Dasar Privasi

Sahabat Alam Malaysia mengambil berat tentang privasi anda dan kami bertekad untuk melindungi maklumat peribadi atas talian anda. Pernyataan ini menerangkan tentang bagaimana kami mengumpul dan menggunakan data yang telah anda serahkan kepada kami.

Kami berniat untuk tetap melindungi privasi anda di dalam usaha kami untuk memberikan anda perkhidmatan yang bernilai dan bersesuaian dengan keperluan peribadi anda. Pengumpulan maklumat peribadi adalah perlu bagi kami memenuhi hasrat dan permintaan pihak-pihak yang telah memberikan sokongan kepada kami.

Kami memahami sekiranya anda tidak mahu maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada kami diedarkan secara berleluasa. Di sini kami akan menerangkan tentang bagaimana kami akan menggunakan maklumat peribadi anda dan hak-hak anda ke penggunaan maklumat ini.

Hak anda

Sebarang maklumat peribadi anda yang telah dihantar melalui laman sesawang kami akan diurus berdasarkan Akta Perlindungan Data 2010.

Anda berhak untuk memohon capaian terhadap data peribadi anda sendiri yang telah diproses oleh pihak kami melalui notis bertulis yang munasabah dan kami akan menghubungi anda kembali dalam masa 14 hari bekerja.

Maklumat peribadi

Di beberapa bahagian laman sesawang kami, permintaan untuk maklumat peribadi anda akan dilakukan bagi memberikan anda pengalaman melayari laman ini yang lebih baik, atau bagi menghubungi anda untuk berkongsi maklumat yang telah anda minta atau sebarang maklumat yang mungkin menarik minat anda, termasuklah apabila anda melanggani emel kami yang mengirimkan berita-berita terkini, membuat sumbangan derma, atau mengambil bahagian di dalam sebarang aksi atas talian.

Bagaimanakah maklumat anda digunakan?

Kami hanya akan menghantar maklumat tentang kerja-kerja kami melalui emel kepada anda setelah anda bersetuju tentang perkara ini.

Kami mungkin akan mengirimkan maklumat yang kami percaya akan menarik minat anda. Contohnya, apabila anda telah menyatakan persetujuan untuk dihubungi melalui emel, kami selalunya akan mendaftarkan emel anda untuk menerima emel siaran pemberitaan dwibulanan kami dan mengirim emel untuk meminta anda mengambil tindakan tertentu atau memberikan sumbangan kepada sesebuah kempen tertentu. Anda juga kemungkinannya akan menerima emel pengenalan untuk memaklumkan kepada anda tentang siaran pemberitaan ini dan cara-cara anda boleh memberikan sokongan kepada kami. Emel yang kami kirimkan akan senantiasa memberikan anda pilihan untuk tidak lagi menerima sebarang emel lanjut di masa hadapan, atau anda juga bileh menghubungi kami di halaman kontak kami. Kami tidak akan mengirimkan emel secara rawak tanpa sasaran yang telah ditetapkan, yang dikenali sebagai spam.

Sahabat Alam Malaysia tidak akan mendedahkan sebarang maklumat peribadi yang boleh digunakan untuk mengenalpasti identiti anda kecuali ianya melibatkan perkara-perkara yang telah diperjelaskan oleh dasar ini, atau apabila kami telah memperolehi kebenaran dari anda, atau di dalam keadaan khusus, seperti contohnya, ketika kami percaya ianya perlu dilakukan bagi mematuhi undang-undang. 

Kami mengumpulkan maklumat tentang tarikh dan waktu laman sesawang kami dicapai dan alamat internet komputer pelayan yang digunakan bagi tujuan ini. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan data peribadi yang telah anda serahkan kepada kami. Kami menggunakan data ini untuk memperbaiki prestasi laman sesawang kami dan untuk menilai statistik trafik kami, seperti jam dan hari di mana kami boleh menjangka jumlah trafik tertinggi, dan menilai populariti pelbagai bahagian laman sesawang kami.

Ketepatan

Ketepatan maklumat anda adalah penting bagi kami. Jika anda bertukar alamat emel atau jika ada sebarang maklumat di bawah pegangan kami yang tidak tepat atau perlu dikemaskini, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat kontak yang diberikan di atas.

Sebarang maklumat yang kami miliki yang ternyata tidak tepat akan diperbetul atau dipadamkan dengan segera. Kami akan mengirimkan pengesahan tentang sebarang pembetulan dan pemadaman yang telah dilakukan.

Keselamatan

Kami amat mementingkan keselamatan tentang maklumat peribadi anda dan kami akan mencuba sedaya upaya untuk mengambil tindakan-tindakan yang perlu untuk melindunginya.

Kesemua transaksi kewangan kami diurusi melalui penyedia perkhidmatan pembayaran Stripe. Anda hanya patut memberikan maklumat peribadi anda kepada Stripe setelah mengkaji dasar privasi Stripe (boleh dicapai di www.stripe.com). Kami akan berkongsi maklumat anda dengan Stripe setakat yang diperlukan sahaja bagi tujuan pemerosesan pembayaran yang anda lakukan di laman sesawang kami. Kami tidak akan menyimpan maklumat kewangan dan kad kredit anda.

Walaupun dengan segala langkah perlindungan yang kami ambil, tidak ada pengaliran data internet yang keselamatannya dapat dijamin dengan sepenuhnya. Oleh itu, walau kami akan berusaha sebaik mungkin untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak dapat memberikan jaminan keselamatan terhadap sebarang pengaliran maklumat.

Kami juga bertekad untuk melindungi data peribadi anda di luar talian. Kami tetap mengambil langkah-langkah berjaga untuk memastikan bahawa capaian kepada maklumat peribadi anda akan dihadkan hanya kepada pekerja-pekerja kami yang memerlukannnya sahaja. Semua pekerja Sahabat Alam Malaysia yang menguruskan maklumat peribadi anda akan dimaklumkan tentang sebarang perkembangan terkini tentang amalan-amalan keselamatan dan privasi kami. Para pekerja kami juga akan dimaklumkan dan diberi peringatan tentang kepentingan melindungi privasi anda, dan langkah-langkah yang perlu mereka ambil untuk memastikan bahawa maklumat anda akan sentiasa dilindungi.

Namun begitu, kami tidak bertanggungjawab jika maklumat peribadi anda dicuri, dimusnahkan atau didedahkan dengan cara yang tidak disengajakan.

Penggunaan kuki

Seperti banyak laman sesawang lain, Sahabat Alam Malaysia menggunakan kuki bagi tujuan memberikan anda layanan perkhidmatan yang bersifat lebih peribadi. Kuki adalah sebuah kepingan maklumat kecil yang dihantar oleh sebuah pelayan sesawang kepada pelayar sesawang, untuk membolehkan pelayan tersebut mengumpulkan maklumat dari pelayar sesawang tersebut.

Anda boleh mengelakkan penggunaan kuki dengan memilih tentuan yang bersesuaian di dalam pelayar sesawang anda. Namun begitu, sila ambil perhatian bahawa jika anda berbuat demikian anda mungkin tidak akan dapat menikmati sepenuhnya pelbagai fungsi di laman sesawang kami.

Maklumat lanjut tentang kuki, termasuklah cara-cara untuk anda menolak penggunaannya, boleh didapati dari laman sesawang Interactive Advertising Bureau di www.allaboutcookies.org.

Perubahan

Kami mungkin akan membuat perubahan ke atas dasar ini dari masa ke semasa. Jika kami mengubah dasar privasi kami, kami akan menerangkan tentang perubahan tersebut di halaman ini. Sila lihat dasar ini setiap kali anda mempertimbangkan untuk memberikan maklumat peribadi anda.

Penerimaan anda tentang dasar ini

Dengan menggunakan laman sesawang ini, anda telah bersetuju untuk Sahabat Alam Malaysia mengumpul dan menggunakan maklumat anda, berdasarkan dasar privasi ini. Jika anda tidak bersetuju dengan dasar ini, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan laman sesawang ini.

Dasar privasi untuk mereka yang di bawah umur

Perlindungan ke atas kanak-kanak amat penting buat kami. Jika anda berusia kurang dari 18 tahun, anda dilarang memberikan kepada kami sebarang maklumat peribadi. Kanak-kanak harus meminta kebenaran dari ibubapa atau penjaga mereka sebelum menghantar sebarang maklumat peribadi mereka kepada mana-mana pihak atas talian.

Emel

Kami tidak boleh menjamin kerahsiaan penghantaran sebarang mesej antara pihak kami dan pihak anda kerana ia berpotensi untuk dicapai oleh orang awam. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau sesiapa juga yang mengalami sebarang kehilangan data berhubungan dengan penghantaran sebarang emel antara pihak kami dan pihak anda.