Hubungi Kami

Soalan
Lazim

Sahabat Alam Malaysia sering menerima pelbagai pertanyaan. Untuk memudahkan anda menemukan jawapan kepada segala soalan anda, sila lihat pilihan-pilihan di bawah.

Butang carian kami yang telah diperkemaskan lagi membenarkan anda untuk mencari dokumen-dokumen atau maklumat-maklumat tertentu di laman sesawang kami. Kami menggunakan kata kunci dan penanda untuk membantu pencarian anda. Kami berharap anda akan menemukan segala dokumen dan maklumat yang diperlukan kerana ia telah direka untuk memudah dan menjimatkan waktu anda. Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi kami.

Kebanyakan dokumen digital kami boleh dimuatturun secara percuma. Namun begitu, terdapat juga sebilangan kecil dokumen yang perlu dibeli dengan harga yang tidak terlalu tinggi untuk membenarkan kami terus menerbitkan bahan-bahan yang bermutu tinggi. Kami juga berharap anda akan dapat menghulurkan sedikit sumbangan kepada kami jika dokumen yang diterbitkan itu ternyata memberikan manfaat kepada anda dan kerja-kerja anda.

Kami sedang memperkenalkan pelbagai barangan baru di dalam kedai atas talian kami, sedikit demi sedikit. Ini meliputi dokumen, di dalam bentuk digital dan cetakan, kraftangan dan barangan lain yang kami keluarkan untuk menjana dana bagi meneruskan kerja-kerja kami.

Kami juga membeli sejumlah produk dari rakan-rakan komuniti kami dan memasarkan mereka di sini. Produk-produk ini telah dibeli dengan harga yang berpatutan dari komuniti. Dari masa ke semasa kami juga akan memperkenalkan produk-produk baru untuk membantu rakan-rakan kami.

Jika anda berminat untuk menjadi seorang sukarelawan atau pelatih bersama kami, anda bolehlah menghubungi kami melalui emel untuk memperolehi maklumat lanjut. Dari masa ke semasa, kami akan menganjurkan kempen dan aktiviti yang akan memerlukan sokongan yang meluas. Oleh itu kami amat berbesar hati jika anda berhasrat untuk meluangkan sedikit waktu anda bersama kami.

Jika anda tidak menemukan sebarang jawapan kepada pencarian anda di laman sesawang kami, sila hubungi kami melalui emel di foemalaysia@gmail.com. Kami memiliki pasukan yang kecil dan ianya mungkin akan mengambil sedikit masa untuk memberikan maklumbalas kami, tetapi kami tetap akan melakukannya. Terima kasih untuk kesabaran anda!   

Jika terdapat sebarang kecemasan, anda boleh menghubungi kami melalui telefon atau faks antara hari Isnin dan dan Jumaat antara jam 9.00 pagi dan 5.00 petang.

Persekutuan Friends of the Earth International merangkumi anggota di 73 buah negara di seluruh dunia. Anda boleh mencari kumpulan yang paling berdekatan dengan anda di http://www.foei.org/en/who-we-are.

Lokasi

Sahabat Alam Malaysia (Ibu Pejabat)
No. 1, Jalan Joki,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Tel: +604 827 6930
Fax: +604 827 6932

Sahabat Alam Malaysia (Pejabat Marudi)
129A, Tingkat Satu,
Jalan Tuanku Taha,
P.O. Box 216,
98058 Marudi,
Baram, Sarawak,
Malaysia
Tel & Fax: +6085 758 973

Anda boleh menghubungi kami melalui telefon atau faks dari hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9.00 pagi ke 5.00 petang jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang mendesak berkenaan dengan alam sekitar atau orang asal atau untuk memberikan sebarang sokongan kepada kempen-kempen kami.

Jika anda berminat untuk menjadi seorang sukarelawan atau pelatih bersama kami, anda bolehlah menghubungi kami melalui emel untuk memperolehi maklumat lanjut. Dari masa ke semasa, kami akan menganjurkan kempen dan aktiviti yang akan memerlukan sokongan yang meluas. Oleh itu kami amat berbesar hati jika anda berhasrat untuk meluangkan sedikit waktu anda bersama kami.

Sahabat Alam Malaysia - Member of Friends of the Earth International

Menghubungi anggota Friends of the Earth

Federasi Friends of the Earth International merangkumi anggota di 76 buah negara di seluruh dunia. Anda boleh mencari kumpulan yang paling berdekatan dengan anda di sini.

Testimoni

Sokonglah misi kami

Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.