Inilah terbitan baru kami berjudul Pertembungan antara Perubahan Iklim dan Pemuliharaan & Penggunaan Lestari Biodiversiti: Cabaran dan Tindakbalas Komuniti
Perubahan iklim kini merupakan salah satu cabaran terbesar bagi kemanusiaan, menjejaskan hampir semua aspek dalam masyarakat dan alam sekitar kita. Kesan perubahan iklim menimpa secara tidak seimbang ke atas negara membangun, komuniti miskin dan terpinggir walaupun pada hakikatnya merekalah yang paling kurang menyumbang kepada penyebabnya.
Komuniti di Malaysia telah mula mengambil inisiatif untuk memulihara biodiversiti dan menggunakan sumber asli secara lestari, serta meningkatkan daya tahan kepada perubahan iklim. Laporan ini membincangkan beberapa tindak balas oleh komuniti dan cabaran yang dihadapi dalam pertembungan pemuliharaan dan penggunaan lestari biodiversiti dengan perubahan iklim.
Penyelesaian berasaskan komuniti perlu ditingkatkan, dan bukannya ‘penyelesaian’ palsu yang didorong korporat seperti ‘pertanian pintar iklim’, atau ‘penyelesaian berasaskan alam semula jadi’ atas nama mencapai pengurangan ‘sifar pelepasan’ yang meminggirkan orang asal dan komuniti tempatan serta menggugat hak mereka kepada tanah dan sumber asli.
Muat turun sesalinan laporan terbaru kami di sini atau klik sahaja imej di atas untuk mula membaca laporan tersebut.
Jika laporan ini berguna kepada anda, kami akan menghargai apa-apa sumbangan kecil dari anda supaya kami boleh terus menghasilkan laporan dan risalah yang popular untuk digunakan oleh semua.