Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

SAM membantah cadangan projek pembalakan dan perlombongan bijih timah di Hutan Simpan Kenderong di Mukim Kerunai, Daerah Hulu Perak

  • Tarikh Penerbitan | Februari 4, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pemuliharaan, Penebangan hutan, Penyahwartaan Hutan, Perlombongan & Ekstraktif
  • Penanda | Central Forest Spine, EIA, Hutan Simpan Kenderong, JAS, Perak
PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat kecewa kerana hutan semula jadi yang memberi perkhidmatan ekologi yang amat penting menjadi mangsa projek-projek perlombongan yang memusnahkan alam sekeliling. 

Baru-baru ini sebuah syarikat perlombongan tempatan bernama EMBI Mining Sdn Bhd telah mencadangkan satu projek pembalakan dan perlombongan bijih timah di dalam kawasan Hutan Simpan (HS) Kenderong di Mukim Kerunai, Daerah Hulu Perak, di mana kawasan hutan seluas 245 hektar (605 ekar) telah dinyahwartakan dari HS Kenderong untuk tujuan operasi pembalakan dan perlombongan.  Seperti dinyatakan dalam laporan EIA, pemegang pajakan melombong ialah Menteri Besar Incorporated (MB Inc. Perak).

Pembersihan hutan, yang dinyatakan dalam EIA sebagai pembalakan cuci mangkuk berhati, seluas 605 ekar akan membawa bencana. Ditambah  dengan kegiatan perlombongan yang mempunyai potensi untuk mencemarkan sumber air tempatan, projek ini mengundang  musibah. Selain dari itu, tapak yang dicadangkan adalah Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 di mana sebarang pemajuan, pertanian atau pembalakan tidak dibenarkan kecuali aktiviti ekopelancongan, penyelidikan dan pendidikan.

Di samping itu, tapak yang telah dicadangkan itu terletak di dalam kawasan wilayah Rangkaian Utama-8 dalam Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) di mana ia telah dilaporkan bahawa kawasan ini adalah kawasan habitat  spesies hidupan liar yang terancam dan hampir pupus seperti gajah, harimau, tapir dan beruang matahari. 

Rangkaian Utama dalam kawasan CFS adalah satu koridor semulajadi yang amat penting untuk mamalia yang bersaiz besar, yang membolehkan mereka  bergerak dari suatu kompleks hutan utama ke kompleks hutan utama yang lain untuk mencari makanan dan habitat. Cadangan projek perlombongan di lokasi seperti ini akan memburukkan lagi konflik antara manusia dengan hidupan liar yang semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Berdasarkan EIA cadangan projek ini, tapak yang dicadangkan adalah kawasan berbukit yang mempunyai ketinggian 320 hingga 450 meter melebihi paras laut. Selain itu, tapak yang dicadangkan juga merupakan kawasan tadahan air, di mana laporan EIA dengan jelas menyatakan bahawa terdapat beberapa anak sungai yang mengalir berdekatan dengan tapak projek yang akhirnya mengalir ke dalam Sungai Perak. 

Sungai Perak merupakan sumber air utama untuk negeri Perak, yang membekalkan sumber air sebanyak 45% untuk negeri tersebut. Sebarang ancaman terhadap sumber air tempatan semata-mata untuk keuntungan adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibiarkan berlaku.

Pada tahun 2019 satu kejadian yang berlaku membuktikan bahawa kegiatan perlombongan di dalam kawasan sensitif alam sekitar hanya akan mengundang bencana. Di sepanjang Sungai Perak terdapat beberapa loji rawatan air danloji Air Ganda adalah loji yang paling terdekat dengan tapak projek cadangan ini yang terpaksa ditutup pada tahun 2019 selepas penduduk tempatan yang kebanyakan antara mereka adalah orang asli telah mengalami penyakit kulit yang serius. 

Siasatan pihak berkuasa mengesani arsenik di dalam anak sungai yang berdekatan yang terutamanya disebabkan oleh aktiviti perlombongan oleh sebuah syarikat perlombongan berlesen di lokasi yang sama di mana EMBI Mining Sdn Bhd mencadangkan projek ini sekarang.

Tidak kira apa jenis pelan mitigasi dan pemulihan yang disyorkan oleh penggerak projek, menjalankan projek pembalakan dan perlombongan dalam satu kawasan yang sensitif sebegini akan memudaratkan kualiti alam sekeliling di sekitar kawasan projek tersebut sehingga ke satu tahap di mana sebarang pelan mitigasi atau pemulihan akan menjadi tidak berguna.  

SAM membantah sekeras-kerasnya cadangan projek pembalakan dan perlombongan bijih timah di HS Kenderong dan ingin mengulangi pendirian tegas kami terhadap sebarang cadangan projek yang tidak mampan, memusnahkan alam sekitar, menjejaskan sumber air, kehidupan dan mata pencarian masyarakat. 

Justeru, kami menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak meluluskan laporan EIA cadangan projek tersebut dan kerajaan Negeri Perak mengambil langkah segera untuk membatalkan penyahwartaan HS Kenderong, dan mewartakan semula hutan ini sebagai Hutan Simpanan Kekal dengan pengelasan sebagai hutan tadahan air.

Meenakshi Raman
Presiden


Nota kepada Pengarang: 

EIA bagi cadangan projek ini boleh didapati dari pautan berikut https://www.doe.gov.my/portalv1/en/info-hebahan/pengumuman-teks/laporan-penilaian-kesan-kepada-alam-sekeliling-eia-bagi-proposed-project-of-logging-and-tin-mining-operations-compartments-24-and-31-within-hutan-simpan-kenderong-measuring-245-hectares-s/330850    

Laporan EIA ini akan dipamerkan dalam tempoh 12 Januari  2022 hingga 10 Februari 2022 dan ulasan awam sehingga 25 Februari 2022.

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

Sahabat Alam Malaysia amat kecewa dengan keputusan terkini kerajaan MADANI  berhubung pelanjutan syarat lesen operasi Lynas sehingga Mac 2026.   Kami keliru dengan pusingan U yang dibuat

Selanjutnya »
Oktober 24, 2023
Perubahan Iklim

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

Kami merujuk kepada ulasan yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli, Tenaga dan Perubahan Iklim, YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam temu bual media “No Passion

Selanjutnya »
Oktober 20, 2023
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant
Perubahan Iklim

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

Kenyataan bersama Sahabat Alam Malaysia dan Greenpeace Malaysia mengenai “International Nuclear Science, Technology and Engineering Conference (iNuSTEC2023) dan “Nuclear Youth Competition 2023 (NYC 2023)” Baru-baru

Selanjutnya »
Oktober 6, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 24, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Mitigasi, Nuklear, Pencemaran, Perjanjian Antarabangsa, Sisa, Tenaga
Selanjutnya
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 6, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Nuklear, Pencemaran, Tenaga
Selanjutnya

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Lanjutan Lesen Operasi Lynas: SAM kecewa dengan keputusan kerajaan

Selanjutnya »
Oktober 24, 2023
Perubahan Iklim

Tenaga Nuklear Tidak Sepatutnya Dikekalkan Sebagai Pilihan di Malaysia!

Selanjutnya »
Oktober 20, 2023
pxclimateaction, nuclear waste, nuclear power plant
Perubahan Iklim

Perlu: Reformasi sebenar dalam sektor tenaga, dan jangan ikuti laluan tenaga nuklear 

Selanjutnya »
Oktober 6, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia