Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Perlunya mendapatkan fakta yang tepat tentang Perjanjian Paris

  • Tarikh Penerbitan | September 21, 2021
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Adaptasi, Biodiversiti, Mitigasi, Pembangunan, Perjanjian Antarabangsa
  • Penanda | 1.5°C, Covid-19, Laporan IPCC, pelepasan karbon, penyelesaian palsu, Perjanjian Paris, Sifar Bersih, UNFCCC
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Floods in Long Laput in May 2021 | Courtesy of Mary Puyang, a resident of Long Laput

Sempena Hari Malaysia pada 16 September yang lalu, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengadakan sebuah webinar awam tentang perubahan iklim. Webinar tersebut telah membincangkan banyak maklumat yang baik mengenai perubahan iklim yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia. Ketua panel penceramah ialah Ketua Setiausaha Kementerian sendiri, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Walaupun sebahagian besar maklumat yang disampaikan oleh webinar tersebut adalah bernilai, apa yang membimbangkan adalah terdapatnya beberapa kesalahfahaman yang besar mengenai beberapa asas Perjanjian Paris.

Di dalam webinar tersebut, Perjanjian Paris didakwa telah memperuntukkan bajet karbon bagi setiap negara, dan setiap negara wajib membuat pengisytiharan. Justeru itu, oleh kerana Malaysia bukanlah negara Annex 1 (negara membangun di dalam Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atauUNFCCC), kita dikatakan telah tidak diberikan sebarang bajet, kerana Malaysia adalah sebuah negara kecil, dan oleh yang demikian tidak banyak karbon diperuntukkan.

Dakwaan tersebut bukan sahaja tidak tepat, malah, ianya bertentangan dengan rekabentuk Perjanjian Paris. Perjanjian Paris sebenarnya tidak memperuntukkan sebarang bajet karbon bagi mana-mana negara pun. Sebaliknya, semua negara hanya perlu membangun dan memaklumkan nationally determined contribution (NDC) masing-masing, iaitu sumbangan nasional yang ditentukan oleh mereka sendiri. NDC kini digunakan untuk menangani perubahan iklim di peringkat antarabangsa, sebagai alat untuk mencapai matlamat Perjanjian Paris, yang antaranya berhasrat untuk memastikan bahawa kadar kenaikan suhu sedunia tidak akan melebihi 2°C dari paras pra-perindustrian dan meneruskan usaha untuk menghadkan kenaikan ini hanya setakat 1.5°C sahaja.

Pada dasarnya, ini bermaksud negara-negara bebas untuk mengisytiharkan sumbangan yang dapat dilaksanakan masing-masing. Ini diwar-warkan sebagai pendekatan bottom-up, kerana proses penentuan peruntukan pelepasan karbon bermula di peringkat nasional. Sementara itu, idea mengenai peruntukkan yang telah ditentukan seperti yang dinyatakan dalam webinar tersebut, adalah pendekatan top-down, yakni proses penentuan peruntukan yang bermula di peringkat antarabangsa.

Dalam rundingan-rundingan awal yang membawa kepada Perjanjian Paris, terdapat beberapa buah cadangan daripada beberapa buah negara membangun tentang betapa pentingnya untuk kita mengambil ‘pendekatan akses yang saksama kepada ruang atmosfera’ (equitable access to atmospheric space approach), dengan mempertimbangkan pelepasan sejarah (historical emissions) dan pelepasan semasa (current emissions) oleh setiap negara secara kumulatif. Ini juga termasuk pelepasan berdasarkan jumlah per kapita.

Segala cadangan yang sedemikian rupa, yang menyarankan sebuah peruntukan yang adil dan saksama ke atas baki ruang karbon yang masih ada, akhirnya gagal dipertimbangkan langsung oleh proses perundingan tersebut. Ini adalah akibat daripada tentangan negara-negara maju, terutama sekali Amerika Syarikat. Mereka menegaskan bahawa proses multilateral ini tiada kuasa untuk mengarahkan secara  top-down jumlah pengurangan pelepasan yang harus dilakukan oleh setiap negara. Malah, negara-negara maju sangat menentang sebarang penilaian dilakukan ke atas pelepasan sejarah mereka. Jelasnya penilaian sebegini ini hanya akan menuntut mereka untuk mengambil tanggungjawab yang lebih besar untuk mengurangkan pelepasan semasa mereka kerana mereka sebenarnya telah melepaskan karbon ke ruang atmosfera melebihi takat yang wajar dan saksama.

Hari ini, pendekatan yang diambil hanya meminta setiap negara untuk melaksanakan sebuah perakuan tentang sumbangan pengurangan pelepasan karbon mereka, walaupun kadar ini mungkin terhad dan tidak bermakna, dan mengabaikan pelepasan karbon dari segi sejarah.

Pendekatan bottom-up yang dimajukan oleh Amerika Syarikat ini telah membawa kepada konsep NDC yang ditentukan secara nasional. Konsep ini tidak mempertimbangkan kesaksamaan atau perbezaan tanggungjawab sejarah antara negara maju dan negara membangun. Sumbangan setiap negara ini akhirnya akan dihitung bersama dan kemudiannya, penilaian akan dilakukan untuk menentukan keberkesanannya dalam mencapai matlamat Perjanjian Paris. Pendekatan ini mengubah prinsip ‘tanggungjawab bersama yang berbeza berdasarkan keupayaan masing-masing’ antara negara maju dan negara membangun, kepada tanggungjawab bersama yang tidak saksama dan bertentangan dengan semangat UNFCCC dan Perjanjian Paris.

Oleh itu,  dakwaan bahawa Perjanjian Paris ini ada memperuntukkan bajet karbon untuk setiap negara adalah jauh tersimpang dari kebenaran.

Salah faham ke atas perkara yang paling asas seperti itu mesti diperbetulkan dengan segera, terutamanya sebelum perwakilan Malaysia menghadiri Konferensi Negara Penandatangan ke-26 (COP 26) UNFCCC.

Delegasi Malaysia perlu mengetahui dan memahami sejarah perundingan dan pertentangan  antara negara-negara membangun dan negara-negara maju yang akhirnya membawa kepada sebuah keseimbangan yang amat tipis yang dicapai di Paris. Ini merangkumi pelbagai tanggungjawab yang sarat dengan nuansa masing-masing, yang terpaksa dipikul oleh negara-negara membangun dan maju. 

Terdapat begitu banyak masalah kritikal yang diajukan oleh negara-negara maju di COP 26, seperti pembebasan sifar bersih (net zero) untuk semua negara pada tahun 2050, dan mekanisme pasaran karbon dan pengimbangan balik (offset) yang digembar-gemburkan sebagai sebuah ‘penyelesaian berasaskan alam’ (nature-based solutions), yang akan bertumpu di negara-negara membangun. Semua ini pasti akan menambah jurang ketidaksaksamaan antara negara maju dan negara membangun.

Negara-negara maju telah lama menggunapenuh ruang karbon mereka sendiri. Usaha mereka untuk mempromosikan sasaran sifar bersih dengan garis masa yang jauh untuk diri mereka sendiri adalah sebuah bentuk ‘penjajahan karbon’ (carbon colonialism). Mereka sebetulnya wajib meninggalkan baki ruang atmosfera yang masih ada bagi negara-negara membangun untuk mencapai hak mereka ke atas pembangunan. Negara-negara maju sepatutnya wajib menyasarkan penyahkarbonan (decarbonisation) yang menyeluruh dalam jangka masa yang jauh lebih pendek. Jika mereka meneruskan  perlepasan mereka dan mengambil lebih banyak ruang atmosfera untuk 30 tahun lagi, objektif untuk menghadkan kenaikan suhu dunia Perjanjian Paris tidak akan dipenuhi.

Delegasi Malaysia ke COP 26 mesti bersiap sedia untuk menangani segala gerakbalas negara-negara maju nanti. Ini memerlukan kefahaman yang betul mengenai asas-asas Perjanjian Paris dan pakatan bersama negara-negara membangun yang lain, dalam usaha mencegah lebih banyak peralihan tanggungjawab kepada negara-negara membangun, yang bertentangan dengan prinsip Perjanjian Paris.

Di samping itu, negara-negara maju juga perlu dipertanggungjawabkan di atas kegagalan mereka di bawah UNFCCC untuk memobilisasikan secara tahunan sebanyak USD100 bilion menjelang tahun 2020, seperti yang telah dipersetujui pada tahun 2010. Perancangan ini telah dilakukan untuk membenarkan negara-negara membangun mengambil segala tindakan bersangkutan perubahan iklim dan membangunkan arah tuju keupayaan pembangunan yang bersih dan lestari melalui pemindahan teknologi. Matlamat kolektif bersangkutan kewangan yang baru perlu dipersetujui selewat-lewatnya pada tahun 2025 nanti, dengan US100 billion sebagai jumlah asas, mengikut keperluan sebenar negara-negara membangun. Ini adalah antara sasaran yang amat penting untuk COP 26 nanti.

Mengharungi COP 26 jelasnya bukanlah sesuatu yang mudah. Kita mestilah bersiap sedia dan memastikan kemampuan diri untuk mempertahankan pegangan kita dan mengelakkan diri dari terpedaya. Jika mana ini berlaku, ianya pasti hanya akan merugikan semua pihak.

Meenakshi Raman
Presiden

Surat ini turut disokong oleh: 

1.     Sahabat Alam Malaysia

2.     Consumers Association of Penang

3.     Third World Network

4.     Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)

5.     Agora Society Malaysia

6.     Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam

7.     Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (Klima Action Malaysia – KAMY)

8.     Alliance Of River Three

9.     Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI)

10.  Environmental Protection Society Malaysia (EPSM)

11.  Free Tree Society Kuala Lumpur

12.  GRASS Malaysia

13.  Parti Sosialis Malaysia (PSM)

14.  Greenpeace Malaysia

15.  Say No to PJD Link

16.  Centre for Orang Asli Concerns 

17.  MNS Selangor Branch

18.  Treat Every Environment Special Sdn Bhd (TrEES)

19.  Sustainable Development Network Malaysia (SUSDEN Malaysia)

20.  Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS)

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia