Semua pihak harus memberi komitmen penuh bagi mengekalkan dan memulihara hutan paya laut dan persisiran pantai negara
Hari ini adalah Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa dan kami menyeru semua pihak memberi komitmen untuk mengekalkan dan memulihara hutan paya laut dan persisiran pantai negara kita. Tanggal 26 Julai setiap tahun dunia menyambut Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa. Sambutan ini telah diisytiharkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) bertujuan …