Hormati undang-undang dan jangan mengikatkan kerajaan dan rakyat kepada projek penambakan SRS
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar menghormati dan mematuhi proses perundangan berhubung Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment – EIA) yang termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Environmental Quality Act – EQA). Pada masa kini terdapat rayuan di dalam Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah EQA yang mencabar kelulusan …