Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Pengurusan hutan di Malaysia perlu konsisten: Malaysia selangkah ke hadapan, selangkah ke belakang

  • Tarikh Penerbitan | Mac 21, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pembalakan, Pemuliharaan, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan, Perladangan
  • Penanda | EIA, HSKLU, hutan simpan kekal
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Photo by Louis from Pexels

Sempena Hari Hutan Antarabangsa, Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin menarik perhatian semua tentang betapa pentingnya kita bersikap konsisten dalam usaha kita melindungi hutan di negara ini, baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri.

Kami ingin memulakan dengan memuji empat perkembangan positif penting berkaitan dengan perlindungan hutan di Malaysia sepanjang setahun yang lalu. Pertama, pada September tahun lalu, Selangor telah memutuskan untuk mewartakan semula 534 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang sebelum ini telah dinyahwartakan pada Ogos sebelumnya. Kedua, pada bulan Disember, mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-79 bersetuju untuk mengenakan moratorium selama 15 tahun ke atas pembangunan ladang monokultur baharu di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia. Pada bulan yang sama, kerajaan persekutuan juga telah mengumumkan rancangannya untuk mendapatkan USD3 juta daripada Dana Iklim Hijau (GCF) bagi menyokong pembangunan pelan adaptasi kebangsaan bagi perubahan iklim. Kemudian, semasa sesi pertama parlimen pada tahun ini  pindaan kepada Akta Perhutanan Negara 1984 akhirnya dibentangkan yang antara lain, mewajibkan perundingan awam dalam mana-mana cadangan pelaksanaan penyahwartaan hutan pada masa hadapan.

Ini semua adalah keputusan yang betul untuk membantu melindungi hutan yang masih ada dan menyokong usaha mitigasi dan adaptasi iklim. Namun begitu, adalah agak malang apabila kebaikan yang mungkin dapat dilaksanakan oleh sesebuah keputusan yang bijak itu dengan mudah boleh dikompromi oleh sebilangan keputusan buruk yang bercanggah, yang sebenarnya amat boleh dielakkan. 

Bagi setiap keputusan berpandangan jauh yang telah dibuat pada tahun lepas yang boleh memastikan perlindungan hutan yang lebih baik, kita akan dapat menemukan sebuah lagi keputusan yang bertentangan arah, yang akan menyebabkan kemusnahan dan kemerosotan hutan. Satu langkah ke hadapan, tetapi diikuti pula oleh satu langkah ke belakang sebenarnya tidak membawa kita ke mana-mana. Dengan itu, kita perlu memastikan bahawa pengurusan hutan kita adalahkonsisten.

Sehingga hari ini, Selangor masih belum mewartakan semula sebahagian daripada HSKLU, selepas enam bulan berjanji untuk melakukannya. Baru sahaja minggu lalu, Jaringan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PSHKLU), yang turut dianggotai SAM, menuntut supaya pewartaan semula ini dilaksanakan dengan segera.

Kemudian, berkenaan dengan moratorium ke atas perladangan monokultur di dalam HSK, keputusan yang lebih berkesan sebenarnya adalah perlaksanaan sebuah larangan yang berkekalan. Kenapa kita mahu mengelak dari penukaran guna tanah hutan, hanya untuk tempoh 15 tahun? Adakah kesan-kesan perubahan iklim akan berkurang dalam masa 15 tahun lagi? Apakah asas kepada tempoh moratorium selama 15 tahun ini? Memburukkan lagi keadaan, Malaysia juga turut kekal komited untuk meneruskan pinjaman sebanyak RM1.5 bilion untuk pembangunan ladang monokultur, yang sehingga hari ini terus menerus dirujuk sebagai ladang hutan, sebuah istilah yang jelasnya salah.

Di dalam kemelut ini, pada 23 Februari, media melaporkan tentang permasalahan penukaran guna tanah hutan besar-besaran di Pahang, keluasannya kedua terbesar selepas Kelantan. Artikel tersebut juga turut mendedahkan isu kemungkinannya berlaku penyalahgunaan di dalam proses Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), yang mana terdapatnya dakwaan bahawa syarikat-syarikat perladangan mungkin telah membahagikan saiz projek mereka kepada tidak melebihi 500 hektar. Bagi projek ladang monokultur bersaiz antara 100 dan 500 hektar, proses EIA tidak mewajibkan perundingan awam.

Usaha untuk mengelak dari proses EIA ini bukanlah satu perkara baharu. Kerajaan negeri mestilah dipertanggungjawabkan atas kegagalan untuk memastikan manipulasi seperti itu tidak berlaku. Tiada alasan bagi kerajaan negeri untuk tidak menyedarinya langsung. Sementara kita cuba untuk bergerak ke hadapan untuk meminda undang-undang perhutanan untuk menguatkuasakan perundingan awam mandatori, pada masa yang sama, ruang perundingan awam yang sedia ada dengan mudah boleh dielakkan hanya melalui manipulasi.

Walaupun kami percaya bahawa penukaran guna tanah hutan perlu dihentikan sama sekali di negara ini, had yang mewajibkan perundingan awam bagi proses EIA hanya pada takat 500 hektar ke atas adalah sebuah had yang tinggi. Semua penukaran guna tanah hutan dan pembangunan ladang monokultur sebenarnya mestilah diwajibkan untuk menjalani proses EIA dengan proses penyertaan awam mandatori.

Bayangkan jika kita tinggal bersebelahan dengan sebuah ladang monokultur kayu seluas 459 hektar dan kita tidak mempunyai hak untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang projek tersebut? Bagaimana komuniti tempatan boleh menyuarakan bantahan mereka dengan berkesan jika mereka berhadapan dengan cabaran untuk mencapai maklumat? Bagi komuniti orang asal, situasinya mungkin lebih buruk lagi, projek-projek sebegini boleh sahaja mengambil tempat di dalam wilayah tanah adat mereka.

Pada tahun lalu, kita juga terpaksa menyaksikan beberapa kejadian banjir, tanah runtuh, longgokan sisa kayu balak dan banjir lumpur, khususnya pada musim monsun yang lalu. Dari kawasan luar bandar di Kedah dan Pahang, sehinggalah kepada kawasan bandar di Selangor, bencana-bencana alam seperti ini berpunca daripada penebangan hutan yang berleluasa dan kegagalan dalam perancangan fizikal.

Jika kerajaan negeri terus membenarkan penukaran guna tanah hutan walaupun Malaysia mempunyai komitmen antarabangsa berkenaan hutan, biodiversiti dan perubahan iklim; dan terdapatnya unsur-unsur di dalam sektor perladangan yang terus menerus tidak menghormati undang-undang dan hak komuniti, bagaimanakah dana iklim antarabangsa berupaya untuk melindungi kita dari kesan perubahan iklim pada masa hadapan?Oleh itu, pada hari penting untuk hutan ini, kami menyeru kerajaan persekutuan dan negeri supaya bersikap konsisten dalam usaha mereka untuk melindungi hutan dan menangani kesan-kesan perubahan iklim. Kita tidak mampu lagi untuk berpura-pura bergerak ke hadapan sedangkan pada hakikatnya, kita masih berada pada takuk yang sama, yang tidak menentu keadaannya. Dalam era perubahan iklim, keadaan ini hanya seperti menunggu bencana berlaku.

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia