Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Tadbir urus global diperlukan untuk menghalang kejuruteraan geo

  • Tarikh Penerbitan | Jun 29, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pembangunan, Perjanjian Antarabangsa
  • Penanda | bahan api fosil, kejuruteraan geo, Krisis Iklim, penyelesaian palsu, Persidangan mengenai Kepelbagaian Biologi, perubahan iklim
PDF
Jenis-Jenis Kejuruteraan-Geo | Gambar: Geoengineering Monitor

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengucapkan tahniah kepada akhbar New Straits Times dalam menyerlahkan keperluan untuk “Adjust our mindset and not the sun’s rays” dalam halaman editorial mereka. (NST, 29 Jun).

Kami bersetuju sepenuhnya dengan penyunting-penyunting tersebut bahawa kita tidak sepatutnya membenarkan teknologi kejuruteraan-geo suria yang bertujuan untuk memanipulasi cuaca dengan andaian spekulatif bahawa ia akan menyejukkan planet ini!

Sebaliknya, ini adalah satu gangguan berbahaya daripada pengambilan tindakan-tindakan transformatif yang diperlukan untuk mengehadkan pelepasan gas rumah hijau di seluruh dunia dan dalam menghapuskan pergantungan bahan api fosil secara berperingkat dengan cara yang saksama dan adil.

Ketika kita menyaksikan permulaan kesan perubahan iklim yang membimbangkan dan amaran semakin kuat untuk tindakan yang lebih pantas serta lebih mendesak diambil untuk mengehadkan kenaikan suhu kepada 1.5 darjah Celcius daripada era pra-industri, terdapat seruan yang semakin meluas untuk memanipulasi sistem bumi dengan teknologi kejuruteraan-geo suria yang amat berisiko dan berbahaya, yang tidak diketahui ramai, termasuk oleh kerajaan.

Idea yang tidak bertanggungjawab di sebalik teknologi spekulatif tersebut adalah bahawa kita boleh terus merompak, mengguna secara berlebihan dan mencemarkan bumi kita kerana ia adalah mungkin untuk merekacipta jalan keluar daripada krisis iklim semasa.

Satu teknologi kejuruteraan suria sedemikian, yang dipanggil pengurusan sinaran suria, yang mengumpulkan paling banyak perhatian adalah penggunaan belon atau pesawat untuk menyembur sejumlah besar aerosol – zarah kecil, contohnya, sulfur dioksida atau nanopartikel kejuruteraan – ke dalam stratosfera untuk meredupkan cahaya matahari. Terdapat juga teknik-teknik lain yang dicadangkan termasuk idea-idea yang tidak patut seperti menutup padang pasir dengan plastik; tumbuhan kejuruteraan genetik untuk mempunyai daun yang lebih cerah dan lebih memantul; mencipta atau menjadikan awan lebih putih; dan mengatur berjuta-juta cermin di angkasa.

Ia bukan lagi fiksyen sains tetapi kajian-kajian berbahaya yang sedang dijalankan di planet kita.

Sebalik menyokong pelaburan untuk beralih keluar serta mempelbagaikan daripada pergantungan bahan api fosil kepada tenaga yang boleh diperbaharui, penjimatan serta kecekapan tenaga, dan lain-lain penyelesaian iklim yang tulen, perhatian sedang dialihkan dengan membiayai penyelidik kejuruteraan-geo, terutamanya oleh mereka di Amerika Syarikat, dengan sokongan daripada para jutawan termasuk Bill Gates dan George Soros.

Kerajaan negara membangun sedang dipujuk oleh penyelidik dan syarikat yang tidak bertanggungjawab untuk menjadi tempat ujian bagi teknologi-teknologi berbahaya seperti ini.

Untuk menentang langkah-langkah ini dan untuk meningkatkan perhatian orang ramai, lebih daripada 400 saintis iklim dan cendekiawan dari seluruh dunia telah mengajukan International Non-Use Agreement on Solar Geoengineering, yang diharapkan dapat membawa kepada larangan terhadap penyelidikan teknologi ini di dunia-sebenar.

Sebenarnya terdapat moratorium de facto di bawah Konvensyen PBB mengenai Kepelbagaian Biologi mengenai pembangunan dan penggunaan teknologi sedemikian dan kita di Malaysia juga mesti berwaspada dan bekerjasama dengan negara lain untuk mengelakkan dijadikan medan ujian, dengan janji-janji menggoda untuk menjana wang.

Kami menyertai seruan saintis yang prihatin untuk tindakan politik segera daripada kerajaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan aktor lain untuk menghalang penormalan kejuruteraan-geo suria sebagai pilihan dasar iklim.

Kerajaan dan PBB mesti menegaskan kawalan politik yang berkesan dan menyekat pembangunan teknologi kejuruteraan-geo suria pada skala planet.

Penggunaan kejuruteraan-geo suria tidak boleh ditadbir secara global dengan cara yang adil, inklusif dan berkesan. Oleh itu, kami menyeru tindakan politik segera daripada kerajaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan aktor lain untuk menghalang penormalan kejuruteraan-geo suria sebagai pilihan dasar iklim. Kerajaan dan PBB harus mengambil kawalan politik yang berkesan dan menyekat pembangunan teknologi kejuruteraan-geo suria sebelum terlambat.

Secara khusus, kami juga menyeru pembentukan International Non-Use Agreement on Solar Geoengineering. 

Seperti yang kita telah tegaskan sebelum ini, Bumi kita tidak sepatutnya dijadikan makmal iklim!

Meenakshi Raman
Presiden

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti di hutan simpanan kekal.

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pelancaran Fasa 2 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 yang lalu. Kami

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak meneruskan Projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation – PSR).

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV) menafikan hak petani, menggalakkan biopirasi dan mengancam agrobodiversiti. SAM menyokong sepenuhnya kenyataan di bawah yang dikeluarkan

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

  • Tarikh Penerbitan | September 12, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Biodiversiti, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

  • Tarikh Penerbitan | September 4, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
  • Jenis Isu | Mitigasi, Tenaga
Selanjutnya

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

  • Tarikh Penerbitan | September 1, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Ekosistem Persisiran Pantai, Kedaulatan Makanan, Pembangunan, Pembangunan Persisiran Pantai, Penambakan, Perikanan
Selanjutnya

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

  • Tarikh Penerbitan | Julai 20, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pertanian
  • Jenis Isu | Agroekologi, Benih, Biodiversiti, Kedaulatan Makanan, Perdagangan & Pelaburan, Pertanian
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

Selanjutnya »
September 12, 2023
Perubahan Iklim

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam NETR

Selanjutnya »
September 4, 2023
Pembangunan & Perancangan

Jangan meneruskan projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR)!

Selanjutnya »
September 1, 2023
Pertanian

Konvensyen UPOV tidak sesuai untuk Malaysia!

Selanjutnya »
Julai 20, 2023

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 756 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Sahabat Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia