Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Projek ternakan udang ancam alam sekitar dan kehidupan nelayan pantai Balik Pulau: SAM & CAP

  • Tarikh Penerbitan | Mac 26, 2016
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Marin & Perikanan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Pencemaran, Perikanan
  • Penanda | akuakultur, Nelayan Pantai, Penang, udang
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Coastal fishers and SAM staff urge the government to stop the shrimp culture project | SAM
Coastal fishers and SAM staff urge the government to stop the shrimp culture project | SAM

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang mengambil tindakan segera menghentikan projek ternakan udang di Balik Pulau kerana projek itu telah mengancam alam sekitar dan kehidupan lebih 1,000 nelayan pantai di kawasan berkenaan.

Masalah yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu itu kini semakin serius berlaku apabila pengusaha ternakan udang di sini terus memperluaskan kawasan projek mereka dengan memusnahkan hutan paya bakau secara berleluasa dan membuang sisa beracun ke laut tanpa menghiraukan kesan buruk yang berlaku ke atas alam sekitar di kawasan ini. Banyak pokok bakau jenis api-api telah diteroka bagi membuat kolam udang di sini. 

Dalam tinjauan yang dibuat kami mendapati nelayan-nelayan pantai di lima jeti di sini teruk terjejas sumber pendapatan mereka akibat kegiatan pemusnahan hutan paya bakau dan projek ternakan udang di kawasan tersebut. Kesan kemusnahan hutan paya bakau dan pembuangan sisa beracun dari kolam ternakan udang di sini telah menyebabkan hidupan laut  seperti ikan, udang, ketam, kerang dan siput telah berkurangan. 

Jeti-jeti nelayan yang terlibat dengan masalah ini ialah Kuala Sungai Pinang, Pantai Acheh, Kuala Jalan Baru, Kuala Sungai Burung dan Pulau Betong. Jika masalah ini tidak berlaku nelayan-nelayan di kawasan berkenaan memperolehi pendapatan mencecah RM2,000.00 sebulan tetapi akibat kemusnahan hutan paya bakau dan pencemaran laut yang berlaku mereka hanya mendapat antara RM 400.00 hingga RM800.00 sahaja sebulan. 

Kami kesal walaupun masalah ini sudah lama berlaku dan banyak aduan telah dikemukakan kepada pihak kerajaan tetapi tidak ada tindakan berkesan yang diambil.  Bahagian Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang telah menjalankan pemeriksaan di sini mengesahkan bahawa saluran pembuangan sisa-sisa dari kolam udang di dalam parit telah menyebabkan parit tersumbat dan takungan air berlaku. Tetapi tindakan penguatkuasaan tidak dapat diambil kerana di luar bidang kuasa jabatan tersebut. 

Punca utama masalah ini adalah penukargunaan tanah asal daripada hutan bakau ke tanah pertanian bagi tujuan akuakultur. Pemilikan kawasan tanah bakau di lot 802 berkeluasan 93 hektar (229.8071 ekar) ini telah diserahkan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) pada tahun 2001 yang seterusnya telah memajak hutan bakau kepada pengusaha akuakultur. 

Memandangkan hingga sekarang masalah ini gagal ditangani oleh pihak kerajaan dengan berkesan dan Balik Pulau merupakan salah sebuah perkampungan nelayan terbesar di Pulau Pinang serta menjadi pembekal ikan untuk para pengguna di negeri ini, SAM dan CAP menggesa kerajaan Pulau Pinang mengharamkan aktiviti penerokaan hutan paya bakau dan projek ternakan udang di sini dengan segera. 

SAM dan CAP juga meminta kerajaan negeri mengambil balik kawasan hutan paya bakau tersebut yang diberikan kepada PERDA dan mewartakannya sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).  Hutan bakau yang telah dimusnahkan perlu dibaikpulih dan ditanam semula dengan spesies bakau yang bersesuaian.

S.M.MOHAMED IDRIS

Presiden

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia