Plastik sekali guna, terutamanya pembungkusan adalah penyumbang terbesar kepada peningkatan berterusan dalam pengeluaran plastik. Ini termasuklah barangan biasa yang digunakan setiap hari seperti botol air, paket dan pembungkus makanan. Kebanyakan plastik sekali guna tidak boleh dikitar semula dan oleh itu ia berakhir di tapak pelupusan sisa, insinerator, atau sebagai sampah yang mengotorkan persekitaran. Semua kaedah pelupusan membahayakan kesihatan alam sekitar dan semua hidupan di atas bumi.
Syarikat Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG) adalah perbadanan besar yang pada masa kini mempromosikan “budaya membuang”. Tujuh FMCG utama dikenal pasti oleh #BreakFreeFromPlastic ialah syarikat Coca-Cola, PepsiCo, Nestle, Unilever, Mars Inc., Mondelez International, dan Procter & Gamble.[1]
Kebanyakan usaha oleh syarikat FMCG ini untuk menjadi lebih mampan adalah separuh hati. Terdapat terlalu banyak pelaburan dalam projek yang tidak membawa kepada sebarang perubahan bermakna, dan dipanggil penyelesaian palsu (Break Free From Plastic, 2021).
Syarikat FMCG sering “menunding jari” kepada pengguna, mengharapkan individu mengambil semua tanggungjawab daripada diri mereka sendiri. Contohnya, banyak syarikat seperti mencari penyelesaian hiliran seperti pembersihan pantai oleh komuniti dan kitar semula sebagai “jalan keluar” daripada krisis plastik ini. Usaha itu patut dipuji tetapi tidak berkesan. Gambarkan tab mandi yang melimpah; penyelesaian palsu adalah bersamaan dengan usaha untuk mencedok air kembali ke dalam tab mandi dan bukannya menutup paip air!
Dalam perkataan lain, perubahan perlu dilakukan daripada puncanya. Syarikat FMCG mestilah menggubal penyelesaian huluan jangka panjang yang sebenar – beralih kepada sistem penyampaian produk berasaskan guna semula yang menghapuskan pembungkusan plastik sekali guna sepenuhnya.
[1] Break Free From Plastic. (2021). Missing The Mark, Unveiling corporate false solutions to the plastic pollution crisis. https://www.breakfreefromplastic.org/missing-the-mark-unveiling-corporate-false-solutions-to-the-plastic-pollution-crisis/