Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Tidak Waras Untuk Menggunakan Insinerator dan Tapak Pelupusan Sisa

  • Tarikh Penerbitan | September 25, 2018
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa, Tenaga
  • Penanda | dioksin, furan, Insinerator, pelupusan sisa
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat kecewa dengan sasaran Kerajaan Malaysia bagi setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu insinerator atau loji ‘waste to energy’ (WTE – sisa-ke-tenaga) dalam tempoh dua tahun, seperti yang dilaporkan dalam berita Bernama. 

Insinerator adalah cara yang tidak mampan untuk menangani sumber dan cara paling mahal untuk menguruskan sisa dan menghasilkan elektrik. Insinerator sisa atau loji ‘waste to energy’ adalah pendekatan ‘end-of-pipe’ untuk pengurusan sumber dan sisa yang tidak menyelesaikan masalah di punca.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata insinerator akan digunakan bagi menjadikan proses pelupusan sisa pepejal lebih bersih selain menjimatkan penggunaan tanah daripada terus dibuka sebagai tapak pelupusan sampah baharu. Perlu diperingatkan bahawa loji ‘waste-to-energy’ tidak secara ajaib menghilangkan sisa.

Proses insinerasi atau pembakaran semata-mata mengubah sisa ke dalam bentuk sisa lain, seperti abu yang toksik dan pencemaran udara dan air, yang lebih sukar untuk dibendung dan biasanya lebih toksik daripada bentuk sisa asal. Jumlah abu yang berbahaya mencecah hingga sebanyak 30% daripada jumlah sisa yang terbakar. Abu bawah (bottom ash) dari insinerator perlu ditanam manakala abu terbang (fly ash) yang dianggap sisa terjadual perlu dirawat dan dilupuskan juga.

Semua insinerator menimbulkan risiko yang besar kepada kesihatan dan persekitaran masyarakat berdekatan serta penduduk umum. Malah insinerator paling canggih pun “mengeluarkan” ribuan pencemar yang mencemarkan udara, tanah dan air. Bahan pencemar ini memasuki bekalan makanan dan mengimbuh dalam rantaian makanan. Insinerator adalah punca utama pelepasan dioksin dan furan yang menyebabkan barah. Laporan kesan kesihatan awam menyatakan bahawa insinerator moden di Kesatuan Eropah adalah sumber utama pelepasan zarah ultra-halus.[1] Pada tahun 2017, satu lagi kajian mendedahkan bahawa zarah halus menyumbang kepada lebih 4 juta kematian pramasa di seluruh dunia pada tahun 2015.[2]  Agensi pengawalseliaan di Amerika Syarikat mendapati bahawa insinerator rentan terhadap pelbagai jenis kepincangan, kegagalan sistem dan kerosakan, yang secara rutin membawa kepada masalah kawalan pencemaran udara yang serius dan peningkatan emisi yang berbahaya kepada kesihatan awam.[3]

Menteri juga menyatakan bahawa pelupusan sampah menerusi insinerator akan menghasilkan tenaga elektrik dan gas, jadi kontraktor akan meraih pendapatan melalui penjualan elektrik dan gas untuk menampung kos pembinaan loji WTE. Sebenarnya, insinerator merupakan pembazir tenaga yang besar. Oleh kerana nilai kalori sisa yang rendah, insinerator hanya dapat menjana sejumlah kecil tenaga sambil memusnahkan sejumlah besar bahan yang boleh diguna semula. Kerana tenaga yang dihasilkan oleh insinerator “sisa-ke-tenaga” adalah kurang, ia tidak akan menyumbang secara besar kepada grid elektrik.

Lebih-lebih lagi, memandangkan sampah di Malaysia kebanyakannya organik, insinerator memerlukan input tenaga tambahan terlebih dahulu untuk memproses sisa untuk menjadikannya sesuai untuk dibakar, dan kemudian membakarnya.  Dengan itu ia secara negatif menjejaskan keseimbangan tenaga loji tersebut. Kerajaan Malaysia perlu belajar dari pengalaman lepas pihak lain dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Dari perspektif yang lebih luas mengenai kemampanan, insinerator adalah teknologi yang tidak baik dan secara asasnya tidak serasi dengan ekonomi tertutup dan lingkaran. Insinerator pada dasarnya adalah penghancur produk dan bahan dibuang, serta menumpukan ketoksikan.

Lebih daripada 90% bahan yang dilupuskan dalam insinerator dan tapak pelupusan boleh digunakan semula, dikitar semula atau dikompos. Membakar bahan-bahan ini untuk menjana elektrik menghindar usaha yang diperlukan untuk memulihara sumber dan mengurangkan pembungkusan dan pembaziran, dan juga menjejaskan amalan pemuliharaan tenaga seperti kitar semula dan pengkomposan.

Di peringkat global, terdapat satu pergerakan yang kuat mengalih dari insinerator dan bergerak ke arah sifar sisa. Di Malaysia juga banyak komuniti yang mengamalkan sifar sisa dan berusaha untuk meminimumkan penjanaan sisa. Tumpuan kepada pendekatan sifar sisa untuk pengurusan sisa dan sumber, termasuk pengurangan, penggunaan semula, kitar semula dan pengkomposan, adalah pilihan yang selamat dan berkesan dari segi kos serta menghasilkan pekerjaan sambil melindungi iklim dan alam sekitar. Kerajaan Malaysia perlu melihat melampaui promosi syarikat “waste-to-energy” dan memilih pilihan yang menggalakkan, tidak melemahkan, kemampanan. Bergerak ke Arah Sifar Sisa! Jangan Bakar atau Lupuskan Sisa!

Mohamed Idris

Presiden

[1] Howard, C.Vyvyan, Statement of Evidence, Particulate Emissions and Health, Proposed Ringaskiddy Waste-to-Energy Facility, June 2009

[2] Health Effects Institute. 2017. State of Global Air 2017. Special Report. Boston, MA:Health Effects Institute. https://www.stateofglobalair.org/sites/default/files/SoGA2017_report.pdf.

[3] Massachusetts Department of Environment citations for violations by Covanta Haverhill Incinerator: http://www.cjcw.org/notice/Covanta_Massachusetts_environmental_violations.pdf

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia