Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

SAM terkilan dengan maklumbalas menteri air, tanah dan sumber asli berkaitan impak daripada perlombongan emas

  • Tarikh Penerbitan | Ogos 10, 2018
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
  • Penanda | Bukit Koman, Pahang, pajakan lombong, RAGM
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF
Bukit Koman community at the Kuala Lumpur High Court | SAM
Bukit Koman community at the Kuala Lumpur High Court | SAM

Sahabat Alam Malaysia (SAM) terkilan dengan kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, bahawa sianida (cyanide) yang digunakan oleh tiga syarikat perlombongan emas di Malaysia tidak akan mengakibatkan sebarang masalah kesihataan seperti kanser atau penyakit kulit dan bahawa sianida yang digunakan di kolam perlombongan tidak ada sebarang kesan kepada air atau persekitaran berhampiran. Daripada petikan kenyataan beliau di media, Dr Xavier telah menyatakan bahawa “tidak kira di mana anda meletakkan sianida, ia akan menyejat dan menjadi karbon dioksida, ia tidak mempunyai bau.”

Kami amat kesal bahawa kenyataan yang diberikan oleh Menteri dibuat tanpa memahami kesan-kesan penggunaan sianida dalam proses ‘carbon-in-leach’ di sebuah kilang yang terletak di kawasan perumahan atau sejarah aduan-aduan yang dibuat oleh komuniti Bukit Koman selama lapan tahun yang lalu atau semenjak Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGM) memulakan operasi pada bulan Februari 2009. Operasi telahpun berhenti kerana syarikat tersebut telah digulung secara sukarela.

Kenyataan Menteri itu hanya menunjukkan sikap tidak peka kerajaan dalam menyingkir aduan-aduan dan masalah kesihatan penduduk Bukit Koman. Penduduk-penduduk Bukit Koman telah berkali-kali mengadu mengenai pendedahan mereka kepada bahan-bahan beracun. Mereka mengalami rasa loya, sakit kepala, kerengsaan mata, kegatalan dan ruam, dan secara umumnya perasaan tidak selesa dalam komuniti. Faktor yang menyebabkan masalah kesihatan ini tidak pernah diputuskan atau disiasat dengan teliti oleh kerajaan.

Dari 15 hingga 17 July 2009, SAM telah menjalankan satu tinjauan kesihatan di sekitar Kampung Bukit Koman. Seramai 291 orang telah mengambil bahagian dalam tinjauan ini; 167 perempuan and 124 lelaki. Keputusan tinjauan tersebut telah menunjukkan bahawa 206 orang mengadu kerengsaan kulit atau gatal-gatal, 190 mengalami kerengsaan mata atau mata berair, 169 mempunyai kesukaran bernafas, 137 mengadu kesulitan tidur setiap kali bahan berbahaya dikeluarkan, 136 mengadu pening dan 125 mengalami sakit kepala yang kerap. Sesetengah daripada mereka juga mengalami kekeringan tekak dan batuk. Hanya 8 orang yang ditinjau tidak mengalami sebarang tanda-tanda penyakit dan antaranya adalah mereka yang tinggal jauh dari kilang tersebut dan juga mereka yang selalu menutup pintu dan tingkap rumah mereka setiap kali ada bau busuk berbahaya. Jawatankuasa Bertindak Ban Cyanide (Ban Cyanide Action Committee) juga telah menjalankan tinjauan pada tahun 2012 dan mengeluarkan keputusan yang menunjukkan bahawa terdapat ramai yang mengadu tentang pelbagai masalah kesihatan selepas RAGM memulakan operasi. Satu-satunya andaian yang boleh dibuat oleh penduduk adalah bahawa masalah kesihatan mereka adalah disebabkan oleh kilang emas tersebut kerana mereka tidak pernah mengalami masalah seperti itu sebelum RAGM memulakan operasi mereka.

Balai Raya Bukit Koman | SAM

Sebagai sebuah kerajaan yang baru dipilih dan yang disokong oleh segolongan besar semasa piliharaya yang lalu, kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dibuat di Parlimen kerana ia hanya menunjukkan bahawa kerajaan telah terus menolak masalah-masalah yang dialami oleh mereka yang terjejas dan kesan-kesan yang mungkin telah diakibatkan oleh operasi kilang RAGM.

Sebaliknya, Menteri berkenaan seharusnya terlebih dahulu mengkaji dan memahami permasalahan yang berkaitan dalam penggunaan sianida dalam pemprosesan emas.

Pada tahun 2008, SAM telah menyuarakan kebimbangan kami terhadap Penilaian Awal Kesan Alam Sekitar yang telah disediakan dan dikemukakan oleh RAGM kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kami telah mengemukakan komen-komen kami kepada JAS berasaskan laporan pakar yang disediakan oleh dua saintis terkemuka  dari Amerika, Dr. Glenn C Miller[1] dan Dr. Mark Chernaik[2]. SAM dimaklumkan oleh Dr Miller bahawa sianida dalam bentuk sebatian yang kompleks tidak mudah degradasi dan akan kekal dalam air dan sisa lombong untuk jangka masa yang lama. Pada pH yang tinggi, arsenik dan antimoni boleh larut, dan nitrat, garam dan pelbagai bahan lain akan hadir dan ini akan memberi kesan jangka panjang kepada air di permukaan dan bawah tanah. Penggunaan sianida mungkin adalah kebimbangan yang paling besar kepada penduduk-penduduk. Walaubagaimanapun perlindungan kesihatan dalam jangkamasa panjang perlu mempertimbangkan kesan daripada bahan-bahan cemar yang lain. Oleh itu, ia bukan hanya mengenai penggunaan sianida sahaja.

SAM kecewa bahawa setakat ini, kerajaan telah terlepas pandang secara menyeluruh dan gagal menangani isu berkenaan kesan sebenar penggunaan sianida dalam proses melombong emas di sebuah kilang yang berdekatan dengan kawasan kediaman.

Selanjutnya, salah satu syarat dalam Pajakan Melombong di bawah Enakmen Mineral Negeri Pahang menyatakan bahawa “penerima pajakan hendaklah menjalankan kerja pemulihan lombong mengikut syarat yang diluluskan oleh Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri”. Di samping itu, Prinsip 5 dalam International Cyanide Management Code (ICMC) menyatakan bahawa,

“DECOMMISSIONING Protect communities and the environment from cyanide through development and implementation of decommissioning plans for cyanide facilities.

Standards of Practice

5.1 Plan and implement procedures for effective decommissioning of cyanide facilities to protect human health, wildlife and livestock.

5.2 Establish an assurance mechanism capable of fully funding cyanide-related decommissioning activities.”

Sehingga kini, SAM atau penduduk-peduduk Bukit Koman tidak tahu sama ada proses ini telah bermula dan siapa yang akan membayar proses ‘decommissioning’ dan pemulihan sekarang oleh kerana RAGM telahpun digulung secara sukarela oleh pemiutangnya. Kami tidak pernah mendapat sebarang jawapan mengenai perkara ini daripada kerajaan terdahulu.

SAM menggesa agar kerajaan

  1. menubuhkan satu pasukan petugas (taskforce) dengan penduduk-penduduk kampung dan pakar lain dalam isu toksikologi dan perlombongan untuk menyiasat punca masalah kesihatan penduduk Bukit Koman; dan
  2. untuk memulakan proses ‘decommissioning’ dan pemulihan di tempat ini selaras dengan piawaian antarabangsa yang sudah wujud.

S.M.Mohamed Idris

Presiden

[1] Seorang pakar yang telah bekerja dengan isu perlombongan selama lebih dari 30 tahun dan telah berkhidmat di jawatankuasa di United Nations Environmental Program (UNEP) untuk membangunkan kod untuk penggunaan sianida secara selamat di lombong emas, International Cyanide Management Code.

[2] Saintis dengan Environmental Law Alliance Worldwide (ELAW) yang antara lain telah menubuhkan Program Pengujian Kualiti Air untuk memberi NGO di negara-negara membangun peralatan asas untuk memantau pencemaran air.

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia