Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Percepatkan Usaha Untuk Mendapatkan Dana Antarabangsa Bagi Perlindungan Hutan

  • Tarikh Penerbitan | Mei 27, 2020
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Air, Biodiversiti, Pembalakan, Perjanjian Antarabangsa
  • Penanda | Adaptation Fund, Dana Antarabangsa, Global Environment Facility, Green Climate Fund, Hutan Tadahan Air, Kedah, Perlindungan
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
PDF
land reclamation

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Persekutuan supaya dengan segera mempercepatkan usaha untuk mendapatkan dana antarabangsa untuk membantu negeri-negeri melindungi dan memulihara hutan mereka yang amat penting bagi menangani perubahan iklim dan melindungi biodiversiti, dan bukan membenarkannya untuk dibalak dan  tujuan lain.

SAM membuat gesaan ini lanjutan daripada laporan media semalam bahawa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa 40 pemegang konsesi hutan perlu dibayar RM1 bilion sebagai pampasan atau diberikan hutan ganti kerana penarikan balik konsesi mereka dalam hutan simpanan kekal oleh kerajaan sebelum ini.

Kami menyeru kepada kerajaan negeri Kedah untuk tidak memberi hutan ganti kepada pembalak tetapi sebagai ganti mendapatkan bantuan kerajaan Persekutuan dalam mendapatkan dana antarabangsa yang boleh diperolehi bagi perlindungan dan pemuliharaan hutan, jika tujuannya ialah untuk menangani perubahan iklim dan bagi perlindungan biodiversiti.

Dana antarabangsa ini boleh diperolehi daripada Green Climate Fund, Adaptation Fund dan Global Environment Facility. Dana antarabangsa ini disasarkan untuk menyokong negara membangun dalam memenuhi objektif perubahan iklim dan biodiversiti mereka, yang juga akan membawa manfaat kepada dunia.

Dana-dana bagi perlindungan hutan di negeri ini hanya boleh diakses dengan sokongan kerajaan Persekutuan.

Dana-dana antarabangsa itu mengakui akan keperluan bagi bayaran kepada negara membangun seperti Malaysia untuk perkhidmatan ekosistem yang disediakan oleh hutan hujan tropika kita seperti dalam tindakan penyerapan karbon bagi menyerap gas rumah hijau, serta melindungi sumber air dan dalam mengekalkan biodiversiti.

Kerajaan Persekutuan mestilah dengan segera mendapatkan akses kepada dana ini dan menyalurkannya kepada negeri yang kaya dengan sumber hutan seperti Kedah, dengan itu negara mampu untuk memenuhi komitmen antarabangsa di bawah Perjanjian Paris serta Konvensyen Kepelbagaian Biologi.

Ianya amat kritikal bagi hutan tadahan air Ulu Muda dan kawasan sekitarnya dilindungi, memandangkan kemampanan sumber air amat kritikal bagi kelangsungan hidup berjuta orang bukan hanya di Kedah sahaja tetapi juga di Perlis dan Pulau Pinang. Sumber air ini amat penting bagi jelapang padi negara, sepertimana janji Menteri Besar Kedah untuk melindunginya.

Hutan Ulu Muda memenuhi keperluan air kepada kira-kira 4.09 juta penduduk di tiga negeri. Kira-kira 96% air mentah di Kedah, 70% di Perlis dan lebih daripada 80% di Pulau Pinang datangnya daripada Ulu Muda.

Pembalakan di masa lalu telah merosakkan kawasan di Hutan Simpanan Kekal Ulu Muda.

Oleh sebab itu, kami menggesa Kerajaan Negeri Kedah yang baharu untuk segera mewartakan Hutan Ulu Muda sebagai hutan tadahan air, jika ia masih belum dilakukan lagi, dan tidak membenarkan sebarang aktiviti dalam kawasan hutan yang mengancam fungsi sokongan hayat.

Jika tidak, kita akan berhadapan dengan krisis air yang serius dalam masa akan datang terutama sekali akibat kesan perubahan iklim.

Kami sekali lagi mengulangi bahawa kerajaan Persekutuan mestilah mengambil langkah untuk memberikan pampasan kepada kerajaan negeri Kedah kerana mengekalkan hutan mereka dalam keadaan yang baik demi manfaat awam, sebagai ganti kepada kehilangan yang akan dialami disebabkan oleh tuntutan pampasan daripada pembalak.

Kami menggesa untuk tidak berlengah lagi dalam bertindak bagi menyelamatkan hutan Ulu Muda serta hutan lain di Kedah yang tidak seharusnya diganti untuk pembalakan.

Kita tidak seharusnya mengundang bencana pada masa depan termasuklah daripada krisis iklim dan air yang boleh berlaku akibat kemusnahan hutan dan biodiversiti kita.

Meenakshi Raman

Presiden

Terkini

Hutan & Biodiversiti

Kerajaan negeri mesti memberikan perhatian lebih kepada dasar negara dan komitmen antarabangsa

Hari ini adalah Hari Hidupan Liar Sedunia dengan tema yang bertepatan iaitu ‘Hutan dan Mata Pencarian: Memelihara Manusia dan Planet’. Tema tahun ini dipilih untuk menyoroti peranan utama hutan, spesies

Selanjutnya »
Mac 3, 2021
Pencemaran & Perlombongan

188 Kumpulan Alam Sekitar gesa singkirkan Produk Sekali Guna, ketika perhimpunan alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersedia untuk berbincang mengenai kemampanan

“Singkir barangan guna buang” jika kita mengambil berat mengenai bumi ini, kata kumpulan alam sekitar Ketika perwakilan daripada 193 negara bersedia untuk membincangkan “Mengukuhkan Tindakan

Selanjutnya »
Februari 17, 2021
Pembangunan & Perancangan

Bantahan kepada permohonan tanah kerajaan negeri Kedah oleh Langkasuka Land Sdn Bhd

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberitahu bahawa pada 02.02.2021, kami bersama 24 pertubuhan daripada beberapa negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah pun menyampaikan suatu bantahan kepada

Selanjutnya »
Februari 7, 2021
Pygmy elephants | Credit: Clean Malaysia
Hutan & Biodiversiti

Kematian gajah pigmy Borneo yang sangat tragis

Sahabat Alam Malaysia (SAM) sangat bersimpati dengan satu kejadian yang melibatkan seekor Gajah Pigmy Borneo yang ditemui mati akibat dari perbuatan kejam segelintir individu atau

Selanjutnya »
Januari 26, 2021

Kerajaan negeri mesti memberikan perhatian lebih kepada dasar negara dan komitmen antarabangsa

  • Tarikh Penerbitan | Mac 3, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Hidupan Liar, Pembangunan, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan
Selanjutnya

188 Kumpulan Alam Sekitar gesa singkirkan Produk Sekali Guna, ketika perhimpunan alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersedia untuk berbincang mengenai kemampanan

  • Tarikh Penerbitan | Februari 17, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Bantahan kepada permohonan tanah kerajaan negeri Kedah oleh Langkasuka Land Sdn Bhd

  • Tarikh Penerbitan | Februari 7, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Pembangunan Persisiran Pantai, Perancangan
Selanjutnya
Pygmy elephants | Credit: Clean Malaysia

Kematian gajah pigmy Borneo yang sangat tragis

  • Tarikh Penerbitan | Januari 26, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Hidupan Liar, Kebajikan Haiwan
Selanjutnya
Hutan & Biodiversiti

Kerajaan negeri mesti memberikan perhatian lebih kepada dasar negara dan komitmen antarabangsa

Selanjutnya »
Mac 3, 2021
Pencemaran & Perlombongan

188 Kumpulan Alam Sekitar gesa singkirkan Produk Sekali Guna, ketika perhimpunan alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersedia untuk berbincang mengenai kemampanan

Selanjutnya »
Februari 17, 2021
Pembangunan & Perancangan

Bantahan kepada permohonan tanah kerajaan negeri Kedah oleh Langkasuka Land Sdn Bhd

Selanjutnya »
Februari 7, 2021
Pygmy elephants | Credit: Clean Malaysia
Hutan & Biodiversiti

Kematian gajah pigmy Borneo yang sangat tragis

Selanjutnya »
Januari 26, 2021

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram
Copyright © 2021 Sahabat Alam Malaysia