Hari Perikanan Sedunia: SAM gesa nasib nelayan dan sumber hidupan laut diberi perhatian serius
Hari Perikanan Sedunia diperingati pada 21 November setiap tahun. Hari Perikanan Sedunia disambut untuk menarik perhatian masyarakat tempatan dan dunia kepada masalah serta isu berkaitan dengan perikanan seperti penangkapan ikan berlebihan, kaedah tangkapan yang merosakkan sumber, pemusnahan habitat, pencemaran, pembangunan pinggir pantai dan pelbagai ancaman lain terhadap sumber hidupan laut. Kajian melaporkan bahawa lebih daripada dua pertiga perikanan dunia …