Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil membantah ratifikasi Perjanjian Perdagangan Trans-pasifik (CPTPP)

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 7, 2020
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Perdagangan & Pelaburan, Perjanjian Antarabangsa
  • Penanda | Covid-19, CPTPP, Perjanjian TPP, RCEP
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Kami, organisasi-organisasi yang bertandatangan di bawah secara konsisten ingin mengingatkan Kerajaan Malaysia tentang implikasi serius kepada negara akibat daripada daripada perjanjian Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) yang buat masa ini hanya menangguhkan secara sementara 22 daripada lebih daripada 1000 syarat yang kebanyakannya adalah peninggalan perstujuan oleh Amerika Syarikat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebelum ini; dimana mereka sendiri telah menarik diri darinya.

Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking mengesahkan dalam kenyataannya pada 4 Ogos 2020 bahawa pada 29 November 2019, Kabinet (yang juga termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali) “bersetuju bahawa Kerajaan telah mengambil langkah yang baik dengan tidak memeterai perjanjian CPTPP kerana ia akan memberi kesan-kesan sangat negatif kepada industri domestik”. Ini berikutan “penilaian dan penyelidikan selama lebih dari setahun” berdasarkan keputusan awal Kabinet pada 5 September 2018 dan 9 Januari 2019 sebelum itu.

Oleh itu, kami bertegas pendirian Kerajaan sekarang haruslah konsisten dalam menolak CPTPP.

Datuk Darell Leiking menyatakan bahawa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) yang kini dikenali sebagai Unit Perancang Ekonomi (EPU) (EPU) yang ketika itu diterajui Datuk Seri Azmin Ali, mendapati CPTPP akan memburukkan keseimbangan dagangan Malaysia, menyebabkan kehilangan hasil dari tarif dan mendedahkan negara risiko lebih tinggi kepada Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (Investor-State Dispute Settlement [ISDS]) yang boleh mengakibatkan kerajaan Malaysia terpaksa membayar pampasan berbilion dollar.

Kami menyambut baik keputusan Kabinet pada 31 Julai 2019 untuk menolak ISDS secara prinsip dan kejayaannya mengeluarkan ISDS dari Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP). Walau bagaimanapun, ISDS serta segala masalah yang ditimbulkannya masih ada di dalam perjanjian CPTPP sebagai satu legasi persetujuan yang tidak bijak.

Penyelidikan dan analisis kami terhadap teks CPTPP merangkumi permasalahan yang telah dinyatakan oleh Datuk Darell Leiking serta pelbagai syarat yang bermasalah di dalam CPTPP antara lain seperti mewajibkan petani membayar royalti benih tanaman selama 20 atau 25 tahun dan melarang mereka berkongsi benih tanaman, sekatan subsidi kepada warga nelayan, mengancam perkembangan perusahaan kecil dan sederhana, serta melemahkan hak perlindungan para pengguna berdasarkan peraturan kewangan e-dagang.

Pihak kami telah lama memohon supaya kajian-kajian komprehensif mengenai kesan CPTPP dilakukan dan kami berpuas hati apabila beberapa kajian tambahan telah dijalankan.

Kami juga menekankan bahawa CPTPP kini tidak lagi bersesuaian dengan perubahan situasi semasa. Rundingan dan pemeteraian perjanjian CPTPP pada masa lepas adalah berbeza dengan dunia sekarang yang sedang berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19. Ketua saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa pandemik COVID-19 akan mengambil masa empat hingga lima tahun untuk berjaya dikawal, dan Ketua Pengarahnya menyatakan bahawa “there will be no return to the old normal for the foreseeable future” (“dijangka tiada kemungkinan untuk kembalikepada norma dahulu dalam masa terdekat”). Dengan krisis ekonomi yang telah bermula sebelum

berlakunya pandemik ini, dunia sekarang menghadapi cabaran-cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan kerajaan mengambil langkah-langkah baharu yang tidak pernah diambil sebelum ini untuk menangani krisis ekonomi dan COVID-19.

Kerajaan amat memerlukan ruang maksimum untuk membuat polisi bagi menangani krisis pandemik dan membantu memulihkan ekonomi negara. Namun, pemeteraian CPTPP akan menyekat ruang membuat dasar dan undang-undang serta peraturan yang perlu diambil untuk menangani wabak dan krisis yang sedang berlaku. Sebagai contoh, beberapa langkah yang diambil Kerajaan Malaysia untuk menangani pandemik ini (dan mungkin perlu diambil pada masa hadapan) berkemungkinan boleh dan telah melanggar syarat-syarat CPTPP.

Negara-negara yang telah meratifikasi CPTPP seperti Australia telah melanggar komitmen perjanjian CPTPP disebabkan keperluan untuk menangani krisis ekonomi dan pandemik. Australia kini telah menyaring semua pelaburan asing walaupun di bawah CPTPP, ia hanya akan menyaring pelaburan melebihi A$ 252 juta (kira-kira RM760 juta) – ini adalah untuk memastikan bahawa pada situasi krisis sebegini pelabur asing tidak membeli asset-asset Australia.

Bahkan sebelum berlakunya wabak ini, kajian kos-faedah telah mendapati pemeteraian CPTPP ke Malaysia adalah satu perjanjian yang merugikan. Satu-satunya bahagian yang diharapkan mampu memberi keuntungan kepada Malaysia melalui perjanjian CPTPP adalah melalui penambahan produk-produk eksport, tetapi bahkan dalam bahagian ini sekalipun, imbangan perdagangan (Balance of Trade) Malaysia akan bertambah buruk menurut EPU. Oleh itu, berdasarkan pada bahagian-bahagian lain CPTPP, kos atau impak negatif kepada negara adalah mengatasi keuntungan termasuk dalam hal berkaitam pelaburan, harta intelek, perkhidmatan, perdagangan elektronik, perolehan kerajaan, perusahaan milik negara (SOE/GLC) dan lain-lain.

Malaysia harus menolak untuk memeterai perjanjian CPTPP kerana analisia kos manfaat menunjukkan kerugian terhadap negara adalah mengatasi keuntungan walaupun jika pandemik COVID-19 tidak berlaku sekalipun. Dalam situasi pendemik, sekatan-sekatan CPTPP akan menghalang kapasiti Malaysia untuk mewujudkan polisi dan inisiatif baharu dan bersesuaian dalam menghadapi krisis ekonomi dan pandemik semasa, mahupun pandemik dan krisis pada masa hadapan

Kami berasa terkejut apabila Datuk Seri Azmin Ali yang pernah berada dalam pelbagai mesyuarat Kabinet membincangkan CPTPP, dan pada ketika itu, Kementeriannya telah mengetahui sepenuhnya kesan buruk CPTPP terhadap negara, kini bersedia untuk mengikat Malaysia dengan satu perjanjian yang tidak menguntungkan negara. Ini adalah perkara yang terakhir kita perlukan terutamanya pada situasi ekonomi yang bergolak kini.

Keputusan Kabinet Malaysia pada 29 November 2019 jelas berpendirian untuk tidak meratifikasi perjanjian CPTPP. Ini telah dibuktikan dengan krisis pandemik yang sedang melanda dunia dan mengesahkan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh sekumpulan besar masyarakat sivil Malaysia. Kerajaan sekarang dan masa hadapan Malaysia harus berdiri teguh dengan keputusan untuk tidak meratifikasi CPTPP.

Di tandatangani oleh:

Persatuan Pengguna Pulau Pinang | IDRIS Association | Majlis Tindakan Economic Melayu (MTEN) | Malaysian Women’s Action on Tobacco Control and Health (MyWaTCH) | Padi Rescue | Parti Sosialis Malaysia | PeSAWAH | Positive Malaysian Treatment Access and Advocacy Group (MTAAG+) | PT Foundation | Sahabat Alam Malaysia

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia