Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Sangat tidak bertanggungjawab bagi negeri-negeri menggalakkan penebangan hutan

  • Tarikh Penerbitan | Januari 5, 2021
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Air, Biodiversiti, Penebangan hutan
  • Penanda | Global Biodiversity Outlook, Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah, Konvensyen Kepelbagaian Biodiversiti, Matlamat Pembangunan Lestari, Perjanjian Paris
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang dengan perkembangan terkini  di mana beberapa negeri terus menggalakkan penebangan hutan atas pelbagai alasan, dan bukannya mengambil langkah-langkah untuk melindungi dan memelihara sumber hutan negara yang masih ada.

Usaha sedemikian bercanggah dengan pemikiran semasa dan trend di era perubahan iklim dan pasca pandemik COVID-19, iaitu menggalakkan usaha pemulihan hijau dan menggerakkan negara ke arah pembangunan yang lebih lestari, berharmoni dengan alam semula jadi.

Sepertimana yang disebut dalam terbitan terkini Global Biodiversity Outlook, Sekretariat bagi Konvensyen mengenai Biodiversiti (CBD), “Fokus antarabangsa mengenai pembangunan lestari sebagai agenda penting bagi abad kita, dengan keutamaan dalam menangani masalah perubahan iklim sebagai isu yang perlu diberi perhatian segera dalam wacana politik dan awam, membentuk peluang untuk mengetengahkan biodiversiti ke dalam arus perdana. Banyak langkah yang diperlukan untuk menangani soal kemiskinan, mengurangkan kelaparan, menangani perubahan iklim dan mengurangkan risiko pandemik pada masa depan adalah juga yang diperlukan bagi menyokong  biodiversiti. Oleh itu ia berpotensi bagi perkongsian agenda yang kukuh dengan memberi tumpuan dan sumber kepada pemuliharaan dan penggunaan lestari yang sangat berkurangan di masa lalu.”

Di sebalik memulakan transformasi agenda hijau, banyak negeri di negara ini terus mengamalkan dasar perniagaan berjalan seperti biasa dengan memberikan kelulusan bagi penebangan hutan dan pemusnahan biodiversiti kita termasuk di lautan, dengan itu memperkecilkan usaha negara untuk melaksanakan tanggungjawab di bawah Perjanjian Paris, CBD dan Matlamat Pembangunan Lestari.

Berita terbaharu mengenai pelan penebangan hutan adalah tindakan yang diambil oleh kerajaan Kedah yang meluluskan pembalakan di kawasan hutan hujan seluas 25,000 hektar di negeri itu, di mana Menteri Besar mendakwa kegiatan itu tidak akan menjejaskan kawasan hutan tadahan air.

Masalahnya sekarang, kerajaan Kedah hanya mewartakan 16% dari 106,418 hektar Hutan Simpan Ulu Muda sebagai hutan perlindungan di bawah Enakmen Hutan negeri.

Kumpulan masyarakat awam telah berkali-kali menggesa perlindungan diberikan kepada keseluruhan kompleks hutan belantara Ulu Muda, meliputi kawasan hutan seluas 163,000 hektar. Jika kita mengambil kira perkara ini, hanya kira-kira 10% dari kompleks hutan Ulu Muda  dilindungi sepenuhnya, dengan baki hutan yang ada terdedah kepada penebangan  dan penukaran guna tanah hutan untuk pelbagai tujuan.

Jaminan yang diberi oleh Menteri Besar Kedah bahawa penebangan hutan yang dicadangkan itu tidak akan menjejaskan kawasan hutan tadahan air tidak berasas dan tidak memberi kelegaan, kerana ekosistem tidak berfungsi dalam ruang lingkup definisi perundangan yang terbatas. Perlindungan perundangan sepenuhnya perlu meliputi keseluruhan kompleks hutan belantara Ulu Muda demi membantu mengekalkan ekosistem dan integriti alam sekitarnya.

Seperti yang kami tegaskan berulangkali, pemusnahan hutan hujan di Ulu Muda dengan skala sebesar itu mengancam jaminan bekalan air di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, terutama ketika musim kemarau setiap tahun.

Awal tahun lalu, pesawah di negeri jelapang padi itu berdepan musim kemarau yang berpanjangan, yang menjejaskan mata pencarian dan jaminan makanan. Berikutan perubahan cuaca, kemarau seperti itu dijangka lebih kerap berlaku dan berpanjangan.

Kompleks hutan belantara Ulu Muda yang lebih besar adalah kawasan hutan tadahan air untuk Empangan Muda, yang membekalkan Sungai Muda di Selatan serta Empangan Pedu dan Ahning, yang membekalkan Sungai Kedah di Utara.

Bekalan sumber air mentah kira-kira 70% di Perlis, 96% di Kedah dan 80% di Pulau Pinang bermula dari  hutan hujan Ulu Muda.

Kira-kira 4.2 juta orang akan menerima kesan buruknya selain ribuan lagi akan menderita kesan ekonomi akibat masalah kekurangan dan gangguan bekalan air di wilayah utara.

Pandangan dangkal Menteri Besar Kedah untuk membalak di kawasan hutan hujan serta meluluskan perlombongan, termasuk unsur nadir bumi untuk keuntungan jangka pendek, perlu dihentikan segera.

Kerajaan Persekutuan mesti menasihati kerajaan negeri dalam mengakhiri usaha yang tidak lestari, dan menyediakan sumber kewangan yang sewajarnya kepada negeri tersebut demi melindungi kawasan hutan dan pelbagai hidupan di dalamnya.

Seperti yang ditegaskan oleh SAM sebelum ini, dana antarabangsa ada disediakan untuk usaha seumpamanya, dan negeri-negeri perlu diberi galakan untuk memahami kewajaran dari sudut ekonomi dan alam sekitar untuk terus memelihara hutan dan biodiversiti di dalamnya. Inilah satu-satunya cara untuk menjamin kelestarian masa kini dan masa depan berikutan perubahan iklim dan pandemik kesihatan. 

Kami merayu kepada kerajaan Kedah agar melindungi dan mewartakan keseluruhan kompleks hutan belantara Ulu Muda seluas 163,000 hektar sebagai hutan perlindungan untuk selama-lamanya, dan bertindak demi kepentingan bukan sahaja penduduknya malah penduduk di wilayah utara, serta negara secara keseluruhan. 

Untuk itu, Menteri Besar Kedah akan diperakui sebagai pemimpin yang meninggalkan legasi yang hebat demi generasi sekarang dan masa depan. Negeri-negeri lain juga perlu mengambil tindakan yang sama. 

Sebagai tambahan, kami menggesa kerajaan persekutuan melaksanakan langkah-langkah pemulihan sejati, yang mengutamakan alam sekitar dan biodiversiti ketika mengambil sesuatu keputusan, jika benar kita ingin mencegah bencana alam pada masa depan yang menjejaskan  ekonomi dan kesihatan.

Meenakshi Raman

Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera (Penang Hill) telah

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Ini adalah satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh beberapa NGO yang membantah aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021 Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
cable car, isolated, winter-3989542.jpg

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

  • Tarikh Penerbitan | Disember 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Pembangunan, Pemuliharaan, Perancangan Bandar
Selanjutnya

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | November 14, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Hidupan Liar, Pemuliharaan, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

  • Tarikh Penerbitan | Oktober 19, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Kewangan & Pelaburan Membabitkan Hutan, Penebangan hutan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022
cable car, isolated, winter-3989542.jpg
Hutan & Biodiversiti

Ketelusan diperlukan bagi projek kereta kabel

Selanjutnya »
Disember 14, 2022
Pencemaran & Perlombongan

Bantahan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
November 14, 2022
Hutan & Biodiversiti

Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Selanjutnya »
Oktober 19, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia