Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Projek Estet Smart SBB: Pesawah disaran berfikir panjang dan tolak

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 3, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Kedaulatan Makanan, Pencemaran, Pertanian
  • Penanda | PESAWAH, Smart Sawah Berskala Besar
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Kenyataan Media ini dikeluarkan oleh PeSAWAH dan FKMM di mana SAM adalah ahli FKMM

Syarikat-syarikat peneraju yang dilantik oleh Kementerian Pertanian dilihat semakin giat berkempen untuk melaksanakan projek Smart Sawah Berskala Besar (SBB) yang telah dilancarkan pada Februari lalu. Malah, agensi-agensi kerajaan turut terlibat melobi para petani untuk menyertai skim SBB ini. Pada 31 Julai lepas, turut dipromosikan aktiviti ternakan udang dalam kawasan estet sawah ini untuk dilaksanakan secara integrasi bersama tanaman padi. Dilaporkan bahawa 30% kawasan estet akan digunakan untuk ternakan udang galah manakala 70% lagi untuk tanaman padi. 

Kami memandang serius perkembangan terkini ini kerana semakin jelas bahawa projek SBB ini akan memberi kuasa kepada pihak pengurusan estet untuk melakukan apa sahaja projek yang mereka mahu di kawasan yang telah mereka pajak atau miliki. Sebelum ini, para petani diberitahu bahawa projek SBB ini akan memfokuskan penambahbaikan penanaman padi untuk meningkatkan hasil. Sasaran yang ditetapkan untuk projek ini adalah peningkatan tahap sara diri (SSL) beras kepada 75% dan pengeluaran hasil sebanyak 7 tan per hektar. Sementara itu pendapatan purata petani akan ditingkatkan kepada RM7000 setahun per hektar. Belum pun setahun projek ini berjalan, pihak estet telah mengubah strategi dengan mahu menternak udang pula. Adakah pihak syarikat peneraju tidak yakin dengan perancangan tanaman padi ‘smart’ mereka sendiri atau pun dari awal lagi tidak berminat dengan agenda peningkatan pengeluaran padi tempatan kerana lebih mudah dan untung mengimport beras dan menternak udang ? 

Sejarah daripada projek ternakan udang harimau di Kerpan, Kedah yang bermula pada awal tahun 90-an atas tanah sawah sepatutnya mengajar kita bahawa apabila tanah sawah telah dijadikan kolam udang, ia akan membawa masalah lain seperti pencemaran tanah dan air yang berlaku sehingga sekarang. Malah ia tidak sesuai lagi ditukar kembali kepada sawah apabila tempoh pajakan berakhir. Pengajaran daripada projek ternakan ikan arowana di kawasan sawah sekitar Tasik Bukit Merah juga perlu dilihat. Projek ternakan ikan tersebut banyak menggunakan air dari sumber Empangan Bukit Merah menyebabkan tanaman padi sering kekurangan air. Siasatan CAP dan SAM mendapati bahawa terdapat kejadian mencuri air dari saluran air dan dalam perkembangan terkini, banyak kolam Arowana telah ditinggalkan kerana kos penyelenggaraan yang tinggi dan cukai tanah tidak lagi dalam kategori pertanian.

Kami juga menerima banyak maklum balas daripada para pesawah yang menyatakan bahawa projek SBB ini akan meminggirkan ramai petani-petani muda yang komited menyewa banyak sawah untuk diusahakan jika tuan tanah ditawarkan bayaran sewaan yang lebih tinggi oleh syarikat. Selain itu, risiko kemasukan pekerja asing yang lebih murah, pengusaha traktor dan jentera sedia ada kehilangan pelanggan, risiko tanah tergadai kerana tidak berhati-hati dengan terma dan syarat perjanjian. Tanah sawah juga berisiko rosak akibat pencemaran racun berleluasa, penggunaan nutrien tanah secara maksimum atau penggunaan tanah ditukar kepada projek lain. 

Pertubuhan Persaudraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) dan Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) menolak projek Smart SBB ini dan menyarankan agar para petani melakukan perkara yang sama. Kepada para petani dan tuan tanah yang berura-ura untuk menyertai projek SBB ini disarankan agar berfikir panjang dan merujuk dahulu kepada petani yang lebih berpengalaman dan meminta bantuan peguam atau mereka yang mahir dalam meneliti surat perjanjian sebelum menandatangani apa-apa perjanjian. 

Alternatif kepada projek SBB ini, kami menyarankan agar konsep pertanian berkelompok yang diterajui oleh pertubuhan, koperasi atau perusahaan kecil dan sederhana tempatan dilaksanakan di kawasan-kawasan sawah yang terbiar, kurang berhasil atau masih ketinggalan dari segi infrastruktur. Manakala kawasan yang sudah sedia ada pengusahanya, janganlah diganggu malah agensi sedia ada teruskan membantu dengan lebih baik dari segi sokongan modal, infrastruktur, kawalan harga dan pasaran benih dan input pertanian yang lebih berkesan dan sistem harga dan potongan pemutuan padi yang adil. Pada ketika ini, ramai pesawah yang telah pun berjaya mencapai hasil sehingga 6 ke 7 tan sehektar atas usaha mereka sendiri, janganlah pihak kerajaan mensia-siakan usaha mereka dengan melaksanakan projek SBB ini, jadikan mereka sebagai contoh terbaik.

Dikeluarkan oleh
Pertubuhan Persaudaran Pesawah Malaysia (PeSAWAH)
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM)

Senarai sokongan anggota FKMM dan lain-lain organisasi:

  1. Agora Society
  2. Badan Bertindak Petani MADA
  3. Belatani
  4. GRASS Malaysia
  5. IDRIS Assoc.
  6. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM)
  7. Malaysian Institute of Sustainable Agriculture (MISA)
  8. MiM Bersaudara
  9. Persatuan Agroekologi Malaysia (SRI-Mas)
  10. Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA
  11. Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
  12. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
  13. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia)
  14. Sahabat Alam Malaysia
  15. Third World Network
  16. Treat Every Environment Special Sdn Bhd (TrEES)

Makluman perhubungan: 
Tuan Haji Mohd Fuad Yaacob (PeSAWAH) – 0135080207
Nurfitri Amir Muhammad (FKMM) – 0137069509

Email: pesawah.malaysia@gmail.com & foodsovereignty.malaysia@gmail.com

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia