Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

TPPA: CAP-SAM Memberi Peringatan – Jangan Tandatangan!

  • Tarikh Penerbitan | April 14, 2015
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Perdagangan & Pelaburan, Perjanjian Antarabangsa
  • Penanda | MNC, syarikat multinasional, TPP, Trans Pacific Partnership Agreement
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Kami merujuk kepada surat oleh Tan Sri Ramon Navaratnam, pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Asli (Asli Center of Public Policy Studies) yang menyeru kerajaan Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Kami kesal bahawa Ramon dan beberapa ahli-ahli komuniti perniagaan lain gagal untuk memahami implikasi serius bagi rakyat dan negara kita sekiranya menandatangani TPPA.

Beliau memberi amaran bahawa jika kita tidak menyertai TPPA akan ada “akibat buruk” – antaranya tidak ada akses kepada kawasan perdagangan bebas baru dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lebih RM101 trilion; tidak dapat keluar daripada perangkap pendapatan sederhana; akan memberi kesan serius ke atas keupayaan untuk berinovasi, menarik pelaburan langsung asing, teknologi tinggi, pendapatan, pekerjaan dan kualiti hidup.

Individu yang tidak menganalisis teks TPP dengan terperinci mestilah pragmatik dan tidak menggesa kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini. Paul Krugman, seorang pakar ekonomi yang merupakan pemenang Nobel telah menyatakan kes ekonomi untuk TPP adalah lemah, dan bukannya membawa masalah besar jikalau ia tidak dimeterai. 

Artikel dalam Financial Times bertarikh 6 Oktober 2014 bertajuk Trade deals: Toxic Talks dengan tepat menyatakan “… Terdapat juga soalan yang sah mengenai banyak mana perjanjian pelaburan – dan klausa perlindungan pelabur – yang menarik pelabur asing. Baik Brazil mahupun China tidak mempunyai banyak perjanjian, namun kedua-dua Negara ini telah menarik sejumlah besar pelaburan langsung asing (foreign direct investment)”.  

Kami percaya bahawa “akibat buruk” akan berlaku sekiranya kita sertai TPPA dan bukannya kalau tidak sertainya atas sebab-sebab berikut.   Beberapa Negara besar di rantau ini seperti China, India dan Indonesia yang mempunyai jumlah besar populasi lebih 2.5 billion tidak terlibat dalam proses TPPA.  Seperti yang disarankan dalam laporan baru-baru ini oleh Khazanah, kita perlu beri tumpuan kepada usaha dalam memperkuatkan hubungan perdagangan kita dalam rantau ini dan bukan impikan pai TPPA di langit. 

Kita perlu faham bahawa TPPA adalah untuk manfaat Syarikat Multi-nasional (Multi-national Corporations – MNC) dari Negara-negara membangun. MNC dari Amerika Syarikat yang memulakan dan memandu perundingan TPP. Teks perjanjian itu telah disediakan oleh pakar-pakar undang-undang mereka dan dirahsiakan, jauh dari pandangan orang ramai kerana takut bantahan terhadapnya. Walaupun ia dipanggil perjanjian “perdagangan bebas”, TPP bukan semata-matanya mengenai perdagangan. Daripada 29 draf bab TPP, hanya lima yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan tradisional. 

Di Amerika Syarikat sendiri kerahsiaan menyelubungi TPPA telah dikritik kuat oleh pembuat dasarnya. Senator Sherrod Brown mengkritiknya dengan berkata: “Ini meneruskan tradisi Amerika di mana syarikat menulis perjanjian perdagangan, tidak berkongsi dengan sesiapa, dan kerap mengorbankan kepentingan pengguna, kesihatan awam dan pekerja.” 

Tujuan kembar TPPA adalah memudahkan penembusan pasaran oleh MNC yang berpotensi menjejaskan kepentingan ekonomi dan sosial kita dan menggalakkan kepentingan geo-politik Amerika Syarikat contohnya membendung China. Ia masih belum ditunjukkan kepada orang ramai apa faedah yang kita akan dapat dari perjanjian yang akan mempunyai implikasi yang serius terhadap kesihatan awam, alam sekitar, dasar-dasar sosio-ekonomi dan kedaulatan negara. 

TPPA memberi hak kepada pelabur korporat asing untuk menyaman kerajaan bagi tindakan yang melemahkan “jangkaan/harapan” dan menggugat perniagaan mereka. Harapan keuntungan perniagaan seharusnya bukanlah kebimbangan kerajaan tetapi pelabur yang patut mengambil risiko. Jika langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melindungi dan menggalakkan kepentingan dan keperluan rakyatnya menjejas “jangkaan” keuntungan pelabur, mengapa mesti rakyat membayar pampasan untuk kerugian tersebut?  

Dalam ideologi pasaran bebas, peniaga sepatutnya memikul risiko mereka. Peniaga tempatan menghadapi risiko tersebut tanpa bantuan kerajaan. Mengapa mesti syarikat asing besar dilindung daripada risiko perniagaan? 

Beberapa dasar/undang-undang yang digubal kerajaan pada masa hadapan untuk melindungi alam sekitar, meningkatkan penjagaan kesihatan atau menggalakkan keadilan sosial boleh dicabar oleh MNC dan kita mungkin terpaksa membayar berbilion-bilion ringgit sebagai pampasan dan dasar/undang-undang itu dibatalkan. Mengapa kita perlu mengambil risiko ini?  Ada banyak contoh cabaran ini. 

Di bawah perjanjian perdagangan Belanda-Republik Czech suatu syarikat pelaburan menyaman kerajaan Czech kerana gagal untuk menyelamatkan bank muflis di mana ia mempunyai kepentingan dan telah dianugerahkan pampasan sejumlah $238juta. Philip Morris telah mendakwa Uruguay dan Australia kerana mengambil langkah-langkah untuk tidak menggalakkan merokok yang terbukti menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Eli Lilly & Co, sebuah syarikat farmaseutikal global Amerika, mencabar di tribunal Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (Investor-State Dispute Settlement -ISDS) mengenai ketidaksahihan oleh mahkamah Kanada terhadap pelanjutan paten untuk kegunaan baru bagi dua ubat asalnya yang dibangunkan pada 1970-an. 

Peruntukan ISDS membenarkan syarikat asing untuk mengemukakan tuntutan kepada penimbangtara swasta, bukan mahkamah tempatan, menentang kerajaan dengan dakwaan mengalami kesan buruk terhadap pelaburan mereka kerana tindakan yang diambil oleh kerajaan. Penimbangtara tersebut tidak bebas dan selain menjadi penimbangtara mereka juga mewakili syarikat-syarikat besar dalam tuntutan mereka.  

Lebih daripada 100 sarjana undang-undang, dalam surat kepada Kongres Amerika Syarikat menyatakan: “ISDS mengancam kedaulatan negara dengan memberi kuasa kepada syarikat asing untuk memintas sistem mahkamah tempatan dan secara peribadi menguatkuasakan syarat perjanjian perdagangan. Ia melemahkan kedaulatan undang-undang dengan menghapuskan perlindungan prosedur sistem keadilan dan menggunakan sistem pengadilan yang  tidak jelas dan tidak boleh dikaji semula. 

Kesan peruntukan perlindungan pelabur dalam TPPA adalah menghadkan kuasa Parlimen untuk meluluskan undang-undang demi kepentingan rakyat dan perlindungan alam sekitar agar ianya patuh kepada TPPA. Ianya melanggar perlembagaan untuk membolehkan tribunal ISDS menindih undang-undang yang digubal oleh Parlimen. Ia seolah-olah menyerahkan kuasa veto legislatif kepada ISDS ke atas undang-undang yang digubal oleh Parlimen. 

Pertubuhan masyarakat sivil di negara-negara lain yang merundingkan TPP juga telah menimbulkan kebimbangan mereka. Penilaian bebas  tentang kesan kesihatan daripada rundingan TPP yang dijalankan oleh ahli akademik Australia dan badan-badan bukan kerajaan, yang diterbitkan pada bulan Februari 2015, mendapati fasal ISDS akan membawa ancaman besar kepada dasar kesihatan [http://hiaconnect.edu.au/research-and-publications/tpp_hia/]. 

Kerajaan-kerajaan lain juga menentang  ISDS. Public Citizen yang berpusat di Amerika Syarikat telah mengumpulkan kenyataan rasmi kerajaan-kerajaan dan tindakan terhadap ISDS (http://www.citizen.org/documents/isds-quote-sheet.pdf). 

Selain ISDS, terdapat banyak isu yang menimbulkan pertikaian dalam TPP seperti harta intelektual, piawaian alam sekitar dan tenaga kerja, peraturan kewangan, undang-undang hak cipta, perusahaan milik negara, perolehan kerajaan. 

Kehidupan dan masa depan kita sedang dipertaruhkan dan kita tidak bersedia untuk membiarkan kerajaan menandatangani TPP bagi pihak kami tanpa menunjukkan isi kandungan perjanjian itu. Kami mengulangi panggilan kami kepada kerajaan untuk menarik diri daripada rundingan perjanjian TPP yang mana kosnya jauh melebihi faedah yang dikatakan. Jangan tandatangani TPPA. 

S.M Mohamed Idris

President

Persatuan Pengguna Pulau Pinang & Sahabat Alam Malaysia

Terkini

Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Infografik 16 halaman di bawah menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan / pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan pengeluaran bahan buangan. 

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters baru-baru ini bertajuk ‘Partners in

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Batang Kali yang telah meragut beberapa nyawa termasuk kanak-kanak. Berkali-kali kami

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

  • Tarikh Penerbitan | Mac 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Rencana & Cerita
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

  • Tarikh Penerbitan | Februari 16, 2023
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya
climate change, global warming, environment

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

  • Tarikh Penerbitan | Januari 17, 2023
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Perubahan Iklim
Selanjutnya

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

  • Tarikh Penerbitan | Disember 16, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Adaptasi, Pembangunan
Selanjutnya
Pencemaran & Perlombongan

Bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada semua

Selanjutnya »
Mac 16, 2023
Pencemaran & Perlombongan

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Selanjutnya »
Februari 16, 2023
climate change, global warming, environment
Perubahan Iklim

Amerika Syarikat mesti bertindak secara bertanggungjawab untuk menamatkan ketidakadilan iklim

Selanjutnya »
Januari 17, 2023
Pembangunan & Perancangan

Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi tragedi tanah runtuh di Batang Kali

Selanjutnya »
Disember 16, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2023 Sahabat Alam Malaysia