Kemusnahan hutan menjejaskan sumber air
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Kedah menghentikan segera aktiviti pemusnahan hutan dan penebangan balak bagi memelihara sumber asli ini dan menjamin sumber bekalan air yang mencukupi. Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2015 menyatakan bahawa kawasan tanah berhutan di negeri Kedah adalah 342,431 hektar iaitu 36.33% daripada keluasan tanah negeri Kedah. Ini menunjukkan liputan hutan …