Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Satu Pihak Berkuasa Persekutuan Diperlukan Untuk Melindungi Sungai

  • Tarikh Penerbitan | September 7, 2020
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Air, Pencemaran
  • Penanda | Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sungai, Sungai Kim Kim, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
PDF
Clean water source from Gunung Inas | SAM
Clean water source from Gunung Inas | SAM

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa supaya ditubuhkan dengan segera satu pihak berkuasa Persekutuan bagi melindungi semua sungai, memandangkan ia merupakan nadi negara dalam bekalan air. Sembilan puluh lima peratus (95%) keperluan air kita datangnya dari sungai.

Kami sekali lagi mengulangi gesaan ini yang telah dibuat beberapa kali di masa lepas, memandangkan berlakunya gangguan air yang teruk di Lembah Klang sejak beberapa hari lalu yang disebabkan oleh pencemaran daripada kilang.

Sepertimana yang ditunjukkan oleh insiden gangguan air di Lembah Klang, kira-kira 1.2 juta pengguna terjejas dan juga telah menjejaskan ekonomi kebanyakan perniagaan yang tidak mampu beroperasi tanpa air. 

Gesaan bagi sebuah agensi Persekutuan untuk melindungi sungai kita juga dibuat beberapa kali sebelum ini oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), YB Charles Santiago dan SAM bersetuju dengannya.

Seperti yang diketahui umum, pada masa ini terdapat banyak agensi dan pihak berkuasa yang terlibat dalam melindungi sungai dan terdapat kekurangan penyelarasan antara mereka, menimbulkan kisah ‘semua orang, seseorang, sesiapa sahaja dan tiada siapa’ dalam melaksanakan fungsi yang diperlukan.

Kami bersetuju bahawa satu pihak berkuasa Persekutuan diperlukan yang satu-satunya tugas ialah untuk menjaga sungai di seluruh negara termasuk dalam memastikan kawasan tadahan air negeri dilindungi dan sumber air diuruskan dengan sempurna.

Pendekatan yang dilaksanakan sedikit demi sedikit, perancangan yang lemah dan kekurangan langkah penguatkuasaan yang tegas tidak berkesan lagi seperti yang diamati semasa bencana di Lembah Klang dan tragedi Sungai Kim-Kim di Johor, apatah lagi pencemaran air sungai lain sejak beberapa tahun lepas.

Masalah perubahan iklim akan menyebabkan tekanan ke atas sumber air kita dengan kejadian lebih banyak kemarau dan kurangnya hujan.

Ini diperparahkan lagi oleh eksploitasi sungai kita untuk perlombongan pasir dan pencemaran, dengan pembuangan sisa isirumah dan industri ke dalamnya, memandangkan kita terus menganggap sungai sebagai tempat buangan dan bukannyaair sebagai nadi kehidupan kita.

Ancaman selanjutnya ialah terdapatnya fasiliti yang menjana sisa toksik dan berbahaya di bahagian tempat mengambil air di hulu sungai dan sepanjang sungai dengan banyak perniagaan ini menjimatkan kos dengan membuang terus semua sisa mereka ke dalam sungai.   

Dengan kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan tegas yang berterusan, sungai dan sumber air kita terus diancam oleh pencemaran air yang serius, kualiti air yang buruk yang tidaksesuai untuk pengambilan manusia.

Pengguna air yang tidak bersalah dan tidak curiga berisiko terjejas kesihatan dan menderita penyakit akibat daripada pengambilan sisa, kumbahan, plastik, bahan kimia dan logam berat.

Kami bersetuju dengan YB Charles Santiago bahawa sungai perlu dianggap sebagai kawasan keselamatan negara dengan kawasan penampan 200 meter pada kedua belah tebing sungai. Ia mesti dipantau dengan teknologi terkini, CCTV dan sensor yang akan menghalang pencerobohan ke dalam zon ini.

Melainkan kita mempunyai badan kawalan Persekutuan yang bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen, bencana gangguan air Lembah Klang tidak seharusnya diulangi, bukan hanya di Selangor tetapi juga di negeri lain.

Kini tiba masanya untuk menghentikan segala permainan politik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta perang hujah dalam kalangan banyak agensi yang terlibat dan mengambil tindakan sebelum satu lagi bencana berlaku.

Sementara itu, usaha mestilah dipercepatkan untuk menggubal pemindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 supaya ia lebih berkesan untuk mencegah pencemar daripada menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisamereka.

Kita mestilah mengambil iktibar penting daripada situasi ini dan tidak mengambil mudah sumber air kita memandangkan air adalah keperluan asas untuk semua kehidupan.

Meenakshi Raman

Presiden

Terkini

Pembangunan & Perancangan

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang mengambil langkah-langkah awal dengan segera untuk mencegah hakisan tebing Sungai Kerian sebelum ia

Selanjutnya »
April 7, 2021
Hutan & Biodiversiti

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

Kenyataan akhbar ini telah dikeluarkan oleh Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor di mana SAM adalah ahli. Kenyataan ini adalah terhadap penukaran dan pembersihan 2,400 ekar

Selanjutnya »
April 6, 2021
Pertanian

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

SAM adalah ahli Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM). Hari ini FKMM telah mengadakan satu sidang media dan mengeluarkan kenyataan berikut terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Kualiti

Selanjutnya »
April 6, 2021
Hutan & Biodiversiti

Masa untuk Kedah dan Pulau Pinang bekerjasama demi menyelamatkan sumber air Ulu Muda

Pada hari ini, Sahabat Ulu Muda (FoUM) telah menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah, Ketua Menteri Pulau Pinang dan salinan kepada Perdana Menteri Malaysia berhubung

Selanjutnya »
April 5, 2021

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

  • Tarikh Penerbitan | April 7, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Mitigasi, Pembangunan, Perancangan, Perikanan
Selanjutnya

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pemuliharaan, Penukaran Hutan, Perladangan
Selanjutnya

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

  • Tarikh Penerbitan | April 6, 2021
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Pensijilan, Pertanian
Selanjutnya

Masa untuk Kedah dan Pulau Pinang bekerjasama demi menyelamatkan sumber air Ulu Muda

  • Tarikh Penerbitan | April 5, 2021
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Air, Biodiversiti, Pemuliharaan
Selanjutnya
Pembangunan & Perancangan

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

Selanjutnya »
April 7, 2021
Hutan & Biodiversiti

Hentikan penukaran dan pembersihan hutan paya gambut di Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam untuk projek Selangor Smart Agro Park (SSAP)

Selanjutnya »
April 6, 2021
Pertanian

Cadangan pelesenan benih dan pemprosesan benih boleh menafikan hak petani

Selanjutnya »
April 6, 2021
Hutan & Biodiversiti

Masa untuk Kedah dan Pulau Pinang bekerjasama demi menyelamatkan sumber air Ulu Muda

Selanjutnya »
April 5, 2021

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook
Twitter
Youtube
Instagram
Copyright © 2021 Sahabat Alam Malaysia