Penerbitan ini merupakan hasil penyelidikan kami tentang kesan-kesan perladangan besar monokultur ke atas komuniti orang asal dan hutan di Sarawak. Ia menegaskan perlunya kita memahami konteks perladangan monokultur besar di Sarawak dengan tepat, kerana ianya melibatkan dua buah faktor kemusnahan. Pertama, ia telah melibatkan kemusnahan hutan, kerana ia merupakan sebuah perkembangan pasca-pembalakan. Ianya bermula pada lewat 1990an, setelah sumber kayu balak semakin berkurangan akibat dari pembalakan tidak terkawal yang dilakukan pada dekad-dekad terdahulu. Kedua, ia telah melibatkan pencabulan hak tanah adat. Dua buah faktor ini berlaku akibat dari pelbagai kelemahan sistemik dari sudut kepemerintahan, polisi dan perundangan yang gagal memastikan pengurusan hutan yang lestari dan memberikan jaminan pegangan tanah terhadap NCR. Ia juga memberikan analisis tentang undang-undang dan statistik perhutanan dan perladangan di Sarawak, pekebunan kecil, pensijilan dan disudahi dengan sekumpulan syor polisi dan perundangan. Versi Bahasa Melayu akan diterbitkan di dalam masa terdekat ini.

Kenyataan pahit tentang pelepasan ‘bersih sifar’ karbon
Dalam wacana perubahan iklim di peringkat antarabangsa, cita-cita beberapa negara untuk mencapai pengurangan kadar pelepasan bersih sifar karbon (net zero) menjelang 2050, telah digembar-gemburkan sebagai