Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

PHSKLU menyambut keputusan kerajaan negeri Selangor untuk memansuhyan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU)

  • Tarikh Penerbitan | September 9, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Hak Tanah, Hidupan Liar, Orang Asal, Pemuliharaan, Penebangan hutan, Pengurusan Hutan Komuniti, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan
  • Penanda | HSKLU, Selangor
PDF

Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU) menyambut baik keputusan kerajaan negeri Selangor untuk memansuhkan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU). Pada masa yang sama, kami mendesak kerajaan negeri agar dengan segera mempercepatkan dan menyelesaikan pewartaan semula HSKLU sebagai hutan simpanan kekal dan meningkatkan pengurusan hutan menerusi penglibatan masyarakat, serta mengatasi cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli setempat.

Kami mengucapkan terima kasih kepada ratusan ribu rakyat dari Selangor dan seluruh Malaysia yang menyokong kempen selamatkan HSKLU selama 18 bulan ini – melalui surat bantahan, petisyen, dan kempen media sosial – serta organisasi masyarakat sivil, institusi penyelidikan, agensi kerajaan dan pihak sektor swasta yang telah memberikan sokongan mereka terhadap proses ini.

Hutan Simpan Kuala Langat Utara | Gambar ihsan GEC

Kami juga berterima kasih kepada: kepimpinan PKR atas perhatian yang diberikan; ADUN Selangor kerana meluluskan Usul No. 26 pada November lalu untuk melindungi semua hutan di Selangor; menteri dan agensi persekutuan atas bantahan tegas mereka; usaha khas Kg Orang Asli Busut Baru untuk menentang tekanan dan memperjuangkan hak mereka; dan Menteri Besar Selangor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor kerana mendengar kehendak dan suara rakyat.

Kami juga menyedari peranan penting yang dimainkan oleh media tempatan dalam liputan isu ini selama 18 bulan ini, termasuk lebih daripada 200 artikel dan wawancara dalam pelbagai bahasa. Ini adalah kekuatan potensi media dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai hak orang asli dan isu-isu alam sekitar di kalangan orang ramai.

Pada masa yang sama, kami tetap resah dengan bagaimana Kerajaan Negeri dapat mempercepatkan langkah untuk menjaga kepentingan pihak luar dengan menawarkan tanah untuk pembangunan, sementara masyarakat Orang Asli Temuan setempat yang tinggal di sekitar HSKLU masih belum menerima sokongan dan perkhidmatan asas yang lengkap.

Walaupun mereka telah mendiami di kawasan itu selama sekurang-kurangnya 130 tahun, namun mereka tidak mempunyai kawalan atau jaminan ke atas tanah mereka dan selalu diancam dengan pengusiran; malah mereka turut berdepan dengan masalah tanah perkuburan mereka digondol dan ladang mereka digali untuk perlombongan pasir, mereka hanya mendapat sokongan yang kecil sahaja untuk menyara kehidupan dan kesejahteraan mereka. Rentetan itu, kerajaan negeri telah mempercepatkan proses penyahwartaan hutan dalam tempoh setahun sahaja, walau bagaimanapun kampung mereka masih belum diwartakan sebagai rizab Orang Asli yang kini telah melebihi tempoh 10 tahun seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri.

Kami juga bimbang bahawa, dalam pernyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar pada 8 September 2021, Selangor masih merancang untuk menyahwarta sebahagian daripada HSKLU yang tiada galang ganti ini untuk pembangunan projek Jalur Kereta Api Pantai Timur (ECRL) – walaupun telah mendapat keputusan dari Kerajaan Persekutuan untuk mengubah laluan projek tersebut 50km ke arah Utara. Selain itu, penjajaran sebelumnya adalah beberapa kilometer jauh dari HSKLU, hal ini demikian, alasan menyahwarta tidak lagi relevan untuk mengambil sebahagian kawasan hutan ini bagi projek ECRL.

Kami meminta agar tindakan segera perlu diambil seperti berikut.

Kepada Kerajaan Negeri Selangor:

1. Dalam 30 hari, pewartaan semula sebagai hutan simpanan kekal di seluruh kawasan nyahwarta di HSKLU, kecuali 40 hektar yang diperuntukkan bagi perizaban Kg Orang Asli Busut Baru.

2. Dalam masa tiga (3) bulan, wartakan tanah empat buah Kampung Orang Asli yang berdekatan dengan HSKLU, iaitu Kg Orang Asli Busut Baru, Kg Orang Asli Pulau Kempas, Kg Orang Asli Bukit Cheeding dan Kg Orang Asli Bukit Kechil.

3. Jawatankuasa Pilihan Selangor mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan (SELCAT) harus meneliti masalah serius yang kelihatan dalam proses penyahwartaan selama 24 bulan yang lalu, termasuk kurangnya ketelusan, keputusan tidak wajar, proses penyiasatan yang tidak teratur, ancaman kepada masyarakat orang asli untuk menarik balik sokongan bantahan; pemilihan dan perubahan pemaju dll.

4. Laporan Cadangan Pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Selangor berdasarkan bantahan dan pertanyaan orang ramai perlu dipaparkan dan didedahkan untuk semakan orang awam.

5. Memperkasakan Usul No. 26 sebagai panduan untuk semua rancangan pembangunan negeri dan daerah masa depan.

6. Mengambil langkah-langkah untuk memperkuatkan perlindungan dan pengurusan pengekalan hutan di Selangor untuk mencegah kemusnahan dan penyahwartaan tidak wajar berlaku pada masa depan. Ini termasuk mengalihkan kuasa untuk menyahwarta dari Exco dan memberikan kuasa tersebut kepada Dewan Undangan Negeri Selangor untuk membuat keputusan ini, untuk meningkatkan proses dan ketelusan pendengaran awam dan perundingan pihak berkepentingan.

7. Meningkatkan peruntukan sumber bagi perlindungan dan pengurusan HSKLU, serta peningkatan kesejahteraan dan kelangsungan hidup masyarakat Orang Asli, termasuk menyokong pembangunan ekopelancongan dan kemudahan pendidikan di HSKLU agar rakyat Selangor dan dunia dapat menikmati dan mempelajari keunikan ekosistem hutan ini.

Kepada Kerajaan Persekutuan:

1. Terlibat secara aktif dalam menyokong semua usaha kerajaan negeri di Malaysia serta memberi peruntukan insentif kepada negeri-negeri yang mengutamakan perlindungan hutan dan tanah gambut daripada pembangunan tidak terkawal – untuk memenuhi komitmen negeri, negara dan antarabangsa ke arah alam sekitar dan pembangunan yang lestari.

2. Menyediakan peruntukan kebangsaan dan antarabangsa untuk membantu negeri-negeri bagi memastikan bahawa Kawasan Sensitif Alam Sekitar seperti hutan, tanah gambut, sungai, bukit, dan laut dilindungi dari kemusnahan, demi tujuan mitigasi perubahan iklim dan pemuliharaan kepelbagaian biologi, sambil menghormati penjaga hutan termasuk hak mereka.

Kepada rakyat dan media:

1. Semua yang telah menyokong seruan untuk menyelamatkan HSKLU, diharapkan terus kekal menyokong usaha perlindungan dan pengurusan masa depan kawasan tersebut dan untuk menyokong masyarakat Orang Asli yang telah menjadi penjaga hutan ini.

Akhir sekali, kami menggesa semua wakil rakyat dan pembuat dasar Selangor untuk membuat perubahan serius demi melindungi semua Kawasan Sensitif Alam Sekitar seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Struktur Negeri 2035 dan membuat komitmen yang tidak berbelah bahagi bagi membantu memerangi perubahan iklim – salah satu ancaman terbesar bagi semua manusia.


Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan uruseria di talian 019-569 6964 (Suresh) atau melalui emel peoplebhr@suaram.net. Kenyataan ini disediakan oleh Gabungan PHSKLU yang dianggotai oleh:

1. Center for Orang Asli Concerns (COAC)

2. Five Arts Centre

3. Global Environment Centre (GEC)

4. Greenpeace Malaysia

5. Malaysian Nature Society (MNS) Selangor Branch

6. MISI: Solidariti

7. Parti Sosialis Malaysia (PSM)

8. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)

9. Persatuan Kesedaran dan keadilan Iklim Malaysia (Klima Action Malaysia-KAMY)

10. Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat

11. Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS) Malaysia

12. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)

13. Sahabat Alam Malaysia (SAM)

14. SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)

15. Treat Every Environment Special Sdn Bhd (TrEES)

16. Shaq Koyok, aktivis Orang Asli

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pelancaran Fasa 2 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 yang lalu. Kami

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak meneruskan Projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation – PSR).

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV) menafikan hak petani, menggalakkan biopirasi dan mengancam agrobodiversiti. SAM menyokong sepenuhnya kenyataan di bawah yang dikeluarkan

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

  • Tarikh Penerbitan | September 4, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Mitigasi, Tenaga
Selanjutnya

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

  • Tarikh Penerbitan | September 1, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Julai 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Kedaulatan Makanan, Perdagangan & Pelaburan, Pertanian
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia