Sumbangan

Sumbangan derma anda akan membantu Sahabat Alam Malaysia untuk pergi lebih jauh lagi di dalam usaha kami untuk:

  • MEMBAIKPULIH ekosistem marin dan pantai yang telah rosak;
  • MENANGANI dan MENGURUSKAN perubahan iklim;
  • MELINDUNGI hutan, flora dan fauna kita yang masih lagi wujud;
  • MEMPERTAHANKAN wilayah adat komuniti orang asal kita yang sedikit demi sedikit terpaksa berhadapan dengan kehilangan tanah mereka;
  • MEMASTIKAN KELANGSUNGAN mata pencarian para nelayan dan sumber pemakanan kita sendiri supaya ekosistem laut kita tidak akan dimusnahkan oleh pembangunan yang merosakkan alam;
  • MENGEKANG pencemaran;
  • MEMUPUK KESEDARAN terhadap isu-isu alam sekitar; dan
  • MEMBANTU kami menuntut kepemerintahan yang lebih baik berkenaan dengan alam sekitar dan hutan di Malaysia.

BANTU KAMI UNTUK MEMASTIKAN KEADILAN UNTUK MASYARAKAT DAN ALAM SEKITAR DAN SERTAI KAMI DI DALAM PERJALANAN INI

Amaun minimum: RM10

Category:

Pencapaian Kami

sejak 2000

90000 +
Jumlah pokok yang ditanam di hutan paya bakau & hutan miskin
0 +
Buku & laporan yang telah diterbitkan
30 +
Kenyataan media yang diterbitkan di dalam setahun
900 +
Jumlah isu alam sekitar yang telah diketengahkan
0 +
Wilayah komuniti yang telah dipetakan
0 +
Pertubuhan komuniti yang telah didirikan
0 +
Komuniti yang telah diwakili di mahkamah
1
Pusat Agroekologi telah ditubuhkan
100 +
Latihan, bengkel dan persidangan yang telah dijalankan

Apakah anda berhasrat untuk mewariskan sebarang hakmilik anda kepada kami?

Sahabat Alam Malaysia begitu berbesar hati untuk menerima sumbangan yang diwariskan tkhusus buat kami. Kami merupakan pertubuhan akar umbi alam sekitar yang tertua di Malaysia dengan lebih dari 40 tahun pengalaman menuntut keadilan buat masyarakat dan alam sekitar. Kami amat meyakini visi kami untuk membentuk sebuah dunia yang aman dan lestari dengan masyarakat yang hidup dengan rukun dan damai bersama alam.

Sumbangan anda yang diwariskan kepada kami akan memastikan perjuangan kami untuk memastikan keadilan bagi masyarakat dan alam sekitar akan lebih terjamin di masa hadapan. Sumbangan anda ini akan memberikan manfaat yang besar kepada kerja-kerja kami kerana ianya akan membantu kami untuk memberikan fokus terhadap misi jangka panjang kami untuk memastikan kehidupan yang selamat untuk semua di bumi ini, dan mengurangkan waktu yang kami luangkan untuk aktiviti mengumpulkan dana.

 Jika anda berminat untuk meninggalkan apa-apa harta warisan milik anda kepada kami, anda boleh menghubungi kami dan kami berbesar hati untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.