Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Peringatan SAM terhadap bahaya pemajuan industri nadir bumi

  • Tarikh Penerbitan | Disember 3, 2020
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
  • Penanda | Baling, Chinalco GXNF, Kedah, nadir bumi, Sik, Ulu Muda
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang dengan pengumuman oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, kelmarin bahawa kerajaan negeri telah membuat perjanjian dengan syarikat usahasama yang berpejabat di Kuala Lumpur untuk meneroka unsur nadir bumi (REE). Menurut laporan media, Menteri Besar mendakwa REE tidak radioaktif dan telah ditemui di Sik, Ulu Muda dan Baling di Kedah.

Dakwaan yang sama dibuat pada tahun lepas oleh bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) berhubung perjanjian antara syarikat China dan Kerajaan Negeri Perak untuk meneroka galian nadir bumi. Usahsama Perak itu melibatkan kerajaan negeri dan syarikat China, Chinalco GXNF Rare Earth Development untuk meneroka galian nadir bumi.

Jawapan balas pihak Kementerian kepada SAM mendakwa bahawa China mempunyai kepakaran dalam mengenal pasti potensi sumber nadir bumi di Perak, terutama sekali tanah liat ion-adsorption, tidak mengandungi thorium atau uranium sebagai sisa produk-sampingan.

SAM percaya bahawa usahasama Kedah itu sama seperti yang sedang dijalankan di Perak dan kami menggesa Menteri Besar untuk mengesahkan perkara ini dan adakah usahasama ini melibatkan syarikat China yang sama.

Kebimbangan kami tidak terlega dengan kenyataan Menteri Besar Kedah dan Kerajaan Persekutuan bahawa usahasama itu tidak melibatkan unsur radioaktif.

Penyelidikan awal SAM berhubung pengalaman China menunjukkan bahawa terdapat kerosakan alam sekitar yang amat serius dan kesan terhadap kesihatan manusia berkaitan perlombongan dan pelarutresapan sumber tanah liat nadir bumi ion-adsorption.        

Kajian 2013[1] oleh enam ahli akademik universiti China mengenai kesan industri nadir bumi ion-adsorption di Selatan China mendedahkan kesan kemusnahan alam sekitar di wilayah itu. Kajian ‘China’s ion-adsorption rare-earth resources, mining consequences and preservation’ mempunyai banyak penemuan yang amat membimbangkan.    

Dikatakan bahawa kerajaan pusat China pada Jun 2011, menguatkuasakan pengharaman perlombongan permukaan dan melarutresapkan dalam tangki/timbunan ketika melaksanakan pelarutresapan in-situ bagi nadir bumi ion-adsorption. 

Menurut kajian, “perlombongan permukaan/puncak gunung untuk bijih nadir bumi ion-adsorption telah menjadi pendorong dominan kepada perubahan guna-tanah dan kemerosotan tanah di Selatan China, menyebabkan kehilangan kekal ekosistem, hakisan tanah yang teruk, pencemaran udara, kehilangan biodiversiti dan masalah kesihatan manusia”. Kajian itu menganggarkan bahawa kos perlombongan ini melebihi daripada manfaat, malah sebelum mengambilkira kos kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.  

Kajian itu seterusnya menyatakan bahawa sementara teknologi pencucian in-situ berkelebihan dalam bentuk pembersihan tumbuhan permukaan dan penggalian tanah, bagaimanapun, “penguatkuasaan pembersihan in-situ untuk menangani masalah alam sekitar yang dikaitkan dengan perlombongan dan penggalian nadir bumi kekal tetap diperdebatkan.”

Menurut kajian itu lagi, “amalan pelarutresapan in-situ juga mendedahkan masalah alam sekitar yang serius termasuk pencemaran air bawah tanah, lombong runtuh dan tanah runtuh… Lebih daripada 100 kejadian tanah runtuh dilaporkan di wilayah Ganzhou disumbangkan kepada amalan pelarutresapan dan perlombongan in-situ, dengan kos kerugian dan kesan kepada manusia yang amat ketara… Tebus guna lombong pelarutresapan in-situ yang telah selesai …amat tinggi kosnya berbanding perlombongan permukaan/lombong pelarutresapan timbunan.”

Penemuan ini dengan kedua-dua kategori aktiviti (perlombongan permukaan/puncak gunung, dan pelarutresapan in-situ) amat membimbangkan. Persoalan utama ialah: Kenapa memulakan penerokaan untuk mengenal pasti galian nadir bumi terlebih dahulu, jika perlombongan dan pemprosesan galian amat memusnahkan alam sekitar, dan juga memberi kesan yang serius kepada kesihatan awam dan manusia?

SAM menggesa agar pihak berkuasa:

  • Pertama sekali, demi ketelusan, kami menggesa kerajaan negeri Kedah mendedahkan kepada orang ramai penjanjian antara syarikat yang terlibat dalam usahasama itu. Orang ramai berhak untuk mengetahui apakah yang ditugaskan untuk dilakukan oleh syarikat itu dan di manakah aktiviti penerokaan itu akan dijalankan dan apakah perlindungan untuk alam sekitar dan sosial yang dipertimbangkan.

Penerokaan REE bukanlah tanpa kesan sosial dan alam sekitar, terutama sekali apabila unsur itu ditemui di kawasan alam sekitar yang amat sensitif seperti hutan simpan atau di mana komuniti tempatan tinggal.

  • Kedua, kami menggesa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) untuk mendedahkan dasar kerajaan berhubung pembangunan industri nadir bumi, dan menjalankan rundingan awam sebelum membenarkan negeri-negeri memulakan usahasama sebegini, bukan sahaja di Kedah dan Perak tetapi juga di tempat lain.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak seharusnya dibutakan oleh janji berbilion atau trilion ringgit berkaitan industri nadir bumi, yang perlu dilihat sebagai industri toksik dan kotor, sama seperti yang kita ketahui bagi industri plastik dan tembakau.

Kita perlu mencari alternatif kepada nadir bumi memandangkan ia bersifat merosakkan alam.

Malaysia mestilah memberikan keutamaan yang betul dan mengutamakan alam sekitar dan tidak terus menjarah dan merosakkan sumber asli kita, atas nama menjana kekayaan ekonomi. Jelas, kita tidak pernah belajar daripada pengajaran yang lepas terhadap apa yang dikatakan benar-benar mampan, tetapi sebagai ganti meninggalkan legasi toksik untuk generasi akan datang.

Meenakshi Raman

Presiden 


[1] https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/s2211464513000316

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia