Skip to content
Sahabat Alam Malaysia
  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Hubungi Kami
  • Kedai
  • ENGENG
  • Sumbangan
  • Arkib

Wabak Covid-19: Penyelesaian Kekal Diperlukan Berhubung Perdagangan dan Penjualan Hidupan Liar

  • Tarikh Penerbitan | Februari 21, 2020
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Hidupan Liar
  • Penanda | Covid-19, Perdagangan Haiwan, SARS
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on facebook
Share on linkedin
PDF

Sementara Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pengharaman sementara yang diumumkan baru-baru ini oleh negara China terhadap pemburuan, penjualan, pengangkutan dan eksport semua haiwan liar sebagai tindak balas kepada wabak Covid-19, penyelesaian yang lebih kekal diperlukan bagi mencegah berulangnya wabak seperti itu, bukan hanya di China tetapi di semua negara.

Ini memerlukan pengharaman kekal ke atas perdagangan, penjualan, pengambilan dan memakan hidupan liar dan kawalan yang lebih ketat dalam penguatkuasaan dan pendakwaan aktiviti haram seperti itu terutama sekali bersabit memakan haiwan liar.

Kebanyakan perdagangan hidupan liar sudah pun haram tetapi langkah penguatkuasaan dan pendakwaan yang lebih ketat kekal menjadi cabaran di banyak negara.

Adalah satu tragedi apabila pengajaran tidak dipelajari daripada wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Severe Acute Respiratory Syndrome – SARS) pada 2002-2003 yang dikesan daripada pengambilan haiwan liar di Guangdong, China.

Dalam wabak SARS di China, walaupun terdapat tindakan keras ke atas penyeludupan hidupan liar, penjualannya muncul semula kira-kira enam bulan selepas wabaknya pudar pada pertengahan tahun 2003.

SAM bimbang sebaik sahaja wabak Covid-19 mulai pudar, negara-negara akan mula perlahankan kewaspadaan mereka dan terus membenarkan perdagangan dan penjualan haiwan liar termasuk yang terancam akibat permintaan tanpa henti untuk makanan eksotik dan ramuan bagi ubatan tradisional.

Kebanyakan koronavirus baru-baru ini dikesan daripada satu atau lebih haiwan hidup di pasar Wuhan, China, di mana pasar basah mengandungi banyak haiwan yang stress (tertekan), yang liar dan peliharaan, meringkuk dalam kurungan dan tangki, menunggu giliran untuk disembelih.

Pakar-pakar percaya bahawa penangkapan, pengangkutan, perdagangan dan penyembelihan haiwan liar, semuanya menyumbang kepada berlakunya masalah kesihatan yang serius, sepertimana yang dibuktikan daripada masalah kesihatan yang menakutkan baru-baru ini.

Haiwan yang dijual di pasar ini sering dikurung dalam keadaan kotor dan dibiarkan dalam kekotoran najis, di mana ia akan menyebabkan penyakit yang boleh dipindahkan kepada manusia. Keadaan yang sama ditemui di pasar di seluruh negara dan menjadi sumber kebimbangan kesihatan di masa lalu.

Gambar media menunjukkan pelanggan, kadangkala dengan kanak-kanak, melihat-lihat di pasar Asia di tengah-tengah haiwan yang sesetengahnya masih hidup, manakala yang lain baharu dibunuh dalam keadaan terang-terangan, gerai yang dipenuhi darah yang menarik keghairahan untuk apa yang dianggap oleh pelanggan sebagai hasil yang lazat, didorong oleh selera untuk “daging yang masih hangat”.

Daripada tenggiling, musang, ular, salamander, kala jengking, landak, dan wolf puppies hinggalah kepada ferret-badger, raccoon dog dan civet, terdapat tradisi lama memakan spesies haiwan liar ini.  

Apa yang perlu disalahkan ialah pasar haiwan liar, restoran, dan individu yang rakus, tetapi bukannya kelawar atau spesies hidupan liar lain.

Permintaan tanpa henti untuk makanan dan ramuan eksotik bagi ubatan tradisional mempercepatkan lagi kepupusan banyak spesies hidupan liar sebagai tambahan kepada terdedah kepada ancaman kesihatan di mana pihak berkuasa China gagal untuk menangani sepenuhnya walaupun risiko wabak global semakin meningkat.

Di Indonesia juga, walaupun amaran supaya tidak menjadikan hidupan liar sebagai menu makanan, kelawar, tikus dan ular bersama spesies haiwan peliharaan, boleh diperolehi dengan mudah di pasaran. Haiwan ini mendapat permintaan yang tinggi selepas pengguna menegaskan kebaikannya dengan pujian yang diberikan.

Ini membawa kepada gesaan untuk penelitian segera dan serius serta mengukuhkan peraturan dan undang-undang perlindungan hidupan liar dalam usaha untuk mengambil tindakan keras dan tegas dalam penyeluduan hidupan liar.

Tindakan tegas mestilah diambil untuk mengharamkan perniagaan hidupan liar di pasar basah melalui penyeliaan yang berterusan, pemeriksaan dan menguatkan penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan perdagangan hidupan liar diharamkan sepenuhnya.

Pengharaman kekal bukan sahaja akan menyelamatkan nyawa manusia tetapi turut menyumbang kepada pemulihan bilangan hidupan liar di seluruh dunia.

Pada hakikatnya, pakar hidupan liar menekankan bahawa pengharaman dan peraturan produk hidupan liar perlu untuk seluruh dunia dan tidak hanya di China sahaja.

China mestilah menjadi peneraju dalam memerangi perdagangan hidupan liar haram bersama dengan kerajaan semua negara. Mengharamkan pemilikan hidupan liar yang diperdagangkan atau yang diburu secara haram akan mengurangkan permintaan dan dengan itu mengurangkan perdagangan itu sendiri.

Amaran-amaran daripada wabak SARS dan Covid-19 sudah cukup untuk kita ambil tindakan.

Marilah kita bertindak dengan segera untuk mencegah satu lagi krisis kesihatan di seluruh dunia yang bukan hanya membawa kepada kematian yang boleh dicegah dan kesihatan yang buruk tetapi juga menyumbang kepada kerugian ekonomi yang terus meningkat.

Meenakshi Raman

Presiden

Terkini

Hutan & Biodiversiti

Lindungi kawasan sensitif alam sekitar

Ahad, 5 Jun adalah Hari Alam Sekitar Sedunia (WED). Kempen Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 #HanyaSatuBumi menggesa satu tindakan transformatif secara kolektif pada skala global

Selanjutnya »
Jun 5, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

SAM amat terperanjat apabila mendengar berita berkenaan dengan kelulusan pada minggu lepas, laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan projek perlombongan nadir bumi lanthanide di Hulu Perak, yang mana sebelum ini laman web rasmi

Selanjutnya »
Mei 26, 2022
Pencemaran & Perlombongan

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

Ini adalah kenyataan bersama NGO-NGO yang mengikuti isu plastik Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, YB Hee Loy Sian mengumumkan pada 19 Mei 2022

Selanjutnya »
Mei 23, 2022
Pembangunan & Perancangan

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

Beberapa pertubuhan masyarakat sivil di Pulau Pinang bersatu dalam menunjukkan sokongan dan solidariti kepada penduduk Sungai Ara, yang telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, dalam perjuangan mereka

Selanjutnya »
Mei 22, 2022

Lindungi kawasan sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | Jun 5, 2022
  • Jenis Dokumen | Surat Kepada Pengarang
  • Program | Hutan & Biodiversiti
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pembangunan, Pemuliharaan, Penambakan, Penebangan hutan, Penukaran Hutan, Perancangan, Perlombongan & Ekstraktif
Selanjutnya

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

  • Tarikh Penerbitan | Mei 26, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Orang Asal, Pencemaran, Perlombongan & Ekstraktif, Sisa
Selanjutnya

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

  • Tarikh Penerbitan | Mei 23, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pencemaran & Perlombongan
  • Jenis Isu | Bahan Toksik, Pencemaran, Sisa
Selanjutnya

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

  • Tarikh Penerbitan | Mei 22, 2022
  • Jenis Dokumen | Kenyataan Akhbar
  • Program | Pembangunan & Perancangan
  • Jenis Isu | Pembangunan, Perancangan, Perancangan Bandar
Selanjutnya
Hutan & Biodiversiti

Lindungi kawasan sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
Jun 5, 2022
Pencemaran & Perlombongan

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

Selanjutnya »
Mei 26, 2022
Pencemaran & Perlombongan

NGO Gesa Semua Kerajaan Negeri Contohi Selangor dan Hentikan Import Sisa Plastik

Selanjutnya »
Mei 23, 2022
Pembangunan & Perancangan

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

Selanjutnya »
Mei 22, 2022

Testimoni

Sahabat Alam Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama berjuang mempertahan kelestarian alam. Ia juga mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersamaan dalam pemikiran dan tindakan agar alam ini dapat kita wariskan kepada generasi hadapan dalam keadaan yang elok dan terpelihara. Dalam pada itu juga SAM giat membantu golongan nelayan pantai dalam memperjuangkan hak-hak mereka sehinggalah tertubuhnya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). Nelayan pantai sepenuh masa ini dididik oleh SAM sehingga mereka mampu memainkan peranan sebagai pemimpin nelayan yang meneruskan kesinambungan memperjuangkan hak-hak nelayan pantai lainnya. Sebagai contoh SAM telah berjaya menyedarkan masyarakat nelayan keperluan menjaga hutan paya bakau untuk kebaikan hasil tangkapan nelayan itu sendiri.
Jamaluddin Mohamad Bualik
Jamaluddin Mohamad BualikPersatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
During the 1980s, I used to read about the Consumers’ Association of Penang (CAP) in the news. After retirement, some time in 2001, while lazing around, I read news about the construction of a carbon in leach plant using sodium cyanide to extract gold in Bukit Koman. My friends and I visited CAP and we were introduced to SAM and her legal team. We discussed the details of filing a case against the gold mining company and the department of environment with Ms Meenakshi Raman and her legal team. That was the beginning of a beautiful friendship between lawyers from SAM and many of us from Bukit Koman. We had many ups and downs in our struggle to shut down the gold mine that was causing a nuisance in our village. But, as a community we never gave up because SAM had our backs.
Hue Fui How
Hue Fui HowSecretary, Bukit Koman Ban Cyanide in Goldmining Action Committee (BCAC)
Sahabat Alam Malaysia adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar khasnya. SAM menerima aduan-aduan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. SAM telah mewujudkan ramai aktivis-aktivis sosial dan alam sekitar. Pada era 1980 dan 90an SAM sangat dihormati oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Apabila media sosial menguasai maklumat maka SAM pun terkesan dan masalah masyarakat terus disalurkan dengan pelbagai cara. SAM perlu mewujudkan aktivis-aktivis pelapis yang muda untuk terus membantu masyarakat. SAM juga perlu membuat perubahan supaya banyak turun kelapangan dan jangan mengharapkan laporan media sahaja. Tingkatkan prestasi sebagaimana pada zaman kegemilangan SAM di era 80-90an.
Che Ani Mt Zain
Che Ani Mt Zain
SAM taught me the importance of social activism and the role it plays in upholding the rights of people and the protection of the environment. In my experience, SAM has never hesitated to speak up in defence of people and their environment, and has gone the extra mile to champion their rights, by helping communities take their battles to the higher ups and even to the courts.
Jessica Binwani
Jessica BinwaniPublic/Private Interest Lawyer
Semenjak kami kenal SAM, banyak pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat. Kami telah belajar cara membuat baja asli daripada SAM. Semenjak itu, bermulalah minat kami dalam aktiviti pertanian. Dengan memperolehi kemahiran dalam membuat baja asli dan penanaman lestari, kami juga telah dapat menambahkan pendapatan sampingan kami. Ini lebih baik daripada tanah kami terbiar dan tidak diusahakan. Terima kasih SAM kerana sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada Persatuan kami.
Chedo Anak Nyuwen
Chedo Anak NyuwenPersatuan Penduduk Sg Buri, Bakong, Marudi
My journey with SAM started when her community organisers took me to the meet the paddy farmers of Kedah, connecting my growing interest in environmental law with our people who struggle to work the land in the face of pollution, replacement of traditional seeds with commercial hybrids and their accompanying chemical package of fertilisers and weedicides. I then had the honour to work with SAM in the struggle for the rights of the native communities of Sarawak, in defence of their forests from massive logging and destructive mega-projects. In every issue that SAM takes up, she combines rigorous research with the realities and voices of the communities to advocate for policies and laws that care for people and nature. From the courts to the elected legislators to policy makers and implementers and to the United Nations, SAM walks side by side with the communities in Malaysia. How can I not be inspired by the vision and passion of the generations of women and men who coalesce to form SAM?
Chee Yoke Ling
Chee Yoke Lingstudent of SAM, Executive Director of Third World Network, SAM’s sister organisation

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.

SUMBANGAN

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Facebook Twitter Youtube Instagram

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +60 85 758 973

Peta Laman

  • Halaman Utama
  • Tentang Kami
  • Program
  • Pusat Sumber
  • Arkib
  • Sumbangan
  • Kedai
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Dapatkan berita terkini

Ikut kami di sini

Facebook Twitter Youtube Instagram
Copyright © 2022 Sahabat Alam Malaysia