Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

  • Tarikh Penerbitan | Mei 26, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Orang Asal, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
  • Penanda | Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1, Nadir bumi lanthanid, Perak
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

SAM amat terperanjat apabila mendengar berita berkenaan dengan kelulusan pada minggu lepas, laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan projek perlombongan nadir bumi lanthanide di Hulu Perak, yang mana sebelum ini laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaporkan bahawa laporan EIA tersebut telah pun ditolak. Menurut laporan EIA yang kini telah diluluskan, projek itu akan melibatkan kawasan tanah seluas 2,161 hektar, yang mungkin merupakan projek sedemikian yang terbesar di negara ini.

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad telah dilaporkan oleh media menyatakan bahawa mineral itu boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan bagi negeri Perak dan “projek rintis” di tanah kerajaan negeri ini akan menentukan sama ada terdapat kesan-kesan radioaktif yang berbahaya semasa aktiviti perlombongan dijalankan.

Bagi MB Perak untuk mengatakan bahawa projek rintis ini akan menentukan sama ada lanthanide akan melibatkan kesan radioaktif atau tidak, adalah sangat mengelirukan, kerana laporan EIA telah membuktikan kewujudan thorium dalam sampel tanah yang telah diuji. 

Radioaktif yang wujud secara semula jadi (Th-228) dalam sampel tanah yang diuji yang diambil dari tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) / lot Tanah PT1764 dilaporkan adalah melebihi 1 Bq/g.  Sebarang pelepasan bahan tindak balas secara tidak terkawal (contohnya asid sulfurik) semasa fasa persediaan atau operasi boleh mengundang bencana.

Ini secara langsung akan menjejaskan penduduk tempatan dan sumber air minuman mereka. Projek ini akan dijalankan dengan penggunaan Ammonium Sulphate sebagai bahan kimia utama, dan hasil pemodelan air bawah tanah telah membuktikan bahawa risiko pencemaran yang tinggi akan berlaku akibat daripada penggunaan ammonium dan sulfat di telaga 2 dan 3 oleh ladang PPPNP dan FELCRA di sekitar kawasan perlombongan yang dicadangkan.

Turut menjadi kebimbangan utama ialah pencemaran sungai yang terdapat di sekitar kawasan tapak cadangan yang merupakan sumber air penting bagi masyarakat setempat di penempatan-penempatan yang berhampiran iaitu di KampungPong dan Kampung Orang Asli Bukit Asu di mana penduduk tempatan di kampung-kampung tersebut kerap memancing dan menjalankan aktiviti rekreasi di dalam sungai-sungai berdekatan. Kami difahamkan bahawa projek ini terletak di kawasan kepala air Sungai Rui di mana sungai tersebuat adalah salah satu anak sungai yang mengalir ke Sungai Perak.  Oleh itu, sebarang kemerosotan kepada air permukaan atau air bawah tanah akibat daripada perlombongan yang telah dicadangkan boleh menjejaskan keseluruhan atau sebahagian besar kawasan tadahan air dan ekosistemnya.

Selain daripada kesan radioaktif, bagaimanakah projek perlombongan sebegini boleh dibenarkan di dalam satu kawasan sensitif alam sekitar dan juga yang berada di dalam Kawasan Rangkaian Koridor Ekologi (CFS), dan telah diklasifikasikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1?

Untuk mengelakkan gangguan dan kemerosotan yang ketara kepada alam sekitar, hanya aktiviti yang terkawal seperti pelancongan alam semula jadi berimpak rendah, aktiviti penyelidikan dan pendidikan dibenarkan di dalam kawasan KSAS Tahap 1 dan perlombongan tidak sama sekali boleh dianggap sebagai aktiviti berimpak rendah.

SAM telahpun membantah cadangan projek ini atas sebab-sebab yang tersebut di atas apabila kami mengemukakan ulasan kami kepada JAS pada bulan Ogos 2021.

Meluluskan aktiviti perlombongan sebegini di dalam ekosistem KSAS Tahap 1 tidak boleh diterima sama sekali dan secara terus terang ia melanggar dasar perancangan kerajaan persekutuan sendiri dan tidak boleh dianggap sebagai aktiviti yang mampan dan lestari. Khususnya, aktiviti yang dicadangkan mempunyai risiko yang tinggi untuk meningkatkan penumpuan  ammonium dan thorium, yang merupakan bahan-bahan radioaktif semulajadi yang sedia ada di kawasan persekitaran tersebut. 

MB Perak dan JAS harus memberi penjelasan bagaimana laporan EIA diluluskan walaupun kebimbangan kamitelah dibangkitkan dan apakah respon terhadap maklum balas dan ulasan orang awam, termasuk yang dikemukakan oleh SAM.

Negeri Perak sudahpun mempunyai satu fasiliti kekal simpanan sisa radioaktif di Banjaran Kledang yang mengandungi sisa thorium dan uranium yang berbahaya dan diwarisi daripada kilang Asian Rare-Earth (ARE) yang telah beroperasi di Bukit Merah, Ipoh pada pertengahan 1980-an hingga 1990-an.

Sisa-sisa ini akan kekal radioaktif untuk berbilion tahun dan menimbulkan risiko yang tinggi kepada rakyat Perak.

Perkara yang paling mengejutkan ialah kerajaan negeri Perak dan JAS tidak mengambil iktibar atau pengajaran dari kesilapan lampau tragis yang berlaku di loji ARE yang  menyebabkan keracunan radioaktif yang serius terhadap penduduk tempatan Bukit Merah, dimana berlakunya insiden kematian yang tinggi di kalangan kanak-kanak akibat daripada menghidap penyakit leukemia dan kanser, kanak-kanak dikesan dengan kadar plumbum yang tinggi di dalam darah mereka, dan kadar keguguran yang tinggi dalam kalangan wanita hamil.

Dengan hanya menambah perkataan ‘mampan’ kepada aktiviti perlombongan dan pemprosesan nadir bumi tidak akan menjadikan aktiviti yang bahaya dan berisiko tinggi ini selamat, terutamanya apabila ia melibatkan sisa-sisa radioaktif seperti thorium dan uranium yang akan kekal berbahaya di alam sekitar untuk generasi akan datang.

SAM menyeru kerajaan negeri Perak untuk tidak meneruskan dengan cadangan aktiviti perlombongan ini dan mendapat reputasi sebagai negeri yang mempunyai fasiliti toksik untuk generasi akan datang.Mengutamakan keuntungan lebih daripada kesihatan dan kelestarian alam sekitar adalah amat bertentangan dengan konsep pembangunan mampan dan selain daripada itu membenarkan aktiviti berisiko tinggi sebegini di kawasan sensitif alam sekitar adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Hutan & Biodiversiti

Lindungi kawasan sensitif alam sekitar

Ahad, 5 Jun adalah Hari Alam Sekitar Sedunia (WED). Kempen Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 #HanyaSatuBumi menggesa satu tindakan transformatif secara kolektif pada skala global

Selanjutnya »
Jun 5, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

SAM amat terperanjat apabila mendengar berita berkenaan dengan kelulusan pada minggu lepas, laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan projek perlombongan nadir bumi lanthanide di Hulu Perak, yang mana sebelum ini laman web rasmi

Selanjutnya »
Mei 26, 2022
Pencemaran & Perlombongan

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

Ini adalah kenyataan bersama NGO-NGO yang mengikuti isu plastik Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, YB Hee Loy Sian mengumumkan pada 19 Mei 2022

Selanjutnya »
Mei 23, 2022
Pembangunan & Perancangan

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

Beberapa pertubuhan masyarakat sivil di Pulau Pinang bersatu dalam menunjukkan sokongan dan solidariti kepada penduduk Sungai Ara, yang telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, dalam perjuangan mereka

Selanjutnya »
Mei 22, 2022

Lindungi kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | Jun 5, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pembangunan, Pemuliharaan, Penambakan, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Perancangan, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

  • Tarikh Penerbitan | Mei 26, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Orang Asal, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
Selanjutnya

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

  • Tarikh Penerbitan | Mei 23, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | Mei 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Perancangan, Perancangan Bandar
Selanjutnya
Hutan & Biodiversiti

Lindungi kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
Jun 5, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

Selanjutnya »
Mei 26, 2022
Pencemaran & Perlombongan

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

Selanjutnya »
Mei 23, 2022
Pembangunan & Perancangan

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
Mei 22, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2022 Sahabat Alam Malaysia