Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia 2018: Ketelusan tentang projek perladangan sawit untuk masyarakat Iban di Marudi
Bersempena dengan Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia 2018, Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin menyuarakan kegusaran kami terhadap rancangan untuk membangunkan projek perladangan sawit di Marudi, Baram, yang akan menjejaskan hak tanah adat (NCR) sekurang-kurangnya 20 buah kampung masyarakat Iban. Wilayah-wilayah adat ini bukan sahaja masih ada kawasan yang berhutan, malah terdapat banyak sekali ladang-ladang (temuda) …