Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

PeSAWAH serahkan memorandum masalah petani kepada ahli Parlimen

  • Tarikh Penerbitan | Mac 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Kedaulatan Makanan, Pensijilan, Pertanian
  • Penanda | PeSAWAH, petani, Projek Estet Berskala Besar, UPOV91
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Kumpulan PeSAWAH bersama dengan beberapa Ahli Parlimen di perkarangan Parlimen, Kuala Lumpur | © SAM

Seramai 40 pesawah dan petani mewakili Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) dari Perlis, Kedah, Melaka, dan Perak telah turun ke Parlimen pada hari Khamis, 17 Mac 2022, untuk menyerahkan satu memorandum yang merangkumi pelbagai masalah yang dihadapi mereka.

Pada pukul 10 pagi, pihak polis telah hanya membenarkan lebih kurang 10 petani untuk menyampaikan memorandum mereka kepada 7 Ahli Parlimen di luar kawasan Parlimen. Malangnya, pihak polis tidak membenarkan kesemua petani yang datang bersama dengan satu bas, pada pagi tersebut, untuk menyerahkan memorandum tersebut atas alasan perlu menghormati SOP. 

Antara ahli-ahli Parlimen yang hadir untuk menerima memorandum tersebut adalah Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir (Ahli Parlimen Jerlun), Dato’ Johari Bin Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani), Dato’ Wira Hj Amirudin Hj Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu), Dr Azman Ismail (Ahli Parlimen Kuala Kedah), Tuan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Ahli Parlimen Sik), Tuan Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru), Tuan Chan Ming Kai (Ahli Parlimen Alor Setar) dan Puan Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu).

Pengerusi PeSAWAH, Tuan Hj Muhammad Yaacob telah menjelaskan masalah-masalah petani yang antara lainnya termasuk kegagalan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pertanian dalam berunding dengan petani-petani apabila keputusan-keputusan besar diambil berkenaan dengan jaminan bekalan makanan negara seolah golongan petani tidak berpengetahuan, walaupun petani mempunyai kesinambungan ilmu dan pengalaman bersawah padi yang luas dan intim dengan eko-sistem padi sepenuhnya. Pihak kerajaan lebih suka mendengar suara para lobi korporat dan akademik. Selain daripada itu, masalah lain yang dihadapi oleh petani termasuklah kegagalan kunci air berfungsi, infrastruktur tidak diselenggara, bekalan benih yang mahal, tidak berkualiti dan tidak mengikut jadual 1, potongan pemutuan yang tidak munasabah, bencana alam, serta serangan perosak dan penyakit, rancangan kerajaan untuk menandantangani perjanjian Union for the Protection of New Varieties of Plants (UPOV)1991 dan dengan itu Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 perlu dipinda sesama sekali serta penggubalan Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman yang akan menjejaskan hak-hak petani.

Antara tuntutan-tuntan PeSAWAH termasuklah:

  • Sasaran tahap sara diri (SSL) beras 100% dalam setiap Rancangan Malaysia (RMK).
  • Menghentikan Projek Estet Berskala Besar (Smart SBB) sebaliknya menyokong dan meramaikan usahawan-usahawan petani individu, koperasi, persatuan dan syarikat lokal yang sudah pun mengusahakan banyak sawah-sawah terbiar atau yang tidak diusahakan oleh tuan tanah.
  • Menghentikan rancangan untuk menyertai Konvensyen UPOV 91 dan penggubalan Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman sebaliknya memperkasa hak petani untuk menyimpan, memproses,berkongsi dan menjual benih secara bukan komersial.
  • Subsidi input pertanian diberikan terus kepada pesawah dalam bentuk ‘kupon’ melalui satu mekanisme atau sistem yang dipersetujui bersama antara kerajaan dan petani. Kuota pengeluar benih dihapuskan dan pasaran dibuka untuk mengalakkan persaingan.
  • Bajet infrastruktur dan penyelenggaraan yang dipotong dalam belanjawan sebelum ini dikembalikan semula dan penetapan jadual pengairan yang dinamik dibuat secara bersama oleh IADA, MADA, KADA dan Jabatan Pertanian supaya tidak berlaku jadual bekalan benih yang bercanggah dengan jadual bekalan air. Gabungan kejuruteraan dan applikasi ICT perlu dibina untuk menyelaraskan penyelenggaraan air yang cekap dan tepat.
  • Perkasakan unit lapangan kawalan penyakit dan perosak serta agronomik tanah dengan mengambil lebih banyak pegawai di satu-satu kawasan supaya unit ini berfungsi dengan lebih baik. Bina applikasi ICT untuk memudahcara khidmat nasihat dan mitigasi yang pantas. 
  • Kerajaan persekutuan menghalang pertukaran syarat guna tanah pertanian padi kepada status lain yang kini dilihat dilakukan sewenang-wenangnya oleh kerajaan negeri.
Pengerusi PeSAWAH, Tuan Hj Muhammad Yaacob bersama, antara lain Ahli-Ahli Parlimen Jerlun dan Sungai Petani | © SAM

Semasa perbincangan dengan para petani berkenaan dengan memorandum mereka, Dato’ Johari Bin Abdul telah menyatakan bahawa beliau akan membawa isu-isu ke Select Committee untuk dibincangkan secara terperinci dan untuk mendapatkan jawapan daripada jentera kerajaan. 

Dato’ Wira Hj Amirudin Hj Hamzah pula telah memberitahu PeSAWAH bahawa beliau telah membangkitkan soalan-soalan berkenaan dengan UPOV dengan Menteri Pertanian dan sedang menunggu satu jawapan rasmi daripada Menteri tersebut. 

“Kita harap ahli-ahli Parlimen dan wakil-wakil parti lebih cakna dengan isu PeSAWAH dan petani dan isu-isu ini disertakan dalam manifesto mereka dalam pilihanraya yang akan datang.” 

Nurfitri Amir Muhammad, setiausaha PeSAWAH

Kesemua ahli-ahli Parlimen yang hadir telah menyambut baik memorandum daripada pihak petani dan bersetuju akan terus membangkitkan isu ini di Parlimen dan juga dengan agensi kerajaan yang terlibat. Mereka bersetuju dengan pihak petani bahawa masalah petani harus dibincangkan dan perlu ada jalan penyelesaian yang munasabah.

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia