Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Penerbitan baru SAM mengenai masyarakat Penan: Kegagalan sistemik untuk melindungi NCR di Sarawak

  • Tarikh Penerbitan | September 29, 2015
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Hak Tanah, Orang Asal
  • Penanda | hak tanah adat, kegagalan sistemik, Long Sayan, Penan, Sarawak, wilayah adat
PDF

Pada tahun 2002, Persatuan Penan Sarawak (Sarawak Penan Association – SPA) mengeluarkan Deklarasi Long Sayan 2002, yang telah ditandatangani oleh lebih daripada 40 pemimpin masyarakat Penan. Antara lain, deklarasi tersebut menggesa supaya semua operasi pembalakan di wilayah Penan dihentikan, pewartaan wilayah mereka sebagai Hutan Simpanan Komunal (Communal Forest Reserves) dan penyediaan serta kemudahcapaian perkhidmatan kesihatan, pendidikan, perumahan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih, di samping latihan pertanian dan sokongan kepada masyarakat.

Namun hari ini, lebih daripada satu dekad kemudian – masyarakat Penan di Sarawak masih hidup tanpa sekuriti penuh ke atas hak-hak tanah dan dalam keadaan hidup substandard. Lebih buruk lagi, disebabkan oleh pengurangan dalam sumber kayu semulajadi di Sarawak akibat daripada tiga dekad pembalakan yang tidak mapan, perladangan pokok kayu balak dan kelapa sawit telah dengan cepat mengambil tempat industri balak yang merosot. Ladang-ladang, yang memerlukan penebangan habis kawasan  hutan yang pernah dibalak, pasti akan membawa kesan yang lebih buruk kepada masyarakat tempatan, walaupun kesan operasi pembalakan telah selama ini cukup teruk. 

Ini adalah perdebatan penerbitan baru kami, Penan Land Rights in Sarawak: 13 years after the Long Sayan Declaration 2002 (Hak Tanah Penan di Sarawak: 13 tahun selepas Deklarasi Long Sayan 2002). Penerbitan ini mengandungi pelbagai bahan-bahan yang telah dikeluarkan oleh Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan pertubuhan masyarakat Penan di antara tahun 2000 dan 2013, mencatatkan kisah selama lebih satu dekad, perjuangan mereka, ketidakpuasan hati dan tuntutan masyarakat. 

Penerbitan baru ini menarik perhatian kita kepada kegagalan berterusan Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan Malaysia dalam menyelesaikan pelbagai isu-isu hak tanah rakyat dan kebajikan. Ia menunjukkan sifat sistemik penindasan yang dihadapi oleh masyarakat dan akhirnya, kegagalan dalam tadbir urus yang baik. 

Walaupun banyak kenyataan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun lalu mengenai hasrat untuk mengukuhkan penguatkuasaan perhutanan dan perlindungan hutan, realiti bagi masyarakat yang terjejas masih tidak berubah. 

Realiti ini tidak hanya meliputi masyarakat Penan. Pada bulan Julai yang lalu, Ajeng Jok dari kampung Kayan di Long Pilah di Baram, didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, kerana ‘mencuri’ harta yang dimiliki oleh sebuah syarikat pembalakan, yang komuniti Long Pilah telah lakukan sekatan jalan (blockade) sejak April. Beberapa laporan polis juga telah dibuat oleh penduduk kampung. Malahan, usaha mereka untuk mengumpul maklumat daripada Jabatan Hutan Sarawak ke atas lesen pembalakan dilaporkan gagal kerana maklumat ini dianggap sensitif. Oleh kerana tiada pilihan lain, pada bulan Jun, komuniti tersebut terpaksa mengambil milik peralatan syarikat, dengan tujuan untuk menyerahkan semuanya kembali kepada syarikat itu apabila ia bersetuju untuk meninggalkan wilayah mereka. 

Oleh itu, adalah tepat pada masanya untuk bertanya, selepas tiga dekad perlafazan banyak janji-janji kepada Orang Asal, dan terutama kepada masyarakat Penan, apa sebenarnya telah Kerajaan Negeri Sarawak lakukan untuk memastikan sekuriti hak-hak tanah adat mereka terjamin dan meningkatkan taraf hidup mereka? Penerbitan baru kami, kes Long Pilah baru-baru ini, blockade dua tahun oleh masyarakat yang akan terjejas dengan pembinaan Empangan Baram semua seolah-olah menunjukkan bahawa tidak banyak yang telah dilakukan. Di samping itu, sebahagian besar daripada komuniti Orang Asal Sarawak masih menghadapi cabaran yang besar untuk mengakses kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih dan juga penjagaan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan pengangkutan yang berkualiti. 

Selaras dengan nada baru pentadbiran negeri dan pengiktirafan kehakiman bahawa negeri-negeri mempunyai tanggungjawab fidusiari untuk melindungi kepentingan Orang Asal, kami ingin meminta Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberi penerangan tentang mengapa ia nampaknya telah gagal berbuat demikian dan bagaimana ia kini bercadang untuk menyediakan perlindungan hak tanah yang lebih kuat untuk komuniti Orang Asal dan meningkatkan kualiti hidup mereka. 

S.M. Mohamed Idris

Presiden

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pelancaran Fasa 2 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 yang lalu. Kami

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak meneruskan Projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation – PSR).

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV) menafikan hak petani, menggalakkan biopirasi dan mengancam agrobodiversiti. SAM menyokong sepenuhnya kenyataan di bawah yang dikeluarkan

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

  • Tarikh Penerbitan | September 4, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Mitigasi, Tenaga
Selanjutnya

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

  • Tarikh Penerbitan | September 1, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Julai 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Kedaulatan Makanan, Perdagangan & Pelaburan, Pertanian
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia