Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Rakyat Malaysia harus menolak pelan tenaga nuklear yang tidak demokratik dan autoritarian

  • Tarikh Penerbitan | Januari 29, 2015
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Tenaga
  • Penanda | Akta Kualiti Alam Sekitar, DEIA, JAS, Majelis Peguam, MNPC, nuklear, Rang Undang-undang Kawalseliaan Tenaga Atom
PDF

SAM menyokong kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Pada forum baru-baru ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (ECCC), Majlis Peguam di Kuala Lumpur, orang ramai mendapat gambaran idea rundingan awam daripada penggerak loji tenaga nuklear di Malaysia.

Dalam kehadiran beliau di forum awam tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC), Dr Mohd Zamzam Jaafar, mendedahkan bahawa keperluan untuk perundingan awam akan dipenuhi melalui proses Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).

Ia perlu dijelaskan bahawa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA), perundingan awam memang diwajibkan untuk projek-projek yang mana EIA Terperinci (DEIA) harus dikemukakan. Dalam hal ini, MNPC sememangnya mengabaikan kehendak rakyat untuk perundingan awam dilakukan mengenai keperluan untuk menggunapakai tenaga nuklear dan MNPC sengaja cuba mengelirukan orang ramai mengenai isu rundingan awam.

Ramai di kalangan rakyat yang prihatin telah menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan tenaga nuklear dan menuntut suatu rundingan awam yang ikhlas diadakan untuk memastikan sama ada Malaysia perlu menggunapakai tenaga nuklear sebagai sumber kuasa dan bukan mengadakan rundingan awam di peringkat apabila keputusan telah diambil untuk memasang loji nuklear.

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MNPC Dr Zamzam, yang mengejutkan ini sekali lagi mengesahkan syak wasangka Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan sekumpulan rakyat Malaysia mengenai niat kerajaan untuk melaksanakan projek berpuluh billion ringgit yang membawa pelbagai risiko yang serius tanpa mengambilkira kebimbangan awam.

Forum Sabtu lalu mendedahkan bahawa MNPC iaitu entiti yang diberi mandat oleh kerajaan untuk menerajui projek tersebut tidak berminat memberi ruang untuk penilaian kritikal tentang keperluan menggunapakai tenaga nuklear.

Satu lagi pendedahan dari forum tersebut akan pemikiran penggerak tenaga nuklear ini adalah mengenai pemahaman mereka tentang isu ‘penerimaan orang ramai’. Rupa-rupanya MNPC telah mula memberi justifikasi yang tidak masuk akal dengan menyatakan bahawa rakyat Malaysia, nak atau tidak, terpaksa hidup dengan risiko radiasi kerana kebanyakan negara-negara jiran kita akan menggunapakai tenaga nuklear.

Malah, ia adalah amat jelas bahawa dengan penubuhan MNPC pada bulan Januari 2011 dan kemasukan tenaga nuklear sebagai projek titik masuk yang ke-11 dalam Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan pada tahun 2010, kerajaan sebenarnya ingin memperkenalkan tenaga nuklear dalam campuran tenaga negara.

Pada awal bulan Ogos 2014, kerajaan mengumumkan niatnya untuk membentangkan Rang Undang-undang Kawalseliaan Tenaga Atom. Dr Zamzam berkata MNPC berharap rang undang-undang tersebut diluluskan oleh Parlimen pada tahun ini.

Kami menegaskan sekali lagi mengulangi bahawa, tidak jujur dalam pihak kerajaan untuk terus memberikan gambaran palsu kepada orang ramai dengan balasan lazimnya respons standard bahawa keputusan belum dibuat dan kerajaan masih mempertimbangkan penggunaan memikirkan pilihan untuk tenaga nuklear.

Pada forum tersebut, ECCC Majlis Peguam membuat kesimpulan bahawa pendekatan kerajaan selama ini adalah tidak betul dan menggesa kerajaan untuk menghentikan proses tersebut sehinggalah selesai perundingan dan penilaian awam yang tulen. Kami menyokong cadangan Majlis Peguam tersebut.

Sekali lagi, kami mencabar kerajaan untuk mengakui bahawa keputusan mengenai penggunaan tenaga nuklear sebenarnya telah dibuat.

Tanpa perundingan awam yang tulen dalam menggunapakai tenaga nuklear, CAP menggesa rakyat Malaysia untuk menolak Rancangan Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear Malaysia (Malaysian Nuclear Power Infrastructure Development Plan) yang akan disiapkan tidak lama lagi kerana ianya rancangan yang tidak demokratik dan autoritarian.

S.M. MOHAMED IDRIS
Presiden

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pelancaran Fasa 2 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 yang lalu. Kami

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak meneruskan Projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation – PSR).

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV) menafikan hak petani, menggalakkan biopirasi dan mengancam agrobodiversiti. SAM menyokong sepenuhnya kenyataan di bawah yang dikeluarkan

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

  • Tarikh Penerbitan | September 4, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Mitigasi, Tenaga
Selanjutnya

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

  • Tarikh Penerbitan | September 1, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Julai 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Kedaulatan Makanan, Perdagangan & Pelaburan, Pertanian
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia