingan yang bermakna dan pemberian izin yang dilakukan untuk pemilik-pemilik tanah adat Orang Asli, sebelum sebarang pemberian lesen pembalakan dan perladangan dikeluarkan dan malah kadangkala, sebelum operasi dimulakan. Masyarakat terjejas telah melaporkan bahawa mereka pertama kali maklum tentang pemberian lesen-lesen ini hanya ketika aktiviti persediaan berkaitan dengan operasi penebangan sedang dilakukan atau ketika operasi penebangan akan dimulakan atau malah, selepas penebangan dimulakan. Walaupun ‘perundingan’ mungkin ada dilakukan oleh beberapa buah syarikat, dengan atau tanpa kehadiran pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan, semua ini dilakukan hanya setelah lesen-lesen tersebut diperolehi. Tambahan lagi, walaupun ‘perundingan’ seperti ini kelihatannya seperti sebuah proses memohon izin, mereka sebenarnya berfungsi lebih sebagai proses pemberitahuan sahaja. Seterusnya, masyarakat terjejas akan menghadapi pelbagai cabaran untuk membantah lesen-lesen operasi ini, disebabkan status ‘sah’ mereka di sisi undang-undang tergubal.  

Makanya itu, kefahaman yang baru amat diperlukan tentang ‘pembalakan haram’ dan ‘pembalakan yang memudaratkan’. Jelasnya, pembalakan yang mematuhi segala undang-undang tergubal di Malaysia hari ini tetapi masih tetap menceroboh wilayah tanah adat Orang Asal adalah pembalakan yang memudaratkan. Seterusnya, jika pembalakan yang sah itu masih tidak menghormati hak tanah adat Orang Asal, ianya masih lagi gagal mencapai kesempurnaan perundangan dan tidak boleh diterima sebagai pembalakan mampan.   

Penerbitan ini juga turut memberikan perhatian terhadap masalah proses pewartaan hutan simpanan kekal (HSK) yang dikatakan penting untuk memastikan pembalakan yang mampan namun, pada masa yang sama, turut menggugat pengamalan penuh hak-hak tanah adat Orang Asli. Masyarakat terjejas turut mengesahkan bahawa proses pewartaan HSK ini telah dilakukan tanpa sebarang proses pemberian izin berasaskan pemberian maklumat awal, bebas dan telus (IMABT).  

Selain itu, masyarakat terjejas turut melaporkan tentang bagaimana operasi pembalakan dan perladangan masih lagi memberikan kesan-kesan alam sekitar dan sosio-ekonomi yang buruk. Ini termasuklah pencemaran sumber-sumber air dan kemusnahan sumber-sumber hutan dari mana makanan, ubat-ubatan, punca pendapatan dan bahan-bahan untuk upacara kerohanian diperolehi masyarakat. Di dalam beberapa buah kes, ladang-ladang dan kubur-kubur telah turut termusnah. Penerbitan ini menyimpulkan bahawa antara punca sistemik pencabulan hak tanah adat ini adalah ketiadaan jaminan pegangan tanah buat masyarakat Orang Asli berserta tafsiran satu hala negeri-negeri tentang keluasan dan sempadan tanah-tanah adat, tanpa pemberian peta-peta rasmi dan penandaan sempadan di atas tanah. Masyarakat tidak tahu sebenarnya bagaimana negeri-negeri memutuskan sempadan-sempadan wilayah mereka tanpa perundingan dan persetujuan mereka.  

Penerbitan ini mengesyorkan bahawa reformasi undang-undang tergubal amat perlu dilakukan terhadap Akta Orang Asli 1954, Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Taman Negara 1980, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, undang-undang negeri tentang pemuliharaan alam dan enakmen mineral negeri-negeri. Setelah keputusan kehakiman mengiktiraf hak tanah adat Orang Asal sebagai hak terhadap harta yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan, adalah tidak wajar ianya terus ditafsirkan sebagai hak kepenggunaan atau hak penyewa atas ihsan sahaja. Selain itu, proses pemetaan dan penandaan sempadan bersama masyarakat untuk tujuan pemberian geran komunal juga wajib diperkenalkan.

S.M. Mohamed Idris

Presiden

Penerbitan ini (di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) boleh dicapai di: 

https://www.foe-malaysia.org/pencerobohan_tanah_adat_orang_asli_di_semenanjung_malaysia_punca_penyelesaian

https://www.foe-malaysia.org/encroachment_on_orang_asli_customary_land_in_malaysia_causes_solutions

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Batalkan projek tambak laut di Langkawi!

Pada 31 Mei 2018, pemaju dari Sarawak, mendiang Ting Pek Khiing yang terkenal dengan projek Empangan Bakun mengumumkan beliau akan melancarkan projek pembangunan bernilai RM30

Selanjutnya »
Januari 22, 2021
Pembangunan & Perancangan

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa supaya pihak Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan supaya mengambil peduli dan mempertimbangkan dengan serius bantahan

Selanjutnya »
Januari 14, 2021
Hutan & Biodiversiti

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang dengan perkembangan terkini  di mana beberapa negeri terus menggalakkan penebangan hutan atas pelbagai alasan, dan bukannya mengambil langkah-langkah untuk melindungi

Selanjutnya »
Januari 5, 2021
Pencemaran & Perlombongan

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang dengan pengumuman oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, kelmarin bahawa kerajaan negeri telah membuat perjanjian dengan syarikat usahasama

Selanjutnya »
Disember 3, 2020

Batalkan projek tambak laut di Langkawi!

  • Tarikh Penerbitan | Januari 22, 2021
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan
Selanjutnya

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

  • Tarikh Penerbitan | Januari 14, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Perancangan, Sisa
Selanjutnya

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

  • Tarikh Penerbitan | Januari 5, 2021
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Air, Biodiversiti, Penebangan hutan
Selanjutnya

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

  • Tarikh Penerbitan | Disember 3, 2020
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Batalkan projek tambak laut di Langkawi!

Selanjutnya »
Januari 22, 2021
Pembangunan & Perancangan

Bantahan pengoperasian kilang pembuatan bateri di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

Selanjutnya »
Januari 14, 2021
Hutan & Biodiversiti

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

Selanjutnya »
Januari 5, 2021
Pencemaran & Perlombongan

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

Selanjutnya »
Disember 3, 2020

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram
Copyright © 2021 Sahabat Alam Malaysia