Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Projek ternakan kerang jejas aktiviti nelayan pantai daerah Kerian

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 3, 2015
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Marin & Perikanan
  • Jenis Isu | Perikanan
  • Penanda | Kerang, Kuala Gula, Kuala Sepetang, Nelayan Pantai, Perak, tangguk besi
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Cockle culture, stakes in the estuary and the sea in Kuala Sepetang
Cockle culture, stakes in the estuary and the sea in Kuala Sepetang

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Perak dan Jabatan Perikanan menyiasat projek ternakan kerang di Kuala Gula hingga ke Kuala Sepetang di Daerah Kerian di sini kerana ia menjejaskan aktiviti dan sumber pendapatan lebih 1,000 nelayan pantai di kawasan berkenaan. Nelayan-nelayan pantai yang menghadapi masalah ini ialah dari Kuala Gula, Kuala Kurau, Kuala Selinsing, Kuala Sepetang, Kuala Sungai Pinang dan Sungai Protan.

Dalam tinjauan yang dibuat, SAM mendapati pengusaha projek ternakan kerang di kawasan tersebut telah meletak beribu batang pancang di muara sungai dan laut di sini menyebabkan nelayan pantai sukar untuk melabuhkan pukat mereka. 

Keadaan itu juga amat merbahaya dan boleh mengancam keselamatan nelayan-nelayan pantai di kawasan ini. Terdapat beberapa kejadian bot nelayan pantai pecah dan rosak kerana terlanggar pancang yang terdapat di perairan itu. 

Masalah yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu itu semakin serius berlaku ketika ini kerana pengusaha ternakan kerang kian bertambah jumlahnya dan kawasan ternakan pula semakin luas. 

Kalangan nelayan pantai yang terlibat merasa bimbang dengan perkembangan ini dan mereka mendakwa ada di kalangan pengusaha projek tersebut menabur benih kerang di kawasan semulajadi dan kawasan yang tidak diberi kelulusan oleh pihak berkenaan. 

Tindakan itu bukan saja menyebabkan nelayan pantai kehilangan kawasan tangkapan mereka mencari rezeki sejak turun temurun malah kesan pencemaran dasar laut dan kawasan pantai juga semakin ketara. 

Penggunaan tangguk besi seberat 30kg oleh para pengusaha projek ternakan kerang di sini telah menyebabkan air laut menjadi busuk di mana ikan dan udang yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan pantai telah berkurangan dan menjejaskan hasil pendapatan mereka antara 30% hingga 70% setiap kali turun ke laut. 

SAM merasa kesal walau pun masalah ini telah beberapa kali dikemukakan kepada pihak berkuasa yang terlibat tetapi tidak ada tindakan yang diambil. Sehubungan itu SAM berharap  Jabatan Perikanan dan Pejabat Tanah Daerah Kerian menguatkuasakan undang-undang serta peraturan yang sedia ada dengan tegas agar nasib nelayan-nelayan pantai di kawasan ini terbela.

S.M.MOHAMED IDRIS

Presiden   

Terkini

Hutan & Biodiversiti

Lindungi kawasan sensitif alam sekitar

Ahad, 5 Jun adalah Hari Alam Sekitar Sedunia (WED). Kempen Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 #HanyaSatuBumi menggesa satu tindakan transformatif secara kolektif pada skala global

Selanjutnya »
Jun 5, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

SAM amat terperanjat apabila mendengar berita berkenaan dengan kelulusan pada minggu lepas, laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan projek perlombongan nadir bumi lanthanide di Hulu Perak, yang mana sebelum ini laman web rasmi

Selanjutnya »
Mei 26, 2022
Pencemaran & Perlombongan

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

Ini adalah kenyataan bersama NGO-NGO yang mengikuti isu plastik Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, YB Hee Loy Sian mengumumkan pada 19 Mei 2022

Selanjutnya »
Mei 23, 2022
Pembangunan & Perancangan

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

Beberapa pertubuhan masyarakat sivil di Pulau Pinang bersatu dalam menunjukkan sokongan dan solidariti kepada penduduk Sungai Ara, yang telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, dalam perjuangan mereka

Selanjutnya »
Mei 22, 2022

Lindungi kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | Jun 5, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pembangunan, Pemuliharaan, Penambakan, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Perancangan, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

  • Tarikh Penerbitan | Mei 26, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Orang Asal, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
Selanjutnya

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

  • Tarikh Penerbitan | Mei 23, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | Mei 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Perancangan, Perancangan Bandar
Selanjutnya
Hutan & Biodiversiti

Lindungi kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
Jun 5, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

Selanjutnya »
Mei 26, 2022
Pencemaran & Perlombongan

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

Selanjutnya »
Mei 23, 2022
Pembangunan & Perancangan

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
Mei 22, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2022 Sahabat Alam Malaysia