Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

SAM Gesa Pihak Berkuasa Jelaskan Apa yang Sedang Berlaku

  • Tarikh Penerbitan | November 18, 2019
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Mitigasi, Perancangan Bandar
  • Penanda | Kerja-kerja Tanah, Pelan Struktur Pulau Pinang, Pemotongan Bukit
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat cemas dan bimbang berhubung kerja-kerja tanah dan pemotongan bukit yang sedang dijalankan di kawasan cerun yang amat curam di Mount Erskine, Pulau Pinang, berdekatan dengan pangsapuri Mont Residence di Tanjung Tokong.

SAM dimaklumkan berhubung kerja memotong bukit oleh penduduk Pulau Pinang yang amat prihatin dengan keadaan itu, yang turut berkongsi gambar kerja tanah yang sedang berjalan.

Kami difahamkan bahawa sebahagian kerja pemotongan bukit yang begitu ketara itu melibatkan cerun melebihi 250 kaki (75 meter) dan berada pada kecerunan yang amat curam iaitu melebihi 25 darjah.

SAM juga mendapati pada September 2018, Penang Hills Watch (PHW), yang merupakan sebuah inisiatif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), telah memaklumkan kepada pihak berkuasa  dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengenai aktiviti pemotongan bukit.

Kerja-kerja tanah dan pemotongan bukit dilakukan di cerun yang sangat curam di Gunung Erskine | SAM 

Kami difahamkan bahawa PHW dimaklumkan bahawa “kerja mitigasi” dijalankan di tapak itu, di mana tanahnya dimiliki oleh Kerajaan Negeri.

SAM menggesa pihak berkuasa dan MBPP menjelaskan apakah “kerja mitigasi” ini dan kenapa cerun yang curam itu dipotong dan dibersihkan?

Dasar kerajaan negeri di bawah Pelan Struktur Pulau Pinang ialah untuk melindungi tanah bukit dan tidak membenarkan kerja-kerja tanah di atas tanah melebihi 250 kaki atau cerun yang melebihi kecerunan 25 darjah, dan memandangkan ini adalah tanah awam, kami amat bimbang dengan kerja pemotongan dan pembersihan bukit yang sedang berjalan.

Kami juga amat bimbang dengan banyak bahagian cerun itu yang kini sudah terdedah, dengan musim hujan sekarang, hakisan tanah yang serius akan berlaku, ini akan menyumbang kepada tanah runtuh dan banjir kilat di kawasan itu.

Kami juga amat bimbang akan berulangnya tragedi tanah runtuh sepertimana yang berlaku di tapak Granito dan Bukit Kukus di Paya Terubong yang membawa kepada kematian pekerja yang bekerja di kawasan itu.

Pihak berkuasa dan MBPP mestilah menjelaskan dengan segera kerja-kerja yang sedang berjalan itu dan juga mengambil langkah segera untuk mencegah sebarang kesan sosial dan alam sekitar disebabkan oleh aktiviti pemotongan bukit dan kerja tanah.

Meenakshi Raman

Presiden         

Terkini

Perubahan Iklim

Kenyataan pahit tentang pelepasan ‘bersih sifar’ karbon

Dalam wacana perubahan iklim di peringkat antarabangsa, cita-cita beberapa negara untuk mencapai pengurangan kadar pelepasan bersih sifar karbon (net zero) menjelang 2050, telah digembar-gemburkan sebagai

Selanjutnya »
April 21, 2021
Pembangunan & Perancangan

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang mengambil langkah-langkah awal dengan segera untuk mencegah hakisan tebing Sungai Kerian sebelum ia

Selanjutnya »
April 7, 2021
Hutan & Biodiversiti

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

Kenyataan akhbar ini telah dikeluarkan oleh Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor di mana SAM adalah ahli. Kenyataan ini adalah terhadap penukaran dan pembersihan 2,400 ekar

Selanjutnya »
April 6, 2021
Pertanian

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

SAM adalah ahli Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM). Hari ini FKMM telah mengadakan satu sidang media dan mengeluarkan kenyataan berikut terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Kualiti

Selanjutnya »
April 6, 2021

Kenyataan pahit tentang pelepasan ‘bersih sifar’ karbon

  • Tarikh Penerbitan | April 21, 2021
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Perjanjian Antarabangsa
Selanjutnya

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

  • Tarikh Penerbitan | April 7, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Mitigasi, Pembangunan, Perancangan, Perikanan
Selanjutnya

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pemuliharaan, Penukaran Hutan, Perladangan
Selanjutnya

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Pensijilan, Pertanian
Selanjutnya
Perubahan Iklim

Kenyataan pahit tentang pelepasan ‘bersih sifar’ karbon

Selanjutnya »
April 21, 2021
Pembangunan & Perancangan

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

Selanjutnya »
April 7, 2021
Hutan & Biodiversiti

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

Selanjutnya »
April 6, 2021
Pertanian

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

Selanjutnya »
April 6, 2021

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram
Copyright © 2021 Sahabat Alam Malaysia