Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

SAM kecewa dengan kelulusan Projek Pembangunan Ladang Hutan di Hutan Simpanan Kekal di Negeri Perak

  • Tarikh Penerbitan | Februari 15, 2019
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Penyahwartaan Hutan, Perladangan
  • Penanda | HSK, hutan simpan kekal, ladang hutan, monokultur, pengurusan hutan lestari, Perak
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) kecewa dan membantah berhubung dakwaan Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan projek pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong (HS Kledang Saiong) dan Hutan Simpan Bukit Kinta (HS Bukit Kinta), Daerah Hutan Kinta Manjung yang tular terutama di media sosial serta lain-lain projek pembangunan ladang hutan di negeri Perak.

SAM berpendirian bahawa dasar berhubung penggalakkan melaksana pembangunan ladang hutan (ladang monokultur) dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) perlu dimansuhkan.

Kebiasaannya, justifikasi dan alasan utama Pihak Berkuasa Negeri meluluskan sesuatu projek pembangunan ladang monokultur ialah kerana kawasan yang dikenal-pasti ditakrifkan sebagai hutan miskin atau hutan terosot.

Perlu diketahui bahawa sesuatu kawasan HSK di Malaysia menjadi hutan miskin atau hutan terosot bukan disebabkan oleh faktor semula-jadi tetapi disebabkan oleh faktor manusia terutama kegiatan pencerobohan dan penerokaan haram.

Ini ditambah pula kelemahan pihak berkuasa yang berkenaan yang gagal melakukan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kegiatan-kegiatan pencerobohan dan penerokaan haram di kawasan HSK.

Bagi menangani isu dan masalah hutan miskin atau hutan terosot dalam kawasan HSK, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mewujudkan program-program silvikultur dan pembangunan hutan asli terutama tanaman mengaya dan restorasi / pemulihan kawasan terosot. 

Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian lapangan oleh SAM sebelum ini, didapati kebanyakan kawasan pembangunan ladang monokultur tidak mematuhi kriteria-kriteria penubuhan ladang monokultur sebagaimana yang dilakukan di negeri Kelantan.

Antara dapatan pembangunan ladang monokutur yang tidak mematuhi kriteria-kriteria penubuhan ladang monokultur ialah:-

  • bentuk muka bumi dan topografi yang berbukit tinggi;
  • stok dirian pokok yang kaya (bukan hutan miskin);
  • pemusnahan dan eksploitasi rizab sungai (zon riparian) (sebagai contoh di Hutan Simpan Gunung Besout [HS Gunung Besout], Daerah Hutan Perak Selatan);
  • pencabulan kawasan tanah wilayah masyarakat Orang Asli; dan
  • pemusnahan habitat dan koridor hidupan liar terutama mamalia besar seperti gajah dan harimau (sebagai contoh di Hutan Simpan Piah [HS Piah], Daerah Hutan Kuala Kangsar).

Apabila guna-tanah hutan di sesuatu kawasan HSK ditukar kepada pelaksanaan pembangunan ladang monokultur ia akan menjejaskan fungsi kepelbagaian hayat hutan.

Ianya juga akan memberi kesan kepada pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan yang menjadi teras dalam pengurusan hutan negara.

Sebelum sesuatu pembangunan ladang monokultur dalam HSK dilaksanakan, litupan hutan asal (hutan asli) akan diusahasil secara tebang habis.

Pengusahasilan secara tebang habis tidak tertakluk kepada ‘sustainable forest management’ bagi tujuan piawaian dan pensijilan hutan serta Catuan Tebangan Tahunan (CTT).

Adalah lebih wajar dan bersesuaian program pembangunan ladang monokultur dilaksana dan digalakkan di kawasan tanah kerajaan dan tanah milik terbiar.

Oleh itu SAM berharap Pihak Berkuasa Negeri dapat mempertimbang semula untuk membatalkan kelulusan program pembangunan ladang monokultur dalam kawasan HSK yang masih belum dilaksana dan yang masih dirancang.

S. M. MOHAMED IDRIS

Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang mengambil langkah-langkah awal dengan segera untuk mencegah hakisan tebing Sungai Kerian sebelum ia

Selanjutnya »
April 7, 2021
Hutan & Biodiversiti

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

Kenyataan akhbar ini telah dikeluarkan oleh Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor di mana SAM adalah ahli. Kenyataan ini adalah terhadap penukaran dan pembersihan 2,400 ekar

Selanjutnya »
April 6, 2021
Pertanian

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

SAM adalah ahli Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM). Hari ini FKMM telah mengadakan satu sidang media dan mengeluarkan kenyataan berikut terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Kualiti

Selanjutnya »
April 6, 2021
Hutan & Biodiversiti

Masa untuk Kedah dan Pulau Pinang bekerjasama demi menyelamatkan sumber air Ulu Muda

Pada hari ini, Sahabat Ulu Muda (FoUM) telah menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah, Ketua Menteri Pulau Pinang dan salinan kepada Perdana Menteri Malaysia berhubung

Selanjutnya »
April 5, 2021

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

  • Tarikh Penerbitan | April 7, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Mitigasi, Pembangunan, Perancangan, Perikanan
Selanjutnya

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pemuliharaan, Penukaran Hutan, Perladangan
Selanjutnya

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Pensijilan, Pertanian
Selanjutnya

Masa untuk Kedah dan Pulau Pinang bekerjasama demi menyelamatkan sumber air Ulu Muda

  • Tarikh Penerbitan | April 5, 2021
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Air, Biodiversiti, Pemuliharaan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

Selanjutnya »
April 7, 2021
Hutan & Biodiversiti

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

Selanjutnya »
April 6, 2021
Pertanian

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

Selanjutnya »
April 6, 2021
Hutan & Biodiversiti

Masa untuk Kedah dan Pulau Pinang bekerjasama demi menyelamatkan sumber air Ulu Muda

Selanjutnya »
April 5, 2021

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram
Copyright © 2021 Sahabat Alam Malaysia