Tentang Kami
Sahabat
Alam
Malaysia
Sahabat Alam Malaysia – Friends of the Earth Malaysia (SAM) adalah sebuah pertubuhan bukan-kerajaan kebangsaan bebas yang ditubuhkan pada tahun 1977 di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. SAM beroperasi dari dua buah pejabat; di Pulau Pinang di Semenanjung Malaysia dan di Marudi di Sarawak, Borneo. Semenjak tahun 1983, SAM telah menjadi anggota Friends of the Earth International (FoEI). Fokus pejabat SAM di Pulau Pinang, ibupejabat pertubuhan kami, adalah isu-isu di Semenanjung Malaysia, manakala pejabat kami di Marudi bertanggungjawab tentang isu-isu dan aktiviti di Sarawak.
Objektif kami adalah untuk memastikan pilihan-pilihan pembangunan dan pengurusan sumber-sumber alam kita dilakukan secara lestari dan mesra alam, dipandu oleh prinsip-prinsip keadilan di dalam perlindungan alam sekitar. Kami percaya bahawa perlindungan sumber alam yang berkesan hanya dapat dicapai apabila ada kesaksamaan di dalam masyarakat, di mana hak-hak orang asal, petani, nelayan dan komuniti tempatan ke atas sumber-sumber asli dihormati dan keadilan tentang gender menjadi sebuah kelaziman.
Visi Kami
Untuk membangunkan sebuah dunia yang aman dan lestari berasaskan masyarakat yang hidup rukun bersama alam. Kami berhasrat untuk membentuk sebuah masyarakat yang anggotanya saling bergantung antara satu sama lain, di mana kita dapat merasakan kehormatan diri manusia sentiasa terjaga dan segala keperluan jiwa kita dapat dipenuhi, tatkala kesaksamaan dan hak-hak asasi manusia dihormati semua. Kami percaya apa yang kami lakukan akan akhirnya memberikan anak-anak kita semua sebuah masa hadapan yang lebih baik.
Misi Kami
1
Untuk menzahirkan keadilan bagi masyarakat dan alam sekitar dan perlindungan terhadap hak-hak asasi manusia, agar akhirnya masyarakat yang lestari akan dapat terbentuk.
2
Untuk menghentikan dan memulihkan kerosakan alam sekitar dan kemusnahan sumber-sumber alam, memulihara kepelbagaian ekologi dan kebudayaan dan melahirkan cara penghidupan manusia yang lebih lestari.
3
Untuk memperkasakan masyarakat rang asal, komuniti tempatan, wanita dan pemegang taruh yang lain bersangkutan dengan penglibatan mereka di dalam tatacara pembuatan keputusan.
4
Untuk mencapai transformasi ke arah kelestarian dan kesaksamaan di setiap lapisan masyarakat melalui pendekatan dan penyelesaian yang kreatif.
5
Untuk melahirkan kempen-kempen yang jitu, memupuk kesedaran, menggerakan komuniti dan membangunkan jaringan yang dapat menyatukan perjuangan akar umbi, kebangsaan dan antarabangsa.

Apa Yang Kami Lakukan
Advokasi & Kempen
Dari maklumat yang dikumpulkan melalui penggerakan komuniti dan penyelidikan yang terperinci, kami telah menganjurkan pelbagai aktiviti advokasi dan kempen untuk mengubah dasar-dasar kerajaan dan undang-undang serta menghentikan aktiviti-aktiviti dan amalan-amalan yang merosakkan alam dan membahayakan komuniti. Advokasi dan kempen kami boleh melibatkan secara langsung mana-mana cabang kepemerintahan dan anggota masyarakat sivil yang lain, ataupun ruang perundingan yang telah diwujudkan melalui pelbagai proses kepemerintahan. Aktiviti kami mungkin dianjurkan di peringkat tempatan di mana sesebuah projek itu mengambil tempat, di peringkat kebangsaan apabila penyelesaian dasar-dasar kerajaan dan perundangan yang lebih berkesan diperlukan, atau di peringkat antarabangsa apabila proses perdagangan, perjanjian dan konvensi serantau dan sedunia, dan proses-proses politik tertentu berkemungkinan memberikan kesan-kesan buruk kepada alam sekitar dan komuniti.

Penggerak Komuniti
Asas kerja kami adalah berlandaskan pemerkasaan dan penggerakan komuniti akar umbi, yang kebanyakannya adalah komuniti orang asal, nelayan dan petani, untuk mempertahankan wilayah mereka dan alam sekitar dari aktiviti yang merosakkan serta sebarang kemusnahan ekosistem, akibat dari keputusan-keputusan pembangunan yang tidak menitikberatkan kesaksamaan. Kami membantu komuniti di dalam usaha mereka untuk berhubung dengan mana-mana cabang kepemerintahan dan anggota masyarakat sivil yang lain, menyokong penubuhan dan pengurusan pertubuhan dan jawatankuasa bertindak komuniti, menjalankan lawatan lapangan dan tinjauan untuk memahami dengan lebih baik keadaan sebenar di lapangan, memberikan nasihat dan bantuan guaman kepada komuniti yang memerlukannya dan menganjurkan pelbagai aktiviti advokasi dan strategik tentang dasar-dasar kerajaan, undang-undang dan perlindungan wilayah komuniti. Sepanjang penubuhan kami, kami telah secara langsung membantu penubuhan dua buah persatuan nelayan di Semenanjung Malaysia, 28 buah persatuan penduduk orang asal di Sarawak dan sejumlah jawatankuasa bertindak komuniti di seluruh negara.

Pendidikan & Kesedaran
Kami menjalankan aktiviti untuk memberikan maklumat dan pengetahuan teknikal kepada rakan-rakan komuniti kami, samada dari kalangan orang asal, nelayan dan petani, ataupun perkumpulan pelajar, belia, wanita dan orang awam. Selama bertahun-tahun, kami telah menganjurkan pelbagai bengkel untuk kumpulan sasaran khusus dan persidangan kebangsaan dan antarabangsa yang disertai komuniti terjejas, pertubuhan masyarakat sivil, pengamal undang-undang dan perwakilan kerajaan; dan menyertai dengan aktif pameran awam di pelbagai acara di seluruh negara. Kami juga sering menerima undangan untuk memberikan ceramah dan pembentangan di pelbagai acara yang dianjurkan oleh institusi kepemerintahan dan perkumpulan masyarakat sivil, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Bantuan Guaman
Kami memberikan nasihat undang-undang dan bantuan guaman untuk komuniti yang memerlukannya, termasuklah jika mereka disoalsiasat, ditangkap atau ditahan oleh pihak polis atau pihak berkuasa yang lain, akibat dari aktiviti mereka untuk mempertahankan wilayah mereka, sumber-sumber alam dan alam sekitar. Kami juga memberikan nasihat perundangan untuk pelbagai perkumpulan dan jaringan yang mempunyai kepentingan awam di dalam bidang yang kami memiliki kepakarannya. Apabila kami memiliki sumber yang secukupnya, kami juga membantu secara langsung komuniti yang berhasrat untuk mencari penyelesaian perundangan di mahkamah bagi menuntut keadilan terhadap ketidakadilan di dalam pengurusan alam sekitar.

Media & Publisiti
Kami menerbitkan sekurang-kurangnya 50 buah kenyataan akhbar dan surat kepada pengarang setiap tahun, kesemuanya turut dimuatnaik di laman sesawang kami. Kami juga sering diundang untuk memberikan pendapat dan pandangan tentang pelbagai isu di media cetak dan penyiaran di tingkat kebangsaan dan antarabangsa. Kami juga bekerjasama dengan para wartawan, penulis dan pembikin filem yang berminat untuk membantu memberikan publisiti kepada aktiviti advokasi kami dan kesengsaraan yang dialami oleh komuniti yang terjejas. Orang awam juga boleh menghubungi kami secara langsung melalui akaun media sosial kami untuk memaklumkan kepada kami tentang perkara-perkara yang bersangkutan dengan perlindungan alam sekitar dan hak-hak komuniti.
Jaringan
Sebagai sebuah pertubuhan masyarakat sivil, kami sedar betapa pentingnya kerjasama dan setiakawan bersama dengan teman-teman seperjuangan kami di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa. Di peringkat kebangsaan, kami memiliki pertalian sejarah yang rapat dengan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Third World Network (TWN). Di peringkat antarabangsa, kami merupakan anggota aktif Friends of the Earth International (FoEI), di mana presiden SAM telah memainkan peranan sebagai pengerusi FoEI dari tahun 2004 ke 2008. Rakan-rakan seperjuangan antarabangsa kami yang lain termasuklah World Rainforest Movement (WRM), La Via Campesina, Environmental Law Alliance Worldwide (ELAW), Break Free from Plastics (BFFP), Global Alliance for Incinerator Alternatives (GAIA) dan International Pollutants Elimination Network (IPEN).

Penyelidikan & Penerbitan
Kami menjalankan penyelidikan mendalam dan menerbitkan hasil penyelidikan tersebut, berserta dokumen-dokumen untuk komuniti dan khalayak awam. Ini termasuklah dokumentasi tentang pengalaman komuniti; analisa dasar kerajaan, undang-undang dan maklumat statistik; dan syor-syor untuk pembaikan dasar-dasar kerajaan dan undang-undang. Semenjak penubuhan kami, kami telah menerbitkan pelbagai kertas kerja, memorandum, laporan, buku dan bahan-bahan yang disasarkan untuk komuniti dan khalayak awam. Walaupun bahan-bahan yang lebih lama, terutama sekali buku-buku, hanya boleh didapati di dalam bentuk cetakan, kebanyakan penerbitan terbaru kami kini boleh didapati dari laman sesawang SAM. Bahan-bahan ini digunakan secara meluas di dalam advokasi dan kempen kami, dan juga semasa aktiviti pendidikan dan pemupukan kesedaran kami.
Penyelesaian Lestari
Kami membantu komuniti agar mereka dapat membangunkan penyelesaian mereka sendiri, di mana punca penghidupan, wilayah, sumber alam, biodiversiti dan alam sekitar mereka dapat diuruskan, dilindungi dan dipulihara secara lestari.
Di Semenanjung Malaysia, kami bekerjasama dengan dua buah persatuan nelayan untuk melaksanakan usaha penanaman semula dan pemulihan hutan paya bakau. Setakat ini, kerjasama ini telah berjaya memulihkan lebih dari 30 hektar hutan paya bakau dengan penanaman lebih dari 100,000 anak pokok semenjak tahun 1999 lagi. Aktiviti ini juga sering disertai oleh kumpulan lain, seperti pertubuhan pelajar dan belia, untuk mempertingkatkan lagi kesedaran mereka tentang kepentingan perlindungan alam sekitar. SAM juga menggalakkan dan melaksanakan penanaman semula hutan paya bakau dengan komuniti nelayan tempatan kerana mereka sememangnya amat sedar tentang kepentingan ekosistem hutan paya bakau dan berhak untuk merasakan kepemilikan bersama di dalam usaha mereka untuk memulihara dan menguruskan hutan tersebut. Dengan membangunkan kesedaran dan menggalakkan penyertaan aktif di peringkat komuniti, kami mendapati bahawa ianya dapat dimanfaatkan untuk menuntut reformasi tentang dasar-dasar kerajaan yang akan memperkuatkan lagi perlindungan hutan-hutan ini.
Di Baram, Sarawak, kami memberikan sokongan kepada persatuan penduduk orang asal di dalam melaksanakan pengurusan hutan komuniti dan projek-projek agroekologi, yang juga turut menarik penyertaan meluas kaum wanita. Pejabat kami di Marudi menyelenggara dan menguruskan sebuah pusat latihan agroekologi, dengan lebih 3,000 anak pokok hutan, yang turut diedarkan secara berkala kepada komuniti untuk projek penanaman semula dan pengkayaan hutan mereka. Pejabat kami juga memberikan sokongan terhadap penubuhan sebuah pusat penyemaian benih komuniti di Long Miri, yang telah membesarkan lebih dari 1,200 anak pokok. SAM turut menyertai pameran awam di Marudi untuk memberikan sokongan kepada usaha komuniti di dalam memasarkan hasil-hasil pertanian lestari mereka di Miri.

Rakan-Rakan Kami
Organisasi Komuniti
SAM bekerja rapat dengan pelbagai komuniti tempatan di Malaysia, termasuklah persatuan penduduk kampung-kampung orang asal di Sarawak, persatuan-persatuan nelayan di Semenanjung Malaysia dan sejumlah jawatankuasa bertindak komuniti di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Rakan Antarabangsa
- Break Free from Plastics (BFFP)
- Environmental Law Alliance Worldwide (ELAW)
- Friends of the Earth International (FoEI)
- Global Alliance for Incinerator Alternatives (GAIA)
- International Pollutants Elimination Network (IPEN)
- Third World Network (TWN)
- World Rainforest Movement (WRM)
Rakan Tempatan
- Coalition for the Protection of Selangor’s Forests
- Consumers’ Association of Penang (CAP)
- Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM)
- Friends of Ulu Muda (FoUM)
- Penang Forum
- Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
- Penang Inshore Fishermen’s Welfare Association (PIFWA)
- Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
Ahli Majlis
Ms Meenakshi Raman
PRESIDEN
Dato Anwar Fazal
NAIB PRESIDEN
Ms Mageswari Sangaralingam
SETIAUSAHA KEHORMAT
Ms Uma Ramswamy
PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT
Mr Lim Jee Yuan
BENDAHARI KEHORMAT
Penghormatan
Untuk usaha kami menengengahkan kemusnahan hutan hujan tropika dan menarik perhatian komuniti antarabangsa tentang kesengsaraan yang dialami oleh orang asal di Sarawak, SAM telah dianugerahkan the Right Livelihood Award(yang turut dikenali sebagai Hadiah Nobel alternatif) pada tahun 1988 dan Goldman Award pada tahun 1991. SAM juga merupakan penerima UNEP Global 500 Roll of Honour pada tahun 1987 dan Conde Nast Travel Environment Award pada tahun 1998. Kami juga merupakan salah satu pertubuhan yang mengasaskan World Rainforest Movement (WRM) dan memainkan peranan sebagai pejabat urusetia gerakan ini buat beberapa tahun pada tahun 1990an.

Testimoni

Sokonglah misi kami
Mainkanlah peranan anda untuk alam sekitar dengan memberikan sumbangan anda. Setiap sumbangan anda akan membolehkan pertubuhan kami memberikan impak yang lebih tinggi terhadap keadilan dan alam sekitar.