Ini adalah temuramah dengan Nyaru Bete, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Batu Bungan berkenaan dengan pencerobohan tanah hak adat mereka oleh sebuah syarikat yang dikatakan bernama Syarikat Radiant Lagoon. Kaum Penan di Kampung di Batu Bungan di Mulu, Sarawak, telah beritahu bahawa pada bulan Januari/Februari 2019 pembinaan jalan untuk sebuah projek perladangan sawit telah mula menceroboh ke dalam wilayah adat mereka, yang bersebelahan dengan Taman Negara Gunung Mulu, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sebagai tindakbalas, kampung tersebut telah membina sebuah halangan jalan (blockade) dan membuat sebuah laporan polis untuk menghentikan pencerobohan tersebut. Namun, halangan tersebut dilaporkan telah diruntuhkan oleh para pekerja operasi pembinaan jalan tersebut. Mereka telah baru-baru ini dipanggil untuk perbincangan oleh pihak kerajaan dan syarikat. Walaubagaimanapun, tuntutan mereka adalah agar wilayah adat mereka dikekalkan selamanya oleh pihak kerajaan.

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua
Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan.