Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Pencerobohan dan penerokaan haram rizab Tasik Bukit Merah, daerah Kerian, Perak

  • Tarikh Penerbitan | Jun 5, 2016
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Penukaran Hutan, Perancangan
  • Penanda | JPS, Pencerobohan, Perak, Tasik Bukit Merah
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Peat forest illegally cleared and drained out at Bukit Merah Lake Reserve | SAM
Peat forest illegally cleared and drained out at Bukit Merah Lake Reserve | SAM

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan wakil-wakil beberapa pertubuhan alam sekitar termasuk CAP, KUASA, PEKA dan GRASS menggesa pihak berkuasa yang berkenaan supaya bersungguh-sungguh mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menceroboh dan meneroka haram Rizab Tasik Bukit Merah di Daerah Kerian, Perak.  

SAM mendapati sebahagian Rizab Tasik Bukit Merah sudah diceroboh dan diteroka haram dengan tanaman kelapa sawit sejak lebih lima belas tahun lalu dan kini keadaannya semakin membimbangkan. 

Tasik Bukit Merah yang diceroboh dan dimusnahkan | SAM

Kegiatan menceroboh dan meneroka haram Rizab Tasik Bukit Merah memberi impak kepada alam sekeliling di sini dan boleh membawa kepada kemerosotan paras air Tasik Bukit Merah yang seterusnya menyebabkan terjejas pengairan jelapang padi di Daerah Kerian, Perak dan selatan Seberang Perai, Pulau Pinang seluas kira-kira 24,000 hektar. 

Malah bekalan air Tasik Bukit Merah juga turut digunakan untuk tujuan domestik dan industri bagi lebih 200,000 penduduk di Daerah Kerian dan sebahagian Daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Pihak CAP juga sebelum ini telah mendedahkan pencurian air dari taliair dan membantah penggunaan air dari Tasik ini untuk projek penternakan arowana di jelapang padi di Daerah Kerian.  

Rizab Tasik Bukit Merah tidak hanya penting sebagai punca bekalan air ke Tasik Bukit Merah tetapi berperanan untuk mengawal banjir kerana sebahagian besar kawasan rizab tersebut adalah tanah lembap dan pamah yang berperanan sebagai kawasan limpahan banjir. 

Pada November 2011, pihak berkuasa yang berkenaan pernah mengeluarkan kenyataan melalui media menjelaskan isu tersebut setelah diketengahkan oleh SAM. Pada masa itu terdapat perbezaan penjelasan di antara Pegawai Daerah Kerian dengan Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian (JPS Daerah Kerian). 

SAM bersama NGO-NGO lain mengendalikan sidang akhbar di Bukit Merah | SAM

Mengikut penjelasan Pegawai Daerah Kerian di dalam ruangan Adu@metro akhbar Harian Metro bertarikh 29 November 2011, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kerian akan melaksanakan projek Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Pondok Tanjung berhampiran Tasik Bukit Merah. 

Sebaliknya Jurutera JPS Daerah Kerian pula menjelaskan, jabatan tidak menyokong dan membenarkan sebarang pembangunan di Rizab Tasik Bukit Merah kerana hendak memelihara ekosistem Tasik Bukit Merah dan memastikan kepentingannya tidak terjejas.  

Menurut Jurutera JPS Daerah Kerian lagi, jabatan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang sekiranya Rizab Tasik Bukit Merah diceroboh dan diteroka haram walaupun bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan dan operasi tasik tersebut. 

Berdasarkan pelan syit Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara: No 377; – (GN 3319 of 1914, GN 1453 of 1919 dan GN 8279 of 1929 excision), kawasan tersebut diwartakan sebagai Rizab Tasik Bukit Merah. 

Malah mengikut Rancangan Tempatan Daerah Kerian, kawasan tersebut adalah sebahagian daripada kawasan tadahan air. 

Manakala kegiatan mengeksploitasi Rizab Tasik Bukit Merah jelas tidak mematuhi Garis Panduan Perancangan, Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (rujuk kepada: GP007-A(2) – Kawasan Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik dan Sungai dan GP007-A(3) – Kawasan Tadahan Air dan Sumber Air Tanah). 

Eksploitasi dan pemusnahan Rizab Tasik Bukit Merah (penukaran daripada guna-tanah hutan dan kawasan semula-jadi darat kepada lain-lain guna-tanah) ketara mendedahkan permukaan tanah kepada lebihan air larian permukaan semasa hujan lebat. Ini akan mengakibatkan berlaku pemendapan dan timbunan sedimen dan juga lain-lain angkutan di dasar Tasik Bukit Merah. 

Oleh itu kami berharap pihak berkuasa yang berkenaan perlu bersungguh-sungguh menguatkuasa peruntukan undang-undang berkaitan pencerobohan dan penerokaan haram tanah kerajaan dan lain-lain tanah rizab mengikut Seksyen 425, Kanun Tanah Negara, 1965.   

Pihak berkuasa yang berkenaan sama ada di peringkat daerah dan negeri perlu juga merujuk dan mematuhi kepada dasar dan pelan perancangan fizikal sedia-ada sekiranya hendak melaksanakan sesuatu pembangunan khususnya yang melibatkan penukaran guna-tanah. 

Demi kepentingan alam sekitar dan bekalan air yang terjamin, kami menggesa agar pengeksploitasian dan penukargunaan tanah di kawasan Rizab Tasik Bukit Merah adalah dihentikan serta-merta. Kawasan rizab yang telah diteroka perlu ditanam dengan spesies pokok hutan yang bersesuaian untuk membaikpulih persekitaran di sini. 

S.M. MOHAMED IDRIS 

Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia