Penggunaan Kandungan Laman Sesawang

Kesemua dokumen termasuk teks, grafik, bunyi dan video adalah hakmilik Sahabat Alam Malaysia, kecuali jika kami menyatakan sebaliknya.

Penggunaan atau penerbitan semula dokumen

Sahabat Alam Malaysia menggalakkan penggunaan dokumen-dokumen dari laman sesawang kami. Namun begitu, kami amat menghargai jika ada dapat memaparkan pautan terhadap halaman yang mengandungi kandungan asal yang digunakan. Untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang, anda dinasihatkan untuk tidak memberikan gambaran yang salah tentang kami dengan memilih bahagian-bahagian tertentu sesebuah teks atau dokumen sahaja yang diambil dari laman sesawang ini.

Penggunaan imej

Banyak imej yang berada di dalam laman sesawang Sahabat Alam Malaysia sering diserahkan kepada kami oleh pihak lain. Oleh itu, imej-imej seperti ini bukanlah hakmilik kami untuk dikongsi dengan pihak-pihak lain. Hak kepemilikan asal imej-imej ini oleh pihak-pihak tersebut akan kami nyatakan. Jika anda mahu menggunakan sebarang imej seperti ini, silalah hubungi pemilik asal mereka secara langsung.

Imej yang dimiliki oleh Sahabat Alam Malaysia boleh digunakan setelah anda menerima kebenaran dari kami dengan membuat pengakuan rujukan sumber dan dan hanya boleh digunakan untuk tujuan penyebaran maklumat dan tidak melibatkan keuntungan perdagangan.

Dokumen PDF dan maklumat statistik boleh digunakan, namun begitu, anda perlu menyatakan sumber rujukan yang bertepatan, samada ianya diterbitkan oleh Sahabat Alam Malaysia ataupun pihak luar seperti yang dinyatakan oleh kami.

Sila gunakan perkataan-perkataan ini apabila memberikan kredit kepada Sahabat Alam Malaysia – [tarikh dokumen] © Sahabat Alam Malaysia.

 Sila hubungi kami secara langsung jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang penggunaan bahan-bahan kami. Maklumat ini dapat diperolehi di halaman Kontak kami.